Friday, July 29, 2011

terima kasih wira-wira ku

yes terima kasih pada wira-wira harimau malaya.walaupun mereka tidak menang tapi aku xrasa kecewa yang teramat sangat.sebab per??sebab mereka telah berusaha memperjuangkan diri mereka utk memastikan pasukan malaysia menang dan memberikan kegembiraan kepada penyokong2 malaysia.

tapi sayang seribu kali sayang ternyata rezeki belum berpihak pada pasukan kita.xmengapa wahai wiraku.sesugguhnya korang xperlu nak minx maaf pada penyokong2 sebab kalo diaorang ikhlas menyokong pasukan malaysia, diaorang akan tetap menyokong walau menang ataupun kalah.

bagi penyokong yang xikhlas menyokong pasukan harimau malaya plak akan ada kata2 makian selepas pasukan malaysia kalah.contohnya pada malam tadi.sebaik je tamat game malaysia vs singapore macam2 kata2 yang kuar dari mulut penyokong.sampaikan di fb je dah macam2 page yang dihasilkan.

betul kan manusia memang x pernah bersyukur dengan apa yang kita ada.bila menang bukan main ag sorak nya, pujian pun melambung2 sampai langit ke 7.tapi bila kalah pun kritikan melambung2 gak sampai neraka ke 7.apa la yang ada dalam kepala otak diaorg kan.mentaliti masyarakat msia belum betul2 berilmu rasanya.

salah satu page yang aku rasa xpatut wujud adalah SINI.kejam betul sape yg bt page tu.xsedar ke coach raja tu la yang bentuk diaorg sblm2 ni smpai menang sukan sea ngan aff suzuki.kalo harapkan coach lain belum tntu lagi.tp coach raja dh buktikan dh.haisshhh!!!xtau la aku.sedih rasa bila tgk ada page2 yg mcm tu.

ag satu diaorg kalah arini pn bermaruah ar.bermati-matian diaorg main.penyokong2 yang xbertanggungjawab suma tu sesuka ati je ngutuk yg bkn2.xtgk ke cara player singapore main td.asyik2 jatuh then buat2 sakit teruk sgt.smpai kan game tergendala beberapa minit.pehtu kuar pdng jap xsmpai 5 minit dh masuk balik.boleh nampak la taktik diaorg kt situ.org2 malaysia ni bukan nya bodoh2.
kapten malaysia smlm
tu sebab ramai yang komen player2 dr singapore leh jd pelakon.sebab pndai sgt nk bawak watak org cedera.leh kata asal jatuh je nk break lelama.pe kehal kan.tp tu suma taktik je tu.sape yang ajar player2 tu kalo bukan coach diaorg kan.hurm...ntah la.

yang pasti mentaliti penyokong2 mestilah ditukar supaya xjd lagi perkara mcm ni.kecewa mmg la kecewa tp cuba bayangkan kita yang jd player2 tu dh terpaksa mengadap penyokong2 yang mcm tu.xke kita pn sedih.fiir2 kan la

p/s : akan tetap menyokong harimau malaya sampai bila2.

Thursday, July 28, 2011

selamat berjuang wira-wira negara

entry kali ni dibuat dgn perasaan yang berkobar-kobar dan penuh semangat.sebabnya malam ni kan ada game malaysia vs singapura kat SNBJ.perghh even aku xgi stadium tapi semangat aku dh berkobar-kobar dh nak tgk ni.apatah ag penyokong2 yang akan ke stadium kan.huhuhu
aku berharap sangat pasukan harimau malaya dapat kemenangan malam ni.besar sgt harapan rakyat malaysia terhadap diaorg ni.semoga dgn kehadiran 85,000 penyokong kat stadium tu dpt menaikkan semangat diaorg.tu blm tmsuk penyokong kat luar stadium ag.beratus ribu rakyat sedang menyokong mereka semua.
maybe diaorg leh ikut 4 perkara di atas ni,
bersemangat = semangat dalam game supaya dapat mencapai kemenangan yang diharapkan.
patuh =  pada arahan coach rajagobal supaya apa yang dipelajari dpt dipraktikkan dan dijadikan panduan.
seimbang = *xberapa tau nk hurai tp still sesuai*
fokus = paling penting dalam game.kalo xfokus cam mane nak menang kan
*tambahan.
disiplin = tanpa disiplin yang kuat kita mungkin xdpt mencapai apa yang dihajati.

selamat berjuang wahai wira-wira negara.semoga anda semua dapat mengharumkan nama malaysia.biarlah apa orang nak kata pasal pasukan harimau malaya yang penting dalam 1000 kritikan tu masih ada beribu-ribu ag yang menyokong anda semua termasuklah aku.Wish u all best of luck.semoga mencapai kemenangan.AMIN...
owh tidak harimau membaham singa.yeahh!!! i like.
p/s : selamat berjaya dan aku doakan kita semua beroleh kemenangan yang diinginkan.

Monday, July 25, 2011

dicetak rompak!!!

salam before ramadan.hehehe...arini pagi2 aku telah dicetak rompak kan nya punn.nak tau sape cetak rompak aku??mereka adalah dak2 opis aku.hahaha...semuanya sebab FAIL MEJA.besar betul aura fail meja ni kat opis aku skang.
sebabnya arini kitaorang suma kena anta fail meja tu kat kak nurul utk di compile kan.so bese la kan.dak2 laki selalu keje last minit nya.nyesal print awal2 tadi.hahaha.xpasal2 je kena cetak rompak keje aku.tapi aku xde hal pun.janji masa anta nnti jangan sejibik dgn aku buat.penat woo aku pikir sbb aku pn bt last minit gak.smlm baru siap fail meja tu.
contoh cover dpn
kalo buat sejibik mcm aku memang aku paku sorang2 dalam senyap bagi jadi pontianak *mcm mana paku dlm senyap tu ek*. tapi pape pun hope keje suma settle dan tidak mencopy sesuatu dgn 100% keje aku *warning ni!!*.aku an baik ati, share ramai2.tambah2 dekat bulan pose ni.buat amal jariah skit *walaupun xbrpa nak jariah kan*.

p/s : selamat berpose dan selamat bekerja serta selamat menempuh dugaan berpose nnti \(^_^)/

Sunday, July 24, 2011

selamat datang wahai ramadan

salam semua...juz wanna say welcome to ramadan al mubarak.kalo tolak arini ada seminggu je ag nak tiba bulan ramadan atau kata melayu nya bulan pose.agak2 sempat xkita habiskan pose sebulan utk tahun ni ek.semoga panjang umo yang Allah berikan pada kita semua untuk melaksanakan ibadah pose ni.
selamat datang ya ramadan
kawan2 ku semua nanti jangan lupa niat tau.agak2 lupa nak niat ari2 juz niat sebulan je terus.tapi aku selalu niat sebulan then ari2 pun aku niat.kira mcm yang ari2 tu tambahan la.kalo terlupa at least niat sebulan tu dh ada.tapi jgn la ko gi niat sebulan masa dah ari ke 15 pose.xde maknanya dah.
semoga kita semua dapat menempuh dugaan sepanjang berpuasa dan meningkatkan amalan di bulan mulia ni.moga diberkati.pada adik2,kakak2 dan abang2 jangan dok sakan sangat main mercun la, buat kuih raya la or shoping sana sini dekat2 nak raya nnti.rugi woo kalo tlps lailatul qadar.

azam pose tahun ni nak melaksanakan pose dengan sebaik-baiknya.selain tu xnak tinggalkan terawih melainkan kalo dibagi cuti dan nak menambahkan token pahala aku v(^_^)

p/s : background muzik baik skit sempena ramadan yang bakal tiba....selamat berpuasa kawan2..

Friday, July 22, 2011

lahanat betul le!!!

salam jumaat suma.moga diberkati selalu di penghulu segala hari bersamaan jumaat.ntah pape kan.tajuk kemain ag jahat tetiba mukadimah entry baik je.hahaha

semuanya sebab semalam blog aku xleh buka.hehehe.sengal kan.xleh buka blog sehari pn dh kecoh *annoying*. aku sejak akhir2 ni tetiba excited nk buka blog je.tambah2 nak tengok siapa yg tinggalkan jejak lepas menyinggah di blog huduh ni.

dengan ke excited an aku tu, aku pn klik la link.sekali yang kuar adalah "maisarahlove.blogspot.com can't open because contains wanwma.com content that have malware.please try tomorrow or next time.it's may cause from a hacker". (lbh kurang mcm tu la aytnya.xigt lak ayat full)
pic dari si hensem google
so warning tu kata ag kalo aku proceed maka lappy aku akan dibanjiri dgn malware.waahhh!!xsanggup ai.dah la segala keje aku smpn dalam laptop ni.nnti elok fail meja dah siap, sia2 je kena bt balik semula.adoih...

then aku panjangkan ke owner blog iaitu wan wma.aku tanya "kenapa bila saya nak buka blog, ad tulis content dari wanwma ada malware". so ini jawapan yang wanwma berikan.

sangat hepi sebab dah boleh buka blog sendiri dan paling penting boleh buka blog wan wma balik.sbb blog dia ni ada unsur2 rohani.dapat la sedikit sebanyak memberi pengajaran dan peringatan pada aku ni.

p/s : pada hacker tu xyah le nak hack2 website.xbest la mcm tu.

Tuesday, July 19, 2011

siapa dia???

siapakah mamat berwajah jambu ini??
hai guys...nampak x muka mamat ensem diatas tu.huhuhu,sape penah follow entry aku sebelum ni di SINI maka org tu akan kenal siapa mamat ni.sebenarnya aku xtau nak story pe psl mamat ni.tapi disebabkan aku seorang yang baik hati maka aku memerahkan kudrat otak aku utk memikirkan mengenai input entry kali ni.yeay!!

ok la.maybe aku story serba sikit je la pasal dia kot.dia ni skang merupakan student UTM (universiti teknologi malaysia) dan kalo xsilap aku dia amik degree.yolah dia kan ag pndai dari aku.sebab tu dia amik degree.hehee.tanggal 15hb julai 2011 lepas dia baru je settle praktikal kat Malaysia Airports Holdings Berhad.

tapi aku xsure dia praktikal sebagai ape.so pada yang nak tau pasal airlines maybe blh try pm dia.mana la tau dia leh citer serba sikit.sebab dia kan ada gaya2 pemimpin or peneraju yang baik *ayat terpaksa puji*.
gaya seorang pemimpin tapi ada gak nmpk mcm pakcik2 v(^_^)

tapi seriously dari apa yg aku nmpk dia memang ada ciri2 pemimpin.kadang2 nampak mcm poyo tp itula realitinya.dia mmg bagus dari segi penyampaian *erk betul ke ayat tu*
fine!!syok giler tmpt prktikal cmni
menarik kowt tmpt ni
ok jangan xtau dia ni merupakan kesayangan ustazah2 masa sekolah agama dlu.maybe sebab dia comel dan sopan sangat teror dalam bacaan Quran or tilawah.so pada anak2 gadis di luar sana sila la minx dia jadi suami ok *terpromote sudah*

part yang paling xleh bla sekali bila tgk pic dia gi over the sea yg dia tempek kt fb tu.perghh jeles seyh!!!aku xtau la dia ni memang pelajar kesayangan lect ke pe.asyik berjalan je dia.hahaa.aritu ada gak terdengar  dia nak gi korea after gi beijing.but xsure dia gi ke x.yang pasti kalo dia gi aku dh suruh kim salam kat kang hodong.hahaha big bro aku tu.
budak bijak katakan.membaca je kejenya ( >_<)
boodakk yang bajet cute
**pic selepas ini xde kena mengena ngan story...xde idea meyh..so layankan je pic2 ni k.buat story sendiri la ek.hehehe
skandal??hehehe dh mcm dia pnya tunang lak.
dia perasan nak jadi seperti jejaka sebelah kiri.huh!!!xsama langsung
sangat kelakar bila rupa dia jd kontroversi sbb ada yg kata mcm saiful bukhari.hahaha
ok la cuma satu je nak warning kat sini.beliau adalah orang kesayangan dalam family nya pun *terjadi jozan lak * especially dr parents dia.so pada bakal2 aweks or wife wanna be dia jgn jeles2 k.xdapat dibendung ag dah anak manja sorang ni  v(^_^)

p/s :sori la bro helmi...tgh blur la.so entry kurang menarik.hehehe

Monday, July 18, 2011

trauma seketika!!!

hello guys.hari ni rasa sedikit trauma coz ada mamat bermotor ex5 biru buat aku seriau.al kisah,,,,sebelum balik teluk intan tadi aku gi isi minyak kat shell tapah.masa aku nk letak balik pam minyak tu ada satu moto dgn baik punyer pi langgar moto aku.padahal masa tu aku xtutup ag tank minyak tu.
just a pic
aku agak terkesima seketika sampaikan aku xmarah mende pn kat mamat tu. nampak x betapa baiknya aku =,=. giler ko xterkejut tetiba je dia langgar.pehtu dia bagi alasan baik punyer. "kak sori kak.brek belakang saya xmakan.sori kak. (dan beliau mengulang word sorry tu sebanyak 4 kali). 


der, sori2 gak.tapi pehal alasan ko macam xkena je ngan keadaan masa tu.pe jadahnya brek moto ko xmakan tp ko sebok dok vroom3x kat shell tu.dan pe jadah gak ko dok bawak laju2 kalo dh tau brek moto ko xmakan.alasan xlogik la der.apasal ko xbaiki brek moto ko tu kalo dh tau ko nak gna.kan dh nyusahkan org lain.nasib la aku xde mood nak memaki orang masa tu.kalo x agak masak gak la ko disitu.

dah la ko merugikan minyak moto aku sebab tertumpah masa moto tu jatuh.dan yang lagi aku hangin bila tmpt letak kaki bhgn belakang tu bengkok ko bt.jawabnya nk kena ketuk la tu.nasib la moto aku tu jth atas kaki ko *padan muka*. kalo x aku rasa dah calar balar dh moto tu.kompem ko kena maki ag skali ngan aku. der jangan ingat aku xcam ko ek.sori skit.no plat moto ex5 biru ko tu pn aku ada ok.nasib ko la.aku ni jenis yang mencatat no plat vehicles yang bt spoil ngan aku.

disebabkan ko gak la aku sampai menggeletar kaki masa bawak moto nk balik t.i td.elakkan aku ptah balik umah je td.smpaikan bwk moto pn dh xbrpa btul dh.aishh!!!

tapi kan aku rsa mcm ada agenda tersembunyi lak.sebab kalo ikt logik bila nak isi minyak xkan la nk merempit gak kan.pastu why ko bawak laju2 kalo dh mmg ko nk stop kt pam minyak tu.ke mamat tu plan nak meragut beg aku tu???sebab aku xnmpak pn ko isi minyak masa aku check moto aku td.

atau sebab masa aku gi byr kt kaunter aku tgglkn beg balik kg dlm raga moto.maybe mamat tu bajet aku bawak handbag kot.uishh bayak sgt kemungkinan ni.tapi bila pikir2 balik memang macam ada agenda di sebaliknya.hurmm....xtau la,jnji aku selamat.xde pape hal yang jadi. tapi still trauma. (=_=")

p/s : berhati2 yer kawan2 masa bawak moto.tambah2 yang pompuan.macam2 kemungkinan leh jd

Wednesday, July 13, 2011

ni suma yanamib punya pasal...

salam.hai...akibat dari entry yana merangkap wife ujang di link INI kitaorang satu opis reramai gi serbu tempat pakcik mcd.hehehe...thanks tu sis yana sebab buat entry pasal kupon mcd tu.sebabnya aku ni jarang tau pasal makanan2 free ni.tau melantak jer (-_______-")

so aku telah war2 kan kepada akak opis aku pasal ni.disebab kan masa baca entry yana tu aku cuti maka esoknya lah merangkap ari selasa aku print out kupon tu.dan arini bersamaan ari rabu dah gi menebus makanan buy 1 free 1.hahaha

print besar2 ok sebab kalo kecik2 dia xterima..better saiz A4.hahaha
dah dekat2 abis ofis hour dak2 opis tanya "dengar kata mcd ada buat buy 1 free 1 ek, macam mana nak dpt tu?". maka akak nurul dengan baik atinya tolong printkan besar pnya kupon untuk diaorang.so petang ni balik je keje dak2 ofis aku suma pakat serbu mcd.hahaha.terbaekk...

p/s : sempat ag pada sape2 yang nak print out kupon ni sebab dia nya limit sampai 12am tonight aka 11.59 (13 july 2011).ooppss lupa..thanks sis yana v(^_^)

wordless wednesday # 3 : bersahabat tanpa mengira bangsa dan asal negeri

Tuesday, July 12, 2011

bila S&S bertemu semenanjung

salam guys...aku bru je abis kursus ari jumaat ritu.malam tu dh kena balik tapah dah.sebab family aku dok risau psl perhimpunan BERSIH tu.lantak pi la psl bersih tu....sbb benda tu ada baik dan buruknya...pandai2 la diaorg settle scra wajar.sebab kalo kita tolong bg pendapat pun bkn diaorg nk dgr.

aku nak story psl peserta2 kursus yang aku gi selama seminggu ni.kursus ni ada dua sesi sebenarnya.sesi first adalah sesi yang aku gi ni dan sesi second pada 11-15 Julai ni.masa aku kursus ni suma nya adalah staf dari zon utara,selatan, timur,sabah dan sarawak.

memula tu aku dah risau dh sebab dok kursus ngan dak sabah sarawak.yela bukan nya kenal kan.tapi....first time jumpa dak2 dari sabah, memang sempoi.masa tu time dinner.aku turun la ngan member2 bilik aku then masa smpai kat tempat makan tu, dak2 sabah ni menegur.kitaorg memula buat xtau je sbb xkenal.lepas tu baru la ok.tapi diaorang memang terbaekk arh.sangat sempoi,peramah,kelakar dan paling penting hensem,ahaha.

tu la pepatah ada kata xkenal maka xcinta.memang betul sangat la tu.sebelum kitorang kenal dak sabah kitaorang dok rasa diaorg ni xbest or bosan.tapi dah lama2 hambik ko sembang xingat ngan diaorang.ada sorang roomate aku masa kursus tu dari sarawak.dia adalah the only lady kat tunas sarawak.huhuhu...menjadi rebutan ramai seyh.

pada pandangan aku dak2 sabah sarawak ni memang sempoi dan suka bertanya,sebab sepanjang kursus diaorg asyik bertanya je.tapi dalam kemeriahan ngan dak2 S&S (sabah & sarawak) ada peserta dari negeri lain yang xberapa nak ramah.apa yg aku nampak diaorg mcm xbercampur sangat ngan orang.tapi biarkan ada aku kisah.

xpe la aku pn xde story sgt sbnrnya..bukan xde la juz xtau nak story mcm mana je...tapi memang best sangat2 dapat kenal ngan korang2 suma...layan pic je la ek.itupn pic copy dr dak2 S&S jugak v(^_^)






p/s : tahniah dan terima kasih kepada anda semua.korang memang terbaik lar.hehehe

Wednesday, July 6, 2011

tiada ww arini

salam,,,arini aku xbuat entry wordless wednesday sebab aku tgh kursus kat oriental crystal hotel.*sape2 nak ajak aku kuar leh je.kebosanan le memalam*. so disebabkan itu aku xde pic menarik untuk ww arini.

tapi semalam main giler.disebabkan aku ni hanyalah gadis kampung maka aku sangat2 jarang kuar malam@pagi buta.so semalam lepas lepak2 ngan kak tikah kat hotel kitaorg main giler.aku,gee,ain,farid dan mirul gi melepak.memula igtkan kat area hotel ni je.alih2 pemandu berhemah si mirul chamakh bawak gi serdang kot.

dah dok smbang2 tu tau2 je la.xhengat esoknya ada kelas kan.sampai hotel dekat kul 2 dah.tapi xde hal.bkn slalu pn kan.huhhu

masa dalam kelas amik ko.mata suma pejam je.dah ngantuk sgt dh....hahaha..pedulikan....

p/s : ari jumaat ada ujian ngan present.tapi xprepare pape ag.aishh!!!

Sunday, July 3, 2011

kursus di kajang

salam semua.skang aku ada kat oriental crystal kajang.sangat2 bosan sebab roomate aku sorg pun xsampai ag even aritu kata kena check in kul 1-3 ptg.bosan giler...nasib baik la aku ni bawak laptop dan berukband aku ha. believe or not wifi xde dalam bili ni.waaaa...xbest la giler..kat lobby ada lak wifi...apa la hotel punya tinggi grrrr...

tujuan utama datang sini sebab nak kena kursus pasal sawit.sebenarnya kursus ni xde kaitan sgt pn ngan aku.tp disebabkan aku dak baru maka aku kena la gi kursus ni.DIWAJIBKAN ok.xde talian hayat nak kata tidak.

kursus aku ni lak dari kul 8 pagi sampai kul 5 je.so waktu malam adalah free time.hehehe..nasib la ada gak geng2 masa aku blaja ritu kena kursus gak.xde la aku ni lonely sgt.maklum la aku ni kan ke pemalu.wink!wink!.

ok la aku nak layan citer coffee prince jap kat tonton.dah kebosanan.tv pun xde citer best.huhuhu

p/s : semoga ujian esok leh jawab.dah la aku malas nk study psl sawit ni.hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...