Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Friday, August 17, 2012

gelagat di bulan ramadan #2

assalamualaikum

salam akhir ramadhan kawan2.kejap je rasanya ramadhan nak habis.kalo ikut kelendar kuda ni ahad dah pun raya.hurmmm harapnya ada lah peluang lagi bertemu ramadhan tahun hadapan.

dalam sibuk2 mood raya ni aku nak tanya gak kat korang.zakat dah bayar??hehe dah akhir2 ramadhan dah ni.so pada yang memang wajib bayar zakat tu jangan la buat2 lupa pulak.sebab aku terdengar aritu even student pun tapi dia ada harta yang melebihi keperluan dia maka dia pun kena bayar zakat.

alkisah nya aku ada la jugak pengalaman untuk bayar zakat ni.aku start keje 03.05.2011 so maknanya tahun lepas aku dah memang patut la bayar zakat kan.tapi aku boleh xtahu yang aku kena bayar zakat.memang tiap2 tahun ayah aku bayarkan untuk kitaorang adik beradik melainkan yang dah kawen.

so tahun lepas sebelum raya aku still kena jaga opis gak.ari ahad kalau xsilap, aku dok tengah masak tu sambil pasang siaran ihya ramadhan by ustaz don.memula dengar sambil lalu je ustaz don cakap.tapi bila dia mention kata yang dah kerja wajib bayar zakat.terus lari cepat2 dok depan tv.elok plak ustaz don ulang balik ayat dia >_<

aku dah tau tu terus masak cepat2 then berkejar ke param (pasar ramadhan). aku memang selalu nampak ada pakcik makcik tu dok sana untuk mudahkan org bayar zakat.so first target gi param aritu sebab nak bayar zakat.agak ramai jugak la masa tu.

makcik tu pun tengok aku mcm cuak dia tanya aku pertama kali ke bayar zakat.then sembang2 la kejap dan teruskan kewajipan bayar zakat.balik umah cakap kat akak aku.dia kata memang la kalo keje kena bayar zakat.haha hampeh betul.nasib baik aku terdengar ustaz don bagitau.kalo xmemang xbayar zakat la aku tahun lepas.lagipun apalah yang nak berkira sangat dengan RM7 tu.

apa2 pun jangan lupa bayar zakat ye kawan2.selamat hari raya maaf zahir batin aku ucapkan kat semua.semoga syawal kali ni memberi makna buat anda semua.aku ni umah pun xkemas apa lagi and malam ni baru nak start buat kuih raya.

p/s : hati2 balik kampung ye :)

Tuesday, July 31, 2012

gelagat di bulan ramadan #1

assalamualaikum

alhamdulillah dah masuk puasa hari ke 11.sekejap je rasa.dok pejam celik je dah sampai 11 hari ha.amacam terawih korang full ke x?terawih aku dok rongak ha sebab bila balik kampung je mesti aku xgi.sila jangan ikut!huhu

bila masuk bulan ramadan ni, ayah secara automatik dapat tugas baru iaitu kejut aku bangun sahur.memula tu juz pesan untuk kejut hari tu je.alih2 sampai ke sudah ayah yang kejutkan.haha kul 5 or 5 lebih tu tepon aku pun berdering la menandakan ayah call dan bunti alarm.kadang2 tu lepas ayah kejut  pun aku leh tido balik -_-"

ni cerita puasa tahun lepas.masa sahur pukul 5am tu ayah call aku suruh bangun.disebabkan semalamnya aku tido pukul 2.30am maka keadaan aku sangat la ngantuk.so bila ayah kejut tu aku just bangun kejap then tido balik. xlama pastu aku terjaga.dah terjaga sah2 la aku terus gi sahur kan.dah sedap melantak semua sampai kenyang aku pun usha la jam.

bila tengok je jam tu omakaii!!! terkejut den sebabnya masa tu dah pukul 6.20am.hahaha aku punya la sedap melantak tadi kan.patutla aku xnampak wajah2 housemate aku dok bersahur masa tu.so bila dah xsengaja makanya puasa boleh diteruskan jugak kan.hehe

macam2 gelagat sebenarnya masa bulan puasa ni.daripada sahur bawak ke siang hari ke waktu berbuka sampaila ke terawih.hehe so yang penting di bulan ramadan ni sila2 la banyakkan berzikir dan amalan yang sepatutnya.huhuhu

okla aku nak belek2 kerja yang dari tadi bersepah atas meja ni.so selamat berpuasa.huhuhu ^_^

Monday, July 23, 2012

air mata di malam ramadan

assalamualaikum

selamat berpuasa kawan-kawan.xberkesempatan nak update entry puasa sebab malas.hehe ampunnn. orait nak share feeling time terawih semalam.kalo ikutkan semalam dah masuk terawih hari ketiga kan. so masa hari first ngan second aku terlepas terawih sebab sampai je kampung keje membongkang.huhu rugi2

semalam dengan semangat nya aku pun lepas siap2 maghrib terus gerak gi masjid yang dekat sesangat ngan rumah sewa aku ni.masa aku sampai xde la ramai sangat umat sebab awal lagi.so bila dah nak masuk waktu isyak tu siap2 la kan nak berjemaah.

masa ni aku dah start bengang sebab mak2 yang dok saf depan ni selamba badak je letak anak deme satu saf ngan orang dewasa. kalau dekat masjid tapah, dah kena tegur dah tu.sebab ianya akan memutuskan saf.setuju x kalau aku kata "waktu solat tarawih saf bagi kaum wanita selalu terputus sebab ibu-ibu akan membawa anak2 yang belum baligh solat disamping mereka walaupun ibu2 tu berada di saf pertama".

tadi aku tengok dah macam main ombak .sebab dah berselang-selang susunan orang dewasa ngan budak-budak.tu belum masuk saf belakang lagi yang dah memang terputus.boleh pulak la diorang biarkan bahagian tengah tu kosong then diaorang duduk solat kat tepi.xtau la sebab nak dekat ngan kipas ke pe.sedih -_-"

bengang kuasa dua! masa solat tarawih tu kanak-kanak lelaki sangat riuh.diaorang punya bising tu dah sama naik ngan suara imam.ok fine! memula tu aku xde heran sangat la.sebab baru je mula solat.jap ag imam tegur la tu.tapi yang hado! sampai ke sudah imam xtegur.boleh dia teruskan je solat tu.bukan nak kata la.tapi kalo kat masjid tapah imam dengar bising dah melampau gitu dia mesti tegur.and ibu bapa pun start alert kat anak-anak.yang ni tadi yang hado...

sampai la masuk rakaat ke 5 solat tarawih air mata aku menitis.sebabbbb aku xdapat nak khusyuk langsung solat aku tu.aku rasa macam xde apa yang aku dapat untuk solat tarawih malam tu.rasa macam nak jerit je tengah-tengah solat tu sebab serius aku xtahan sangat.kekhusyukan aku langsung xde.pedih sangat rasa hati masa tu.sebab aku ingat aku nak topup la balik solat aku tu.memang sedih giler la.

cukup 8 rakaat tarawih then lepas doa terus aku cabut.aku witir kat umah je walaupun imam terus buat solat witir.sebab masjid sini buat 8 rakaat je. masa otw balik rumah tu menitis lagi air mata aku.rasa macam kesal gile aku sebab xdapat khusyuk dalam solat.memang kosong malam tu.no rewards for tarawih.baik aku solat sendiri je.

yang buat aku lagi rasa geram sebab perasaan marah dan kesal tu terbawak sampai la ke pukul 12am.balik je solat aku terus ke tesco cari barang. aku pergi amik bakul terus tarik barang nak beli.selalu tu aku ronda-ronda dalam tu.dah balik call akak aku tanya pasal nak gi interview nanti.

lepas tu bila dia dah tanya macam-macam aku dah hangin giler.aku xtau kenapa.aku rasa marah sangat masa tu,sampaikan aku tengking dia dan terus letak phone.aku xsuka bila aku buat macam tu kat orang.mesti akak aku terasa ngan aku kan.padahal aku minta tolong ngan dia.sedih sangat aku rasa bila ingat balik.

sebab tu la orang kata kalo tengah marah istighfar la banyak2.sebab bila kita marah kita selalu xsedar apa yang kita buat dan kita mesti akan mengguriskan hati orang lain.

xsuka perasaan macam tu.aku benci sifat marah dalam diri. sifat tu buat aku jadi bukan diri aku.benciiii........

ya ALLAH, ampuni lah aku ya ALLAH.sesungguhnya permulaan ramadan yang indah ini seakan telah cacat dengan apa yang berlaku itu.
berikanlah aku sifat khusyuk, sabar dan ikhlas ya ALLAH.bulan mulia mu ini masih panjang ya ALLAH. semoga ianya memberikan rahmat dan kebahagiaan kepadaku.
aku sendiri tidak mampu menjangka adakah dapat aku rasai lagi nikmat ramadan mu ini.maka aku mohon padaMu ya ALLAH, tabahkanlah hatiku dan berikanlah petunjuk Mu. 
sesungguhnya hanya padaMu aku memohon ya ALLAH.tiada yang mampu merubah sesuatu itu melainkan dengan kehendakMu.bantulah aku ya ALLAH supaya ramadan kali ini memberikan seribu keberkatan dan nikmat yang tiada nilainya.
AMIN

Monday, August 29, 2011

selamat datang syawal - selamat tinggal ramadan

salam semua.arini kemungkinan ari last kita semua puasa.sebab kalo ikut kelendar esok dh raya.tapi kan mana cukup 30 ramadan ag kan.so xleh raya la.hahaha

sebenarnya aku ni dah kebosanan. dari semalam aku xtido2 ag ni.now ada kat opis lak untuk bekerja sekerat ari.sepatutnya kena keje sampai petang.tapi bese la buat peraturan sendiri.ada aku kisah kan.hehehe

tujuan utama entry kali ni dah sah2 la nak ucap selamat ari rayer.tapi sebelum tu selamat tinggal pada ramadan.ntah berkesempatan atau x nak jumpa ramadan tahun depan.harap-harap nya amsih sempat ag nak bertemu ramadan tahun 2012 nanti.

mesti semua nya tengah sibuk kan dengan persiapan raya.aku je yang dok tercongok kat opis ni ha.tapi aku xde lak rasa sedih.aku xtau nape, tahun ni memang aku xde rasa langsung nak raya.walau aku excited nak buat biskut raya sekali pun tapi mood raya tu still xde ag.macam mana ni???

tapi pada raya pertama nanti tugas utama aku selain minx maaf bersama2 family adalah melawat kubur arwah abah.aku dah diamanahkan untuk menjenguk kubur abah sebab kak intan xdapat nak balik awal raya kali ni.

yang xbestnya time org sibuk2 buat persiapan raya, aku lak sibuk mencari umah sewa baru.hahhaa.nak buat camne.kalo xcari alamatnya aku kena la menahan rasa hati kat umah tu.so better aku cari dulu then nanti pindah je. perkara yang lagi xbest ag adalah petang ni nak kena merempit lak balik kampung.MALASNYA..... tolong2...

alamak terlebih sudah.ok la aku nak ucap selamat ari raya maaf zahir batin.monx dihalalkan makan minum, isi kandungan entry atau pape je la yang aku teramek. tapi paling utama nak mohon maaf kepada yang membaca blog aku ni andai sepanjang korang abca entry aku, korang ada terasa ati.sorry sangat2...

akhir kata SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN.

p/s: makan lemang jangan lupa aku tau dan paling penting kalo nak main mercun tu hati2 la ye =)

Friday, August 5, 2011

rindukan mu

salam. ntah nape arini rasa rindu sangat2 pada dia. yes bila masuk bulan pose ni teringat kat dia.seorang yang telah meninggalkan aku pada raya kedua tahun 2010 bersamaan 11 september 2010.seorang insan yang ku panggil ABAH.

abah ngan mak ila jaga aku dari kecik.lebih kurang mcm pengasuh aku la.nama abah tu dah aku panggil dari aku kecik ag. dulu masa sekolah rendah, asal cuti je nak gi umah abah. tapi bila dh besar ni malu skit la. abah ngan mak ila mmg baik.diaorang sangat memanjakan kitaorang anak2 nya ni.

aku rasa habit abah yang aku ikut sampai sekarang adalah makan nasi mesti berkuah.kalo nasi tu xbanjir ngan kuah mmg xsah.mak kata aku mmg ngikut perangai abah yang tu.sebab ayah ngan mak aku mana mkn kuah banyak2.dan habit tu gak aku nampak pada kak intan (^_^)

tapi tu la masuk mood pose ni selalu je teringat kat abah. terkilan kot aku sebab masa abah nazak mmg aku ada lawat. lepas tu abah ok skit. tetiba masa aku tgh beraya kat umah pakcik aku kak intan call kata abah dah xde. terkesima kejap aku masa tu.

mak ila kata abah ada sebut nak jumpa aku ngan alang.ntah la.kadang2 bila teringat balik rasa terkilan sgt2.sebab xdpt jmpa abah masa last hayat dia.dh la masa sampai2 pn abah dah siap dikapankan. xdpt nak tgk and cium abah bt kali terakhir.selalu kalo aku gi umah abah, masa nak balik tu mesti salam dan cium pipi abah. abang ar kata ikut gi kubur nnti leh tgk abah.

aku mmg nak gi.tapi mak ngan ayah aku xgi.mak kata panas nnti kang ayah xtahan.so sampai sudah aku xtengok wajah terakhir abah.sedangkan aku leh je gi naik moto gi kubur.tapi bila dah blur macam tu la jadinya.sedih giler rasa masa kemas2 umah abah tu.aku ngan alang sapu umah abah,lipat kain kapan yang lebih2 tu, lipat selimut dan ada ag ar.

sebak kot rasa masa tu.aku dok bersih kat luar umah skit2 tapi air mata dh meleleh dah.hurm,,,xtau la.tapi aku xsuka tnjuk depan orang aku nangis. nak tido malam tu pun aku nangis gak.ntah la.rasa terkilan tu tetap ada. skang mak ila dok ngan kak intan and nyah kat bangi. sebab aritu mak ila jatuh.so kena operate aritu.

hope mak ila dalam keadaan sihat sejahtera selalu dan moga roh abah dirahmati dan ditempatkan di kalangan yang beriman AMIN. rindu sama abah.kurang dah sorang insan yang aku nak peluk cium raya ni.

p/s : sayangi dan lindungilah insan-insan yang kita sayang dan cinta sebaiknya.

Tuesday, August 2, 2011

terkilan,sedih,kecewa

tadi gi masjid kat SI ni ngan housemate aku utk terawih. ingatkan dpt la pahala lebih utk pose arini.tapi rupanya terawih hari ni bagi aku xde makna pun. nak tau sebab pe??
  1. keadaan dalam masjid yang sangat bising dengan budak2 kecik dan xberapa nak kecik.aku rasa macam nak kurung je diaorg dlm stu bilik.bingit telinga aku.
  2. makcik2 yang leh plak bergosip dalam masjid tu.padahal  umur tu dah layak kena panggil ngan kubur dh.bergosip sambil tunjuk2 lak kt org yang digosipkan tu.sengal giler...
  3. ada lak segelintir jemaah pompuan yang bt aku xkhusyuk.dah la warna telekung tu hijau dan mmg lain dari yang lain.pehtu leh plak dia solat smbil dukung anak dia.bila nk sujud letak kat bawah.bila berdiri dukung balik.pehtu bila anak dia bising leh plak dia cuit2 suh diam then smbg solat.apa kes tu.mmg aku dh pelik smpai tgh solat pn dok terjeling2 kt diaorg.mazhab mana la dia guna ek??
  4. warga luar dari malaysia yang solat dgn pakai jubah dan selendang saje.mmg la xslah.tapi tgn dia still terbuka.xsilap aku tgn kena tutup smpai pergelangan.tp ni x plak.pehtu solat pn leh plak btul2 tudung.tp tu aku xkisah sgt.sbb byk warga islam luar msia solat mcm tu.diaorg ikt mazhab lain dr kita.
  5. bacaan imam yang buat aku was2 dgn nya.kejap2 berenti baca.dah la dgr xdgr je bacaan doa dia.
  6. masjid yang xpenuh ngan jemaah,.dah ari kedua kot masjid tu xfull jugak.ke ruang masjid yg terlampau luas.ntah la.tapi terkilan kot mcm tu
  7. sejadah pun xde.mmg le karpet tu leh jd sejadah.tp kan ag afdal bg sejadah pada jemaah.walaupun blh bawak sndri kan.
  8. ibu2 yang bawak anak2 then letakkan anak2 diaorg diantara saf2 org tua.yang sedihnya td dak kecik tu dok saf depan skali.skali dia xbgn pn utk solat.xke terputus saf kat situ.dah rugi.apa la slhnya yg bawak anak tu gi ramai2 solat kat blkang skali ngan anak.xde la ganggu org lain.
serius skang ni aku rasa terawih kat tapah lagi la best dari sini.kat tapah walaupun msjid kecik dan xbrpa mewah tp still seronok.keadaan masjid yang penuh, suma ada adab solat, anak2 yg diaorg bwk pn xbsng sgt pehtu yang pnting suma jenis hormat stu sama lain. serius weh rasa nak nangis je td sebab xdpt khusyu dlm terawih.dah banyak kali aku terawih inila yg paling xbest skali.
gambar sekadar hiasan

p/s : terawih di kg halaman sendiri gak yang bg kepuasan

Monday, July 25, 2011

dicetak rompak!!!

salam before ramadan.hehehe...arini pagi2 aku telah dicetak rompak kan nya punn.nak tau sape cetak rompak aku??mereka adalah dak2 opis aku.hahaha...semuanya sebab FAIL MEJA.besar betul aura fail meja ni kat opis aku skang.
sebabnya arini kitaorang suma kena anta fail meja tu kat kak nurul utk di compile kan.so bese la kan.dak2 laki selalu keje last minit nya.nyesal print awal2 tadi.hahaha.xpasal2 je kena cetak rompak keje aku.tapi aku xde hal pun.janji masa anta nnti jangan sejibik dgn aku buat.penat woo aku pikir sbb aku pn bt last minit gak.smlm baru siap fail meja tu.
contoh cover dpn
kalo buat sejibik mcm aku memang aku paku sorang2 dalam senyap bagi jadi pontianak *mcm mana paku dlm senyap tu ek*. tapi pape pun hope keje suma settle dan tidak mencopy sesuatu dgn 100% keje aku *warning ni!!*.aku an baik ati, share ramai2.tambah2 dekat bulan pose ni.buat amal jariah skit *walaupun xbrpa nak jariah kan*.

p/s : selamat berpose dan selamat bekerja serta selamat menempuh dugaan berpose nnti \(^_^)/

Sunday, July 24, 2011

selamat datang wahai ramadan

salam semua...juz wanna say welcome to ramadan al mubarak.kalo tolak arini ada seminggu je ag nak tiba bulan ramadan atau kata melayu nya bulan pose.agak2 sempat xkita habiskan pose sebulan utk tahun ni ek.semoga panjang umo yang Allah berikan pada kita semua untuk melaksanakan ibadah pose ni.
selamat datang ya ramadan
kawan2 ku semua nanti jangan lupa niat tau.agak2 lupa nak niat ari2 juz niat sebulan je terus.tapi aku selalu niat sebulan then ari2 pun aku niat.kira mcm yang ari2 tu tambahan la.kalo terlupa at least niat sebulan tu dh ada.tapi jgn la ko gi niat sebulan masa dah ari ke 15 pose.xde maknanya dah.
semoga kita semua dapat menempuh dugaan sepanjang berpuasa dan meningkatkan amalan di bulan mulia ni.moga diberkati.pada adik2,kakak2 dan abang2 jangan dok sakan sangat main mercun la, buat kuih raya la or shoping sana sini dekat2 nak raya nnti.rugi woo kalo tlps lailatul qadar.

azam pose tahun ni nak melaksanakan pose dengan sebaik-baiknya.selain tu xnak tinggalkan terawih melainkan kalo dibagi cuti dan nak menambahkan token pahala aku v(^_^)

p/s : background muzik baik skit sempena ramadan yang bakal tiba....selamat berpuasa kawan2..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...