Showing posts with label service. Show all posts
Showing posts with label service. Show all posts

Thursday, August 30, 2012

thanks atas feed back

assalamualaikum

hari tu akuada buat entry pasal etika berurusniaga kat SINI. lepas dari aku buat entry tu dalam 3,4 hari lepas tu buku tu pun sampai. tapi malang sebab buku yang dihantar tu ada yang salah. ape pun kes settle sebab aku dah refund balik duit buku aku yang xdpt tu.

tapi aku puji sikap penulis buku tu.aku not sure macam mana dia leh jumpa entry aku tu.maybe sebab dia google pasal buku dia tu kot.so dia pun komen kat blog aku dan bermurah hati nak bagi buku lain sebagai tanda maaf.


dan bagi aku pulak, memang la berbesar hati sebab penulis tu baik hati nak bagi buku yang lain. tapi agak segan gak nak terima sebab aku dah dapat pun buku aku tu.and syarikat yang berkaitan pun dah minta maaf dah atas kekhilafan diaorang.

tiba-tiba aku rasa macam aku terlalu lantang pulak membuat entry masa tu kan.hehehe so aku nak minta maaf pada pihak arrazi sebab terlalu lantang bersuara.tambahan pula mereka baru lagi beroperasi untuk memberikan kemudahan kepada masyarakat.

dulu pun ada pernah dapat feed back dari owner coolblog di tesco seri iskandar sebab terbaca entry aku yang INI. nampaknya berguna jugak la blog aku ni kan.sebagai tempat meluahkan perasaan.wahaha

apa2 pun bagi semua yang ada terlibat dalam entry2 aku ni, diharapkan kalian semua berjaya dalam apa yang sedang kalian lakukan.bukan niat aku nak menutup periuk nasi sesiapa sebab aku sendiri tau macam mana susahnya nak mencari duit.mafkan daku atas kelancangan dan kesalahan.
selamat hari raya (^________^)

p/s : walau apa pun sikap hormat menghormati mesti ada kan (>_<)

Tuesday, December 20, 2011

buat aku membara jer

assalamualaikum

perhatian : entry ni pasal ketidakpuasan hati.kalo malas xyah baca

sape suka minum air kat atas tu.ada macam-macam jenis kan air dari cool blog ni.ada yang jenis yogurt, ice blend dan air.tapi aku selalu amik milk tea + choclate je.selain murah ianya senang dibuat, cepat dan lebih terasa berbanding blend.kalo blend tu dah sah-sah rasa ais je kan.

jarang sangat-sangat aku amik yang blend punya cuma semalam macam teringin so aku amik bluberry oreo.not bad la tapi aku still rasa choclate milk tea tu ag sedap.tapi sebenarnya aku bukan nak citer sedap ke x cool blog ni.tapi aku nak story pasal service dari staf dia.

sekarang ni dekat tesco seri iskandar ada jugak jual cool blog ni.disebabkan aku memang suka cool blog ni maka muka aku memang selalu ada dekat situ.cuma aku agak bengang gak la sebab service dari staf cool blog kat seri iskandar ni sangat-sangat LEMBAB.bukan nak buruk-burukkan diaorang tapi itu la kenyataan nya.aku rasa student-student UTP or UiTM seri iskandar ni mesti fikir benda yang sama macam aku.

sepanjang aku beli cool blog kat situ aku xpernah dapat apa yang aku beli dalam masa kurang 5 minit walaupun masa tu xde pelanggan lain.kalo masa kat giant teluk intan aku beli benda yang sama tapi aku boleh je dapat  kurang dari 5 minit.kenapa boleh jadi macam tu?

sebab nya staf dekat seri iskandar ni lebih banyak bersembang dari buat keje.walaupun diaorang ada lebih kurang 2 staf tapi keje still lembab.kenapa staf dekat teluk intan tu sorang je tapi boleh buat dengan cepat.sebabnya  masa keje dia xde nak sembang-sembang or nak menggedik depan customer.

yang kat seri iskandar ni, kalo orang ramai pun dia boleh sibuk nak bersembang lagi.semalam aku baru je kena ag sekali.yang sorang tu sibuk dengan mesin duit tu, apa salahnya staf sorang lagi tu amik order dan buat dulu order dari customer.kenapa mesti tunggu minah tu clear dengan mesin duit tu dulu baru nak buat. kalo xde orang lain la citer. ini ramai kot yang tunggu turn.bukannya orang xnak bayar benda tu. dah la amik order lambat pehtu masa nak buat apa yang customer order tu pun lembab gak.sibuk bersembang.semalam aku tengok dalam gerai tu je ada 4 orang dewasa tapi aku tetap kena tunggu hampir setengah jam untuk order aku.

hello ini bukan aku sorang je yang rasa tau.kalo dah ada customer jaga la elok-elok walaupun memang cool blog tu pilihan ramai.kadang-kadang aku rasa malas nak beli sebab lama giler nak kena tunggu.pakcik semalam tu pun kata kat wife dia, xpayah la beli lambat sangat.banyak sembang je deme tu.see..... korang dah rugi sorang customer.kalo pakcik tu nak beli 4  jenis cool blog untuk anak-anak dia ,  korang kira la korang dah rugi berapa.almost rm10 ada aku rasa.

tapi kadang-kadang itu la beza nya kalo staf semua budak-budak melayu yang muda remaja ag.bukan aku nak kondem anak melayu sebab aku sendiri pun sama je macam tu.tapi at least diaorang tu berhadapan dengan customer yang mungkin nak cepat.cuba la ubah sikit perangai tu.ni nampak sangat korang sibuk nak sembang dari buat keje korang tu.

semalam memang aku rasa aku dah nak meletops dah ngan diaorang tu.tapi sebab aku malas nak gaduh-gaduh aku diam je la.sekali order dah siap straw plak abis kan.mendidih balik ati aku semalam.cari straw pun lambat.xkan la korang sampai 3 orang staf xperasan straw tu dah nak abis.tensi giler aku semalam.memang dah tarik muka dah.xde masa aku nak senyum-senyum dah kalo service macam tu.

bagi aku kalo lambat tapi korang memang betul-betul buat keje aku xkisah.aku dengan rela ati tunggu lebih lama pun xpe.tapi kalo dah lambat sangat pehtu ko nampak dia sembang-sembang, main henset pehtu baru terhegeh-hegeh nak basuh blender tu memang aku rasa muka minx maki je la tu.nasib kesabaran tinggi ag.

aihh!!!kan aku dah emo plak pagi-pagi kat blog ni.harapnya tempat lain jangan la jadi macam kat tesco seri iskandar ni.buat orang sakit ati je kannn...okeh la aku nak clearkan keje-keje aku dulu.minggu depan aku cuti seminggu weh pehtu sambung plak cuti new year.hahaha meriah kan

p/s : dah favourite kan so beli je la walaupun tensi berdouble-double
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...