Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Sunday, August 19, 2012

selamat hari raya! ^_^

assalamualaikum

selamat menyambut hari raya kawan2 ku semua.
disini aku nak mohon ampun dan maaf andai sepanjang korang baca blog aku ni
korang ada terasa hati.
kalau ada komen2 aku yang meyakitkan hati pun harap dimaafkan.
mohon dihalalkan segala apa yang diberi atau yang aku ambil.
terutama sekali pada fizgrafic yang mana banyak banner2 aku ni ambik dari dia :p
diharap kan syawal ni memberikan kenangan terindah dalam hidup kalian.
dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara saudara2 kita.

bad news nya sebab raya keempat @ khamis aku kena kerja.
opis aku kena bukak jugak sebab takut ada pekebun yang datang.
padahal pekebun2 tu pun tau kita nak beraya.
sebabnya tahun lepas pun xde sape yang datang.
hari jumaat aritu pun xde orang datang langsung.
aku siap boleh tido kat opis dari pukul 9-11.30.hahaha

so memang aku akan bukak opis tapi kisah pulak aku kan.
belum cukup pukul 5 nanti aku dha balik.
confirm!
xde rajin aku nak dok opis sorang2.
bosan tau
kalau ada geng aku memang xkisah pun nak dok opis tu.
tahun ni aku kena bagi duit raya gak.
so sape na duit raya sila2 datang kat umah ok.
aku cuti seminggu je except hari rabu tu la
ok la tu je nak share

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN
0 - 0 ok?

Monday, September 5, 2011

amacam rayer??

as salam uols...aritu mood raya aku smpai gak.tapi masa malam raya la.sebab aku buat biskut raya.dapat la sikit mood raya tu kan.aku buat biskut raya with my sis alang.
disebabkan ari ahad malam tu aku xtido then esoknya terus gi keje.maka dalam perjalanan balik aku dah tertido atas moto.nasib baik cepat sedar.kalo xbuat kenduri la mak aku.sampai je umah aku tido dari kul 3pm sampai 6.30pm. lama x?hahaha...malamnya lak tido kul 2.30am then esok pagi bangun kul 9.30am.

maka jawabnya xgi la semayang raya.akak aku dah bebel2 dah pasal bangun lambat.huhuhu.ngantuk la nak buat camne kan.dah siap2 suma then tunggu mak ayah balik dari masjid untuk sesi bermaaf-maafan.

RAYA HARI PERTAMA
bermula dengan bermaaf-maafan dengan family.then rehat2 jap tapi aku ngan alang gi ziarah kubur abah kat jalan damai.pastu gi beraya kat Kg Bermin which is kampung mak aku gak la.sebab atok aku dok situ dulu.tapi mak xikut sebab dia jaga opah aku.petangnya dekat2 kul 4 kawan2 alang aku datang dalam 15 motor.padahal kawan dia sorang je.masa tu gak la adik bapak aku and kawan2 mak aku datang bersamaan dengan 3 biji kete.hamek ko...selalu raya pertama relax je sekali taun 2011 ni penuh umah raya pertama.fuhh!!!penat beb.malam tu plak adik2 mak aku yang satu bapak lain mak datang beraya.tapi aku xdok lama kat umah.sebab aku,angah ngan alang dah bersiap2 nak gi beraya umah kak ila dan azzren.

RAYA HARI KEDUA
pergi beraya kat kampung ayah area batu gajah dan bemban.masa ni mak ikut sebab dalam petang sikit makcik aku akan balik umah.so ada la orang jaga opah aku.pergi beraya sambil2 mengisi perut kat umah sedara mara.xnak ramai lak sedara belah ayah aku ni.waduh2..dah la suma kelakar je.malam ada satu insiden dimana aku dimarah oleh sorang pelakon yang bernama IDRIS MAT DIAH. pasal ni aku citer kat entry lain ok.dalam kul 8 lbh dekat kul 9, main bunga api plus mercun bodo2 ngan sepupu.kenapa mercun bodo2??sebabnya bunyi mercun tu slow je.khas utk orang yang xnak kehilangan jari.hehehe. tengah malam sambil2 tengok drama with sepupu2, semua pakat lapo...maka aku merajinkan diri masak megi tomyam jenama maggie...nasib baik sedap.bersahur la kitaorang 6+1 orang makhluk di malam ari sambil sambung tengok drama

RAYA HARI KETIGA
beraya kat umah pakcik aku bersamaan dengan sepupu kepada mak aku kat tapah road.dia buat open house makan mee rebus mastan ghani katanya.sekali ag mak aku tinggal kat umah.lepas tu gi umah opah su which is adik kepada opah aku dan terus ke umah pak long.last skali jenguk ke rumah kawan ayah aku pakcik mat zain.malam nya layan movie macam bese walaupun sumanya dah tengok.dekat2 kul 10.30 makcik aku datang dengan anak2 serta cucu2nya.ingatkan xjadi tido umah aku sebab lambat sangat.aku dah siap bentang toto depan tv dah ingat nak check in situ.sekali atas rasa baik ati *cewah* aku menyerahkan tempat tu pada sepupu aku utk landing time dia,wife ngan anak-anak dia.

RAYA HARI KEEMPAT
just stay kat umah je.pagi2 ag dah bangun sebab dengar anak sepupu aku nangis.then terus terjaga dari tido.sepupu2 merangkap driver xbangun ag dari tido sebab syok sangat dok tido.sampai ada yang declare homestay 5 star.tapi yang aku pelik bila umah aku jd homestay.hahaha.kipas pun diaorang tutup pagi tu sebab katanya sejuk.pak cik aku kata sejuk aircond lain ngan sejuk kampung.ntah le.aku tengok sama je.huhuhu.before diaorang teruskan perjalanan kitaorang bergambar dulu.benda wajib tu setiap kali bila ramai2.huhuhu
bersama sepupu dan anak2
kandid time
sasha and shafik
then lepas diaorang balik kitaorang meneruskan aktiviti mandi sungai.sejuk woo.pas naik dari sungai aku tido and suma kaum adam gi semayang jumaat.petang tu cu aku lak bertolak balik ke kl.


pic:credit to kak ina and family

RAYA HARI KELIMA
gi beraya kat umah kawan2 aku which is umah shieda, anim and sheenah.tujuan utama nak jumpa kawan-kawan la dan paling penting nak tengok baby girl sheenah.baby merdeka beb.aku suh bagi nama merdekarina tapi cadangan ditolak.sob sob...tapi baby tu sangat cute tapi takut nak pegang sebab kecik sangat.huhuhu
malam tido xingat dunia kul 9 baru bangun tengok tv.owh lupa alang balik naik bas ke kl kul 3.30pm.

RAYA HARI KEENAM
still dok kat umah sebab dah malas nak beraya.along pagi2 buta dah balik sebab takut jalan jem.maka tinggal la aku ngan angah je.petang tu pakcik mat zain dtg with opah enon dan beberapa lagi insan.malam membongkang depan tv tengok citer yang ntah pape.

RAYA HARI KETUJUH
bersamaan dengan arini,xde kemana jugak.sebab orang suma dah start keje and sekolah.before balik gi guardian sat then pas zohor bertolak balik seri iskandar.otw balik moto aku dilanggar oleh malaun yenna yang bawak lori.salah aku ke??oh tidak!!!salah dia.sebab masa tu aku dah berenti sebab lampu isyarat warna merah.dia yang bawak laju then langgar aku.nasib baik langgar slow je.kalo xmalam ni mak aku wat kenduri arwah la.dan box di moto aku adalah penyelamat keadaan.sebab lori tu bercium dengan box aku je.kalo x aku pun xtau pe jadi.menggigil kaki aku bawak moto.nasib la aku buka jenis trauma lama2.adeh...

RAYA HARI KELAPAN DAN SETERUSNYA
xtau lagi sebab esok aku dah start keje.kot2 ada dak opis nak buat open house ke kan.hahaha

p/s : xlambat sangat kan nak wish raya.so SELAMAT ARI RAYER MAAF ZAHIR BATIN

Monday, August 29, 2011

selamat datang syawal - selamat tinggal ramadan

salam semua.arini kemungkinan ari last kita semua puasa.sebab kalo ikut kelendar esok dh raya.tapi kan mana cukup 30 ramadan ag kan.so xleh raya la.hahaha

sebenarnya aku ni dah kebosanan. dari semalam aku xtido2 ag ni.now ada kat opis lak untuk bekerja sekerat ari.sepatutnya kena keje sampai petang.tapi bese la buat peraturan sendiri.ada aku kisah kan.hehehe

tujuan utama entry kali ni dah sah2 la nak ucap selamat ari rayer.tapi sebelum tu selamat tinggal pada ramadan.ntah berkesempatan atau x nak jumpa ramadan tahun depan.harap-harap nya amsih sempat ag nak bertemu ramadan tahun 2012 nanti.

mesti semua nya tengah sibuk kan dengan persiapan raya.aku je yang dok tercongok kat opis ni ha.tapi aku xde lak rasa sedih.aku xtau nape, tahun ni memang aku xde rasa langsung nak raya.walau aku excited nak buat biskut raya sekali pun tapi mood raya tu still xde ag.macam mana ni???

tapi pada raya pertama nanti tugas utama aku selain minx maaf bersama2 family adalah melawat kubur arwah abah.aku dah diamanahkan untuk menjenguk kubur abah sebab kak intan xdapat nak balik awal raya kali ni.

yang xbestnya time org sibuk2 buat persiapan raya, aku lak sibuk mencari umah sewa baru.hahhaa.nak buat camne.kalo xcari alamatnya aku kena la menahan rasa hati kat umah tu.so better aku cari dulu then nanti pindah je. perkara yang lagi xbest ag adalah petang ni nak kena merempit lak balik kampung.MALASNYA..... tolong2...

alamak terlebih sudah.ok la aku nak ucap selamat ari raya maaf zahir batin.monx dihalalkan makan minum, isi kandungan entry atau pape je la yang aku teramek. tapi paling utama nak mohon maaf kepada yang membaca blog aku ni andai sepanjang korang abca entry aku, korang ada terasa ati.sorry sangat2...

akhir kata SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN.

p/s: makan lemang jangan lupa aku tau dan paling penting kalo nak main mercun tu hati2 la ye =)

Tuesday, August 9, 2011

aku lak yang eksited

salam semua, tadi around 1.35pm aku rasa ala2 sedih gak la.sebab baru je ketua aku tanya persetujuan aku supaya aku kerja pada ari isnin bersamaan 29 ogos 2011...giler ko xsedih. dah la kena keje sorang2 pehtu balik2 kampung esoknya dah raya.huwaaa xleh main mercun. *stok taun lepas ada ag*
nak buat camne kan.aku kan memang baik ati.disebabkan suma warga ofis aku ni dok jauh2 maka terpaksa la berkorban kan.ada sorang ag staf dah amik untuk ari jumaat.so ari isnin  xde sape nak jaga.maka aku la yang diamanahkan. xkisah la.janji aku dapat balik raya.balik umah awal2 pun nanti kena kemas umah.huhuhu

dalam tengah feeling2 sedih tu aku baca la blog yang aku follow.tetiba kan, adoih eksited ag.aku baca keputusan pregnancy test sis yana kat blog laki dia kat SINI.aku lak yang teruja lebih2 masa baca entry dari ujang tu.

ohh pandai ek diaorang rahsia2.rupanya sebelum ramadan aritu diaorang dah tau dah.punya la aku menunggu keputusan test tu sebab aritu ujang buat entry separuh je then tadi baru dia buat sambungan.hahaha.terbaekk arh. tapi diaorang dah bagi dah hint2 nya.tambah2 sis yana.banyak sebenarnya hint yang dia bagi.huhuhu
excited sampai nak buat macam ni =)
walaupun aku xrapat ngan diaorang tapi perasaan eksited tetap terlebey.huhuhu.so wish for sis yana adalah :

  • jaga kandungan elok2 ok.
  • jaga kesihatan dan makan minum
  • jangan stress2.
  • jangan buat keje berat2.
  • request je kat bro ujang kalo ngidam pape.jgn ngidam pelik2 sudah.
  • nanti bila scan bagitau ek laki ke pompuan.huhuhu
  • semoga sihat dan ceria selalu
p/s : adoiyai bestnya kalo ada baby (>_<)

Friday, August 5, 2011

rindukan mu

salam. ntah nape arini rasa rindu sangat2 pada dia. yes bila masuk bulan pose ni teringat kat dia.seorang yang telah meninggalkan aku pada raya kedua tahun 2010 bersamaan 11 september 2010.seorang insan yang ku panggil ABAH.

abah ngan mak ila jaga aku dari kecik.lebih kurang mcm pengasuh aku la.nama abah tu dah aku panggil dari aku kecik ag. dulu masa sekolah rendah, asal cuti je nak gi umah abah. tapi bila dh besar ni malu skit la. abah ngan mak ila mmg baik.diaorang sangat memanjakan kitaorang anak2 nya ni.

aku rasa habit abah yang aku ikut sampai sekarang adalah makan nasi mesti berkuah.kalo nasi tu xbanjir ngan kuah mmg xsah.mak kata aku mmg ngikut perangai abah yang tu.sebab ayah ngan mak aku mana mkn kuah banyak2.dan habit tu gak aku nampak pada kak intan (^_^)

tapi tu la masuk mood pose ni selalu je teringat kat abah. terkilan kot aku sebab masa abah nazak mmg aku ada lawat. lepas tu abah ok skit. tetiba masa aku tgh beraya kat umah pakcik aku kak intan call kata abah dah xde. terkesima kejap aku masa tu.

mak ila kata abah ada sebut nak jumpa aku ngan alang.ntah la.kadang2 bila teringat balik rasa terkilan sgt2.sebab xdpt jmpa abah masa last hayat dia.dh la masa sampai2 pn abah dah siap dikapankan. xdpt nak tgk and cium abah bt kali terakhir.selalu kalo aku gi umah abah, masa nak balik tu mesti salam dan cium pipi abah. abang ar kata ikut gi kubur nnti leh tgk abah.

aku mmg nak gi.tapi mak ngan ayah aku xgi.mak kata panas nnti kang ayah xtahan.so sampai sudah aku xtengok wajah terakhir abah.sedangkan aku leh je gi naik moto gi kubur.tapi bila dah blur macam tu la jadinya.sedih giler rasa masa kemas2 umah abah tu.aku ngan alang sapu umah abah,lipat kain kapan yang lebih2 tu, lipat selimut dan ada ag ar.

sebak kot rasa masa tu.aku dok bersih kat luar umah skit2 tapi air mata dh meleleh dah.hurm,,,xtau la.tapi aku xsuka tnjuk depan orang aku nangis. nak tido malam tu pun aku nangis gak.ntah la.rasa terkilan tu tetap ada. skang mak ila dok ngan kak intan and nyah kat bangi. sebab aritu mak ila jatuh.so kena operate aritu.

hope mak ila dalam keadaan sihat sejahtera selalu dan moga roh abah dirahmati dan ditempatkan di kalangan yang beriman AMIN. rindu sama abah.kurang dah sorang insan yang aku nak peluk cium raya ni.

p/s : sayangi dan lindungilah insan-insan yang kita sayang dan cinta sebaiknya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...