Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts

Wednesday, May 28, 2014

selamat jalan sultan ku :'(

assalamualaikum

hari ni seluruh rakyat malaysia dikhabarkan dengan berita duka dimana mangkatnya DYMM Sultan Perak iaitu Sultan Azlan Shah.betapa terasa kehilangan nya buat semua rakyat terutama sekali warga negeri perak.sebenarnya kalau perasan 2-3 hari yang lepas banyak khabar angin mengatakan baginda sultan telah mangkat.tapi berita itu adalah khabar angin sahaja.tapi hari ini berita ini benar-benar menjadi kenyataan apabila mangkatnya sultan pada tengahari tadi di IJN.

sebenarnya aku telah tahu berita mengenai kemangkatan sultan pada lebih kurang 2.40 petang tadi.aku ada dapat maklumat dari rakan2 di IJN mengatakan DYMM sultan telah mangkat tapi masa tu belum ada pengumuman rasmi dari pihak kerajaan negeri.jadi aku diam kan je lah dulu.lepas dah dapat kesahihan baru aku bagitau pada member2 ofis.


yang pasti seluruh rakyat negeri perak berduka diatas kehilangan sultan perak ini.semoga perjalanan roh almarhum sultan dipermudahkan disana dan diberikan Allah tempat dalam kalangan para solehin. sesungguhnya jasa DYMM tuanku telah banyak diberi di negeri yang bernama perak ini.semoga raja permaisuri bainun tabah dalam menghadapi kehilangan ini.amin

p/s : al-fatihah

Sunday, October 2, 2011

semakin hampir

assalamualaikum

kalau perkiraan aku xsalah, dalam 4 hari je ag akan tiba hari tu.hurmm tapi ntah la.sekarang ni aku tengah serabut memikirkan benda yang aku xsepatutnya fikir *gaya macam orang bercinta je kan*. harapan aku bila tiba hari tu nanti, satu hari suntuk tu aku juz nak perasaan super happy je.without any problems yang aku kena pikir

kiranya macam hari pelepasan untuk otak aku rehat la.korang bayangkan la sedangkan nak tido pun aku pikir benda macam2 berkenaan life aku.so macam mana nk buat.orang kata time nk tidur tu jangan pikir macam-macam.juz rest je kan =_="

so juz doakan yang terbaik untuk hari itu nanti.tu pun kalo dipanjangkan umur la.hehehe

p/s : semoga semuanya baik-baik saja ^_^

Friday, August 26, 2011

bukan dalam mood raya

salam eidul fitri semua....sekarang mesti semua tengah busy buat persiapan raya kan. dan mesti semua nya tengah hepi sangat2 nak sambut raya ni. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI semua.MAAF ZAHIR DAN BATIN. walaupun maybe xde kesalahan yang batin.huhuhu

tapi bukan bagi aku. aku rasa taun ni la perasaan nak raya tu xde walau sekelumit pun.aku xtau punca utama mood raya tu xde. dah puas aku cari mood tu.selongkar laci, cari kat belakang pintu, tengok depan umah suma xde. selalu bila dengar lagu raya je aku dah rasa excited nak raya. jangan kata sebab aku xpuasa lak sebab tu xde mood raya.aku pang kang.

first skali sebab sepanjang 21 taun aku idup ni la kali pertama aku beraya tanpa abah.yes abah yang menjaga aku dan mengasuh aku dari kecik.dia meninggal masa raya kedua taun lepas.selalu tetiap taun mesti aku,akak2 aku ngan mak ayah aku akan gi umah abah.taun ni xdapat nak gi umah abah.sebab mak ila suma pun ada kat bangi.diaorang xbalik sini.hanya pusara abah yang dapat aku singgahi di hari raya nanti.

then taun ni merupakan taun aku beraya sebagai seorang pekerja.maka dah nama keje dah sah2 la kena bagi duit raya kan.so disebabkan itu, aku dah sediakan bajet utk raya nanti.huhuhu....xleh banyak2.seringgit je cukup bagi kat budak2.banyak2 nanti deme buat beli lastik lak.

disebabkan dh keje maka  aku terpaksa dok kat umah sewa. pasal kes umah sewa ni gak menyebabkan aku xde rasa nak raya. lepas raya ni kompem aku pindah umah.susah la kalo duduk ngan orang yang suka komplain tapi xcermin diri sendiri dulu.mana xnya dok tegur aku tapi anak sendiri yang buat hal xde lak nak bising.owh tidak.semalam mmg kurang pahala puasa aku sebab memaki hamun mereka dalam ati.

so doa2 la mood raya tu masih ada untuk aku menyambut lebaran ni.ke aku dah nak mati ek sebab tu xde rasa nak raya.huhuhu....harap-harap dapat beraya dengan meriahnya...kepada semua selamat hari raya aidilfitri.jangan lupa pada yang kurang bernasib baik ok.dalam seronok kita beraya ingat2 la sama pada mereka yang kurang upaya...

p/s: jangan menuduh atau mengata seseorang sebelum melihat diri sendiri betul atau salah.

Tuesday, May 31, 2011

berbahagialah dikau disana

adoi!! pagi2 dah update..orang masuk ofis terus bt keje aku update blog lak.ok la sebenarnya di dalam ati kecik aku ni ada singgah perasaan sedih semalam.bukan sebab aku dilukai or disakiti.tapi sebab ada seorang teman yang telah pergi meninggalkan dunia yang sementara ini.

perkenalan hanyalah di facebook semata2.xpernah aku tengok wajahnya,xpernah ku jumpa orangnya dan xpernah ku dengar suaranya.tapi walau semua itu tidak terjadi ikatan persahabatan tetap terjalin.aku tau dia akan memulakan pembelajaran nya di rusia maybe dalam bidang perubatan.sebab aku pernah memberikan pendapat aku di status fb nya.

tapi sayang tatkala dia muncul semula bukan ag dalam jasad yang bernyawa.dia pergi selama-lamanya.status yang ada di fb tu diupdate oleh kakaknya yang tercinta.aku keliru pada mulanya siapa sebenarnya yang mengupdate status tersebut.adakah owner fb tu sendiri atau memang kakanya..selepas itu barulah aku tau yang owner fb tu lah yang telah kembali kepada Yang Maha Esa dan kakaknya hanya menyampaikan maklumat.

walaupun perkenalan kita xlama tapi sedikit sebanyak terbit juga rasa sedih di hatiku ini.terkejut apabila aku mendapat tau dari kakakmu yang kamu pergi disebabkan penyakit barah otak.dan sakitmu itu hanya kau ketahui di saat-saat akhir.walau apa pun aku doakan semoga kau ditempatkan di tempat yang dimuliakan oleh NYA dan dikau aman disana.sesungguhnya Allah lebih sayangkan engkau wahai sahabat.DIA tidak mahu kau menanggung derita yang berpanjangan.AL FATIHAH kepada wan khairina qalesha (xsure ini nama betul dia or x)

ape pun kepada sahabat baikmu dania sofea (juga xsure nama betul dia) aku harap awak dpt bersabar di atas dugaan ini.jika aku ditempat mu aku juga akan merasakan kehilangan yang teramat besar dalam hidupku.sesungguhnya sahabat sejati itu sukar dicari gantinya.aku dapat rasakan kekecewaan arwah bila dia mengatakan "baru je nak kecapi impian ini,penyakit pula datang...ALLAH sentiasa ada di sisi aku. arwah begitu ingin capai impian itu.maka dania sofea awak teruskan lah impian khairina supaya dia dapat merasa sedikit kegembiraan di sebalik kejayaan awak itu.

walau apa pun bagiku lebih baik kita mendapat tahu tentang penyakit yang kita galas.sekurang2 nya kita akan insaf dan sempat bertaubat kepadaNYA.semoga arwah aman di sana di sisi Yang Maha Penyayang.


p/s : semoga arwah bahagia disana dan sentiasa berada dalam keadaan aman.AL FATIHAH.

Wednesday, May 25, 2011

penyesalan yang xberapa nak menyesal (>_<)

hai semua!!!ada sihat ka ini ari..semoga semuanya dalam keredhaan Yang Maha Esa ye.nak tau x...tadi kan masa aku tengah syok2 keje berfb tetiba dapat call no dr kl.aku bajet tu hq mpob la.yela kan,sebab selama ni kalo dh no kl tu mmg xde lain...no mpob je la...

so terjadi la umpat-mengumpat antara kami...hehehe tapi bukan mengumpat sangat la.


cik putrajaya : boleh cakap dengan cik nur maisarah 
aku : ye saya (dalam ati dah bajet org mpob)
cik putrajaya : saya dari perbadanan putrajaya.
aku : owh ok..ada apa ek.
cik putrajaya : awak calon simpanan perbadanan putrajaya kan.boleh saya tanya skrang awk buat ape?
aku : (nk je jawab buat pandai) saya keje skang ni
cik putrajaya : owh yeke.keje kat mana ek?
aku : mpob..lembaga minyak sawit malaysia (sebab dia tanya kan ape bnda mpob tu)
cik putrajaya : lama dah ke keje?
aku : xde la lama sangat.awal bulan ritu (banyak betul tanya)
cik putrajaya :owh awk keje situ kontrak ke?
aku : ye kontrak.
cik putrajaya : awak nak xkalo saya offer keje ngan perbadanan putrajaya?
aku : erk!!! (ke konpiusan melanda..dilema!!!!) erm....perbadanan putrajaya ni kontrak ke tetap? (padahal dh  mmg tau kontrak)
cik putrajaya : kontrak jugak
aku : urm xpe la...saya rasa saya tolak kot (dgn perasaan berbelah bagi)
cik putrajaya : so kiranya awk tolak la ye...
aku : erm nampak gayanya mcm tu la.
cik putrajaya : ok xpe terima kasih ye
aku : sama2


so kesimpulannya aku tolak tawaran orang perbadanan putrajaya tu...ada sebab2 nya..tapi xde la sebab2 yang logik kan.hehehe

  1. kalo keje sana dah sah2 kena dok putrajaya kan.dari aku dok sana baik aku dok perak je.even mayb diaorg akan bgi rumah utk aku duduk.tapi kalo korang diberi pilihan antara duduk dekat ngan family or jauh ngan family mana korang pilih???
  2. keje kat sana kontrak.mpob pun kontrak jugak..so aku rasa xde la nyesal sgt kot.sama je kan...
  3. keje kat mpob ni aku dh tau cmne.kalo perbadanan putrajaya aku xtau ag keje camne..tapi stu yang aku tau mesti kena bt landskap.
  4. bila sebut je putrajaya dan pembantu pertanian, apa yang korang rasa bidang keje korang.macam yang aku jawab bila kena tanya kan penemuduga ritu. "saya tengok kat putrajaya ni xde kebun.so xkan la nk kena lawat kebun lak kan. dah sah2 kena buat landskap sebab perbadanan putrajaya ni kan jaga satu putrajaya"...so disebabkan aku ni terlampaaauuuu pandai bab2 landskap maka aku menolak tawaran tu.nanti kang orang lain xde keje lak.hahaha
  5. bila dah duduk jauh nak balik pun susah.aku paling nyampah nak kena naik bas nih.kemalasan berganda2 bila kena beli tiket dan naik bas.
  6. aku xsuka sangat dok kat area bandar sebenarnya..tambah2 lak kalo dok bandar ni taraf hidup nya kan tinggi.xsuka la aku.kalo tgk kat benda yang aku xsuka kat blog ni.aku ada tulis aku xsuka bersesak kat shopink complex...termasuklah dimana2 tmpt sekalipn.biasalah putrjaya kompem selalu jem.
so cukup xsyarat2 penolakan yang aku bagi tu.hahaha..tapi dalam pada dah tolak tawaran tu pn.still ada rasa sedih dan kecewa jugak la..dia pun tanya secara mendadak dan na jwpn time tu gak.so sangat2 xleh decide dengan adil.hurm!!!
my office yang xjadi.hehehe
i'm sorry perbadanan putrajaya
hurm...sedih betul


p/s : semoga keputusan aku ni betul dan terbaik buat masa ni.dan harapnya ada rezeki aku nak dapat keje tetap.

Monday, May 23, 2011

terKejUt pLus SedeyH


assalamualaikum...terkejut giler seyh bila dapat tau pemain bola feveret aku iaitu muslim ahmad dah clash ngan awek dia iaitu kak puda...xbest kot story nih.sedih aku dengarnya.
bukti di dalam bulatan purple tu..admin ksmma kata muslim bgtau dia sndri
ala..sebab pe aku sedih tau..sebabnya diaorang dua ni sweet sangat2...aku suka tengok diaorg berdua..tambah lak diaorang dah kenal dari sekolah ag..lama tu..mesti kak puda sedih sgt2 kan.aku suka tengok kak puda.dah la cantik,baik dan selalu support.

tapi xtau la kalo ni suma drama kan..tapi kao drama je ag bagus.aku xnak diaorg putus..suka la ngan diaorg...dan ada gak yang kata muslim dah ada awek lain.
gf lain???

klik utk tumbesaran ok
tapi ada gak yang nak try nasib..nak kapel ngan muslim..xdinafikan mayb diaorg xde jodoh..tapi bagi aku apa salahnya kalo diaorg kapel balik kan..sebab kalo ikutkan kenal dh lama, kapel pn boleh tahan lama, family pn dh kenal.selain tu kak puda pn selalu bagi support kat dia..

aku rasa org yang wat page 'kami benci kak puda ' tu mesti tengah bergembira kan...yela impian dia nak rosakkan hubungan org lain dh berjaya.even bukan dia penyebab diaorg clash.
adakah ini semua sudah menjadi kenangan??
aku still xcaye yang diaorg dh clash...leh xkatakan yang suma ni hanyalah drama...
nak tnya kak puda pun dia dh lama xon fb.mesti dia sedih sgt kan..hope sangat dia xlemah..walau pape pun aku sayang ngan kak puda.even xkawan lama ngan dia..tp dia selalu bagi nasihat kat aku..dia xde la sombong.mcm bese je.kalo sombong xde nya dia approve org lain jd fren dia kan.
p/s : semoga semuanya menjadi yang terbaik dalam hidup kita..tabahkan hati kami Ya ALLAH andai ada sesuatu yang terjadi di luar jangkaan kami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...