Showing posts with label sikap. Show all posts
Showing posts with label sikap. Show all posts

Tuesday, March 13, 2012

alhamdulillah...dugaan buatnya

assalamualaikum

sihat x kawan-kawan aku suma arini?alhamdulillah kalo sihat.kalo sakit cepat-cepat makan ubat tau.aku nak update pasal kejadian seorang anak tinggalkan mak nya di hotel murah dalam entry aku sebelum ni.

kita xboleh judge orang kalau kita xtau apa yang jadi.macam dalam entry aku tu, ada aku nyatakan lebih baik kita kasihankan makcik tu dan biarkan je lah anak dia.kalau kita bercerita mengenai anaknya tu, kita plak yang dapat dosa free.

beberapa hari lepas kejadian tu, anak makcik tu buat pengakuan 'saya sayangkan mak'.


KUALA LUMPUR: “Emak saya bang, takkan saya tak sayang. Apapun yang berlaku, sebagai anak saya mohon ampun dan maaf dengan apa yang terjadi. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika ini, saya harap mak memahaminya,” kata Amir Mohd Omar, 27, anak Faridah Maulud, ibu yang ditinggalkan di sebuah hotel bajet di sini sejak 3 Mac lalu.

“Saya buntu dan seperti tenggelam punca kerana dalam hati tidak terlintas langsung untuk menyusahkan ibu seperti itu.

“Kejadian ini menyebabkan saya dihubungi sanak-saudara yang selama ini tidak tahu kedudukan sebenar saya walaupun sudah lima tahun menetap dan bekerja di ibu negara. Ada yang memberikan reaksi positif dan ada yang menyalahkan saya sebagai punca semua ini berlaku.

“Namun, saya buat begini kerana sayangkan mak dan mahu dia selesa. Kalau mampu, sudah tentu saya tempatkan dia di rumah sendiri kerana selama ini kami berkongsi susah dan senang,” katanya ketika bersetuju bertemu wakil Harian Metro selepas beberapa kali dihubungi, semalam.

Harian Metro berusaha mencarinya sejak pagi dengan mendapatkan nombor telefon Amir daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pengusaha hotel.


so berita malam semalam yang aku dapat dari harian metro ada menulis bahawa anak makcik tu dah pergi berjumpa dengan mak nya di rumah kebajikan tu.alhamdulillah dibukak kan hati anaknya untuk bertemu dengan makcik tu.even orang awam mungkin mencemuh dia dengan sikap nya tu, dia xcuba lari dari realiti.kalo dia xreti2 jugak nak jumpa maknya memang hati batu la kan.


tapi alhamdulillah akhirnya dia jumpa jugak.insyaAllah hati tua makcik tu dah memaafkan anaknya tu.lepas tengok video yang metro sediakan, aku pun sama sebak.xleh la tengok muka makcik tu.rasa nak nangis sama je.dari video tu boleh nampak kekesalan anaknya dan makcik tu menerima kembali anak nya tu

walaupun ada sesetengah masyarakat mengatakan riak muka anaknya tu macam berbangga je pun biarlah. kita hidup bukan untuk judge orang.semoga kisah dia menjadi pengajaran buat sahabat-sahabat di luar sana.love our family okey ^_^



p/s : ibu dan ayah kandung kita hanya muncul sekali seumur hidup.hargailah mereka.

Friday, March 9, 2012

nak salahkan siapa?

assalamualaikum

makin lama manusia makin hilang pedoman dan kesedaran diri. bukan auta tapi fakta.kat muka depan paper metro arini ada cerita pasal seorang ibu tua yang lumpuh ditinggalkan oleh si anak di hotel bajet kat kampung baru.


tengok muka makcik tu je pun dah sedih kan.ntah apa la yang ada kat dalam fikiran anak dia masa tu.anak dia still bujang lagi.maybe kesempitan wang agaknya menjadi salah satu punca dia buat macam tu.tapi walau macam mana pun dia xpatutnya buat mak dia macam tu.

dibiarkan kat dalam hotel tu sorang-sorang sampai makcik tu lemah.ntah la.sekarang ni kalo kesedaran dalam diri sendiri tu xde memang hancur la semuanya.berita penuh boleh baca kat page metro online ataupun beli je paper metro arini.


bila aku tengok pulak video dari metro lagi la aku sedih.tengok air mata makcik tu ngan raut wajah dia.memang sedih sangat la.betapa beratnya la salah anaknya tu sebab menumpahkan air mata mak dia.bukan sikit air mata yang turun tu.



makcik tu bertuah dan bernasib baik sangat sebab owner hotel tu sanggup nak jaga dia.xramai yang ada sikap prihatin macam owner tu di zaman moden ni.alhamdulillah makcik tu sihat cuma mungkin sakit di fikiran dan hatinya.

tapi xboleh nak salahkan anak dia jugak.sebab kita xtau situasi sebenar anak nya tu.kalo memang dia xsuka mak dia tu memang patut kena maki la.tapi macam mana lak kalo dia xterniat nak buat mak dia macam tu.mungkin dia memang xmampu nak tanggung mak dia.yes...memang cara dia tinggalkan mak dia salah.tapi tu la....lebih baik kita kasihan kan ibu tua tu saja.biarlah anak dia tu.xpasal2 nanti kita yang dapat dosa free.

kesimpulannya apa yang jadi pada sikap manusia zaman sekarang ni terutama pada sikap yang xpandai nak hormat pada kedua ibu bapa ni, sebenarnya bukan lah salah ibu bapa atau cikgu sekolah.tapi tu semua salah diri sendiri yang kurang kesedaran,kurang iman dan terlalu mengejar keduniaan sampai lupa saham akhirat.ibu bapa kita ni salah satu saham akhirat kita tau

so jom cekidaut iman kita.pastikan kita xtergolong dalam insan2 yang mengabaikan ibu bapa dan yang DIATAS.berbaktilah kita pada kedua ibu bapa kita.jangan lah diabaikan dan dengarlah nasihat mereka.kita xkan mampu nak mohon maaf pada mereka jika mereka telah tiada.salah satu nikmat kita hilang jika kita kehilangan mereka.kalau kehilangan sementara boleh lagi diubah tapi kalau kehilangan selama-lamanya agaknya macam mana nak minta ampun ye.

p/s : fikir-fikirkan.sayangi mak ayah kita <3

update :-

anak nya dah sedar and telah berjumpa dengan maknya.alhamdulillah

Tuesday, June 7, 2011

mana satu yang perlu dipilih??

buat baik salah,buat jahat pun salah gak..ataupun kata lain nya bila buat baik dibuli tapi bila buat jahat dikeji.so kalo korang apa yang korang nak pilih.nak teruskan buat baik atau nak teruskan wat jahat (sambil gelak setan).

aku pun tengah confuse macam mana ni.sebabnya benda ni xde jadi kat aku pun (yeke xjd kat aku v(^_^).ntah la.kalo aku nak jadi baik sepanjang masa pun rasanya xsesuai kot di zaman sekarang ni.ala2 nak jadi girl melayu terakhir gitu.hahaha

tapi betul kan...bila kita ni baik sangat ngan org tu mula la.nnti kita yang dipijaknya...xde kesedaran betul orang tu.hampeh je..bak kata en mizam "tembak kasi mampus je". bila dah jahat plak memang *nates (jahat macam lahanat) abis.sampai xleh nk dibendung dah.ada yang sampai jadi gunting dalam lipatan la, musuh dalam selimut la and macam2 ag peribahasa.

hai la nasib...sentiasa xdapat memuaskan ati semua orang..pape pun semoga berjaya menempuh segala dugaan dengan baik, tabah dan sabar (^_^)

p/s : so apa keputusan yang the best skali??baik or teruskan menates (ada ke word tu)??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...