Thursday, August 29, 2013

bos kecik dah pindah :'(

assalamualaikum

pertama sekali nak ucap selamat hari raya maaf zahir batin.hari ni dah masuk 22 syawal dah pun.tinggal lagi 8 hari je nak sambut raya.tapi aku baru nak wish kat korang kan.hehehe sorry sangat-sangat.lately rasa macam malas je nak menaip.tengah aku rajin nak menaip pulak, ada je keje kena buat.so ni aku try la nak buat entry ni sampai habis dan xbiarkan bersawang di draft.

sebenarnya aku cuma nak kongsi yang bos kecik opis aku dah pindah officially today. first aku panggil bos kecik sebab dia adalah ketua pejabat opis aku.bos besar untuk zon utara ada dekat teluk intan. tambah pulak saiz bos aku tu memang kecik comel je.hahaha

dia pindah sebab dah dapat kerja yang lebih menjamin masa depan. lapor diri 2 september nanti.kalo ikutkan dia kerja sampai ujung bulan ni.tapi hari ni ngan esok dia ambik cuti. ok la tu kan.xpayah la nak rajin sangat keje sampai ujung bulan betul2.dahla dia nak gerak ke ganu ngan pahang lagi.

sedih jugak la dia nak pindah ni.sebabnya dah 2 tahun lebih kot ofis ni bukak.dari bukak ofis ni kitaorang sama-sama ada.mau nya aku xsedih.even aku xde la rajin sangat bersembang ngan dia kan.tapi aku nak listkan antara sebab dia disayangi dan disukai oleh kakitangan pejabat PCSI.

  • bos yang terlalu sporting sebab jenis boleh ajak bergurau dan bersembang.
  • tidak terlalu tegas dengan kakitangan janji kerja mesti siap.
  • tidak berkira dengan orang lain even pasal beli barang2 pejabat.
  • selalu backup kakitangan opis.janji mesti bagitau kat dia apa yang jadi.
  • selalu tolong aku uruskan kerja pentadbiran.
  • senang nak berurusan dengan dia.even student uitm pun ramai yang datang minta maklumat kat dia.
aku paling touching waktu dia kata "jatuh bangun pejabat ni kita sama-sama.so jaga la pejabat ni.jangan jadi macam pejabat-pejabat lain.harap lepas saya pindah nanti xnak la dengar citer kata staf pejabat ni gaduh ke pe". serius masa tu macam alahai sebaknya. owh before lupa.korang boleh usha antara staf pejabat aku dekat link (mereka semua sempoi). cumanya sekarang ni dah bertambah lagi 3 orang staf dan staf lama ada sorang yang keluar.

next time aku citer la pasal staf2 yang baru tu. semalam pulak en khairil belanja kitaorang semua makan kat nasi ayam penyet ap sempena bos nak pindah.so aku share sikit la pic kat sini.tapi sebenarnya pic ni aku amik dr facebook budak opis aku.hehehe

yang baju kelabu tu lak en bos kitaorang
ni antara kakitangan pejabat kiraorang.xramai ada 8 orang je pun.lepas ni tinggal 7 je la
yang baju merah hujung tu la en khairil akak abg long.ekeke sbb dia paling tua kot
sementara nak order makanan dan minuman
sementara menunggu order sampai
keadaan bila makanan dah habis dihadap.hahaha
muka yang ceria sikit sebab dah kenyang :)
okeh so itu je la pic yang ada untuk dikongsi.hopefully bos akan lebih sukses di tempat baru.mana la tau kot2 nanti dapat anugerah cemerlang ke pulak kan.hehehe nanti kalo gi terengganu ke maran ke boleh la kawtim2 suruh belanja kot.muahaha xkisah la.janji semua nya berjalan lancar.kot2 nak makan nasi minyak pun ok gak.boleh buat rombongan cik bedah gi terengganu nanti.sambil2 holiday.kan3 hehehe


p/s : semoga anda2 semua bergembira sentiasa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...