sihat x kawan-kawan aku suma arini?alhamdulillah kalo sihat.kalo sakit cepat-cepat makan ubat tau.aku nak update pasal kejadian seorang anak tinggalkan mak nya di hotel murah dalam entry aku sebelum ni.
kita xboleh judge orang kalau kita xtau apa yang jadi.macam dalam entry aku tu, ada aku nyatakan lebih baik kita kasihankan makcik tu dan biarkan je lah anak dia.kalau kita bercerita mengenai anaknya tu, kita plak yang dapat dosa free.
beberapa hari lepas kejadian tu, anak makcik tu buat pengakuan 'saya sayangkan mak'.
KUALA LUMPUR: “Emak saya bang, takkan saya tak sayang. Apapun yang berlaku, sebagai anak saya mohon ampun dan maaf dengan apa yang terjadi. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika ini, saya harap mak memahaminya,” kata Amir Mohd Omar, 27, anak Faridah Maulud, ibu yang ditinggalkan di sebuah hotel bajet di sini sejak 3 Mac lalu.
“Saya buntu dan seperti tenggelam punca kerana dalam hati tidak terlintas langsung untuk menyusahkan ibu seperti itu.
“Kejadian ini menyebabkan saya dihubungi sanak-saudara yang selama ini tidak tahu kedudukan sebenar saya walaupun sudah lima tahun menetap dan bekerja di ibu negara. Ada yang memberikan reaksi positif dan ada yang menyalahkan saya sebagai punca semua ini berlaku.
“Namun, saya buat begini kerana sayangkan mak dan mahu dia selesa. Kalau mampu, sudah tentu saya tempatkan dia di rumah sendiri kerana selama ini kami berkongsi susah dan senang,” katanya ketika bersetuju bertemu wakil Harian Metro selepas beberapa kali dihubungi, semalam.
Harian Metro berusaha mencarinya sejak pagi dengan mendapatkan nombor telefon Amir daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pengusaha hotel.
so berita malam semalam yang aku dapat dari harian metro ada menulis bahawa anak makcik tu dah pergi berjumpa dengan mak nya di rumah kebajikan tu.alhamdulillah dibukak kan hati anaknya untuk bertemu dengan makcik tu.even orang awam mungkin mencemuh dia dengan sikap nya tu, dia xcuba lari dari realiti.kalo dia xreti2 jugak nak jumpa maknya memang hati batu la kan.
tapi alhamdulillah akhirnya dia jumpa jugak.insyaAllah hati tua makcik tu dah memaafkan anaknya tu.lepas tengok video yang metro sediakan, aku pun sama sebak.xleh la tengok muka makcik tu.rasa nak nangis sama je.dari video tu boleh nampak kekesalan anaknya dan makcik tu menerima kembali anak nya tu
walaupun ada sesetengah masyarakat mengatakan riak muka anaknya tu macam berbangga je pun biarlah. kita hidup bukan untuk judge orang.semoga kisah dia menjadi pengajaran buat sahabat-sahabat di luar sana.love our family okey ^_^
p/s : ibu dan ayah kandung kita hanya muncul sekali seumur hidup.hargailah mereka.
No comments:
Post a Comment