Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Tuesday, October 7, 2014

apa benda ganglion@urat simpul ni?

Assalamualaikum

aku nak tanya korang yang tahu mengenai ganglion ataupun ayat melayunya urat simpul.sebenarnya kaki aku ni ada satu benjolan kat antara urat tu.aku perasan benjol ni pun masa hari sabtu.baru terperasan kan benjolan tu.patut pun masa bawak kete hari jumaat tu aku terasa macam lenguh sangat kaki ni.

gambar ihsan google
nak pergi mengurut pun xtau sape yang pandai.pastu akak aku plak dia kata better gi klinik check.sebab kalo urut takut jadi lain lak.so petang tu decide la nak gi klinik tapi doc plak half day je.aku pun lupa hari tu sabtu memang la half day.

tahan kan je la.nak kata sakit sangat pun xgak.cuma kalo ditekan tang benjol tu terasa la sakitnya.tapi sejak aku balik dar tapah pagi tadi kaki ni dah jadi lenguh2 plak ha.sakit gak la rasanya. tu yang aku decide nak jumpa doc kul 2 lebih tadi.

klinik yang aku selalu pergi tu tutup pulak.so aku pergi klinik panel yang satu lagi.aku xsuka klinik yang satu ni sebab dia macam nak xnak je layan patient.sakit hati aku!!

tapi disebabkan xnak bertangguh aku gi la gak jumpa.dia check xsampai 5 minit pun.dia kata kena ganglion@urat simpuh.pehtu doc tu diam, aku plak yang terkedu.xde ke nak explain pape kat aku pasal ganglion ni.haihhh dia just cakap kalo ganglion xok u kena jumpa specialist.ubat dia operate saje.giler arhhh pastu tak explain detail kat aku T_T

so dapat ubat je la sekarang ni.aku decide nak jumpa doc lain lusa or masa balik tapah nanti.aku nak kan penjelasan yang detail bukan nak tau sakit ape je semata-mata.grrrr harapnya lusa bukak la poliklinik azhar tu.huhu

aku menggoogle banyak yang english ataupun bahasa indonesia.kalo english bab2 ayat medical ni memang aku lemah betoi.xpaham den.dah la aku pun xberapa nak bijak bab english :p

jadi kalau korang ada apa2 info pasal benda ni share2 la kat aku.pasal cara nak ubat ke apa ke.tq korang >_<

Monday, July 30, 2012

selsema + bersin2

assalamualikum

arini gi kerja rasa macam rimas giler.rasa macam nak cabut hidung letak kat tepi je.huhuhu dari semalam lagi sebenarnya dok bersin2 ni then terus aku selsema. dok terawih semalam pun hidung meleleh je.huwaaaa xsuka tau

hari ni pun dari pagi sampai la sekarang ni ha.still lagi dok selsema.uhuk2 sedihnya daku. mata pun terasa macam panas je.xtau la ada ura2 nak demam ke pe.sebab aku xde la rasa panas or sejuk pun.dugaan sungguh di bulan puasa ni.orang bulan puasa dok dugaan nak makan yang aku dugaan nak handle selsema.hahaha

xpe...apa ada hal.sikit je ni.bukan nya sakit sampai xleh bangun pun kan.huhuhu...ok la selamat berbuka kawan2.jangan melebih2 makan tau (terasa i). and jangan lupa sambil2 berbuka tu tengok la sekali citer baitul rahmat kat tv1.best! xlayan dah dejavu bagai tu.citer lembab sangat.agpun tonton kan ada.hahaha

p/s : semoga saya cepat sembuh.amin

Friday, March 23, 2012

kepala berpusing-pusing

assalamualaikum

semalam tak terduga terjadi satu kejadian.masa nak amik wudhu' semalam ntah macam mana boleh pulak terjatuh.maybe sebab dinding yang licin dan juga badan yang licin.huhu. masa tu badan xde rasa sakit langsung.cuma kepala aku berdentum kemain kuat lagi.

masa tu aku dah cuak dah.siap dah nangis-nangis ok sebab takut jadi benda xelok.keluar dari toilet terus siap2 solat maghrib. baca yasin sekali then terus siap-siap gi klinik.memula usha klinik panel pertama, kemain ramai lagi orang. so decide gi klinik yang kedua.ingatkan xramai tapi ramai jugek.nak tak nak aku dok gak la kat situ sebab malas nak gerak sana-sini.

doc tanya ada bengkak ke x and ada pening-pening or x.then dapat ubat bengak,pening, antibiotik dengan apa ntah ag satu. nasib baik la klinik panel.kalo x melayang dah rm33. huhu. dah lepas melantak ubat bagai sakit kepala xilang gak.sampai la aku tertido kul 12.30am tu.pagi ni bangun xde rasa sakit kepala dah

mak telefon tanya amacam kepala.aku cakap ok je la.mak dok risau dah.dia suruh jumpa doc kat tapah nanti then buat xray.takut jadi benda lain lak.tapi tetiba je sekarang ni aku sakit kepala balik.uhuhu kepeningan lagi ni ha.jap ag nak balik tapah lak. owh lupa nak bagitau.housemate aku kata dia dengar bunyi jatuh masa dia tengok tv.kuat giler dia kata.haha.seram lak aku.

p/s : apa-apa pun semoga tiada benda yang xelok jadi.doakan aku cepat sembuh ye.amin

Wednesday, September 21, 2011

wordless wednesday #8 : musim sakit =_="





wordless wednesday adalah entry yang dibuat dengan hanya menempek gambar tanpa apa2 huraian...gambar menceritakan segalanya

Friday, September 9, 2011

kesabaran dibawah paras -0

assalamualaikum.... (PERHATIAN : entry ini sangat panjang dan dipenuhi dengan rasa ketidakpuasan hati)

kalo kat seri iskandar ni memang opis la yang paling selesa bagi aku skang.rumah bukan ag tempat yang paling selesa bagi aku.xde dah istilah rumahku syurgaku selagi aku duduk kat rumah minah jembalang ni.dah macam kat penjara rasanya...

perangai manusia ni lain2 dan manusia memang suka bermuka-muka.depan kita mengata orang tu then depan org tu mengata kita.macam siall kan.cuma kemarahan aku disimpan sebab aku malas nak berdebat ngan orang tua.ag satu kang kalo dia halau aku xke tido dalam khemah aku nanti.tapi memang before aku pindah nanti aku akan basuh dia cukup2 *cukup kuat ke aku nak basuh dia.selalu bila marah orang aku yang leleh last2 nanti*

sebelum aku masuk sewa dekat umah ni dulu aku dah tanya kat dia
aku: saya nak sewa bilik..berapa ek sebulan?
jembalang : eyh x.saya nak cari HOUSEMATE.sewa sebulan 100 deposit 100.ada aircond kat hall,wifi dan astro.
aku : owh ok la camtu.kalo xde hal ari *** nanti saya nak tengok umah.
jembalang : owh ok


setelah aku setuju nak dok situ dan dah angkat barang suma.masa tu dia cakap kat aku and mak ayah aku.kalo nak guna barang pape kat umah ni guna la.bil nanti kita bayar la sama2.ok aku xkisah la.sebab adat berumah sewa mmg macam tu.masa tu memang ada gak perasaan berbulu dan sebal sebab tunggu dia xsampai2.dekat sejam aku, ayah ngan mak aku tunggu dia.

tapi yang aku xleh terima bila one day mak dia datang ke rumah tu dan 'menegur' aku.bagi aku xkisah nak tegur asalkan dia tengok dulu diri dia and anak dia macam mana.aku ni bukan nya jenis keras ati pun.xkisah la nak tegur2 ni.

ayat mak dia adalah :-
"makcik nak tegur skit ni.**** nak tegur segan.so biar makcik cakap.awak nanti wifi jangan guna ye.abang sebelah ni bising la.dia pun guna yang murah punya je.lagi pun KITA BAYAR TIAP2 BULAN RM30.so ni amanah la.jangan guna.selain tu sofa ni pun jangan duduk la.makcik tengok dah patah dah.baru sebulan duduk sini.warna nya pun dah kelabu2 dah.kalau duduk 2 bulan ntah jadi apa la kan.yang bahagian belakang tu pn dah terkopek.xnak la macam tu.rosak kerusi makcik ni.meja makan tu pun lepas makan je awak lap.makcik tengok kelabu dah.tapi ni bulan pose xpe la.umah ni pun seminggu sekali tolong la sapu.makcik tengok bersepah je.rimas la!!dulu awak masuk kemas je kan.so bila dah masuk ni tolong la.lagipun AWAK SEWA BILIK JE KAN, BUKAN SEWA SEMUA BARANG2 NI KAN.so kalo nak tido ke apa ke semua buat dalam bilik sebab awak sewa bilik.


nampak xpercanggahan antara jembalang ngan mak jembalang tu.anaknya kata leh guna barang2 dalam rumah tu.bila mak dia datang dia kata xleh plak.yang bikin aku lagi PANAS adalah jembalang tu dan2 tu la plak membatu apikan diri dia.dia leh kata kat mak dia  "ishh dah la keje stress, balik umah pun stress.dah macam jaga dua orang anak". masa tu memang hangin sangat aku.masuk je bilik xde lain.air mata yang meleleh dulu.

kecewa sangat sebab rumah bersepah, sofa macam patah, sampah xsapu sumanya anak dia yang buat.anak dia yang sepahkan hall tu dengan cawan, beg dan macam2 lagi.selain tu, sebelum ni dia sendiri yang kata leh guna semua tu.hurmm ntah la.aku bukan jenis yang suka gaduh sebab penyudahnya aku yang akan leleh nanti.tapi bila rasa sakit ati lebih dari segalanya maka mungkin ada benda yang xdijangka akan berlaku.

sebelum ni housemate ag sorang kata jembalang tu segan nak merokok dpn aku.then sebab dah xtahan sangat and aku pun macam xkisah makin menjadi2 perangai jembalang tu.dan baru kelmarin aku dapat tau rupanya jembalang tu merokok, minum arak dan penah amik dadah.WTF!!!benda yang paling xleh bla, jembalang tu macam xsuka bila aku mengaji.sdngkan aku mengaji dalam bilik aku bkn bilik dia pn.itu pn aku baru tau sebab housemate yang bagitau aku.xyah jadi islam la kalo macam tu.

dah la puasa pn dia buat ikut suka je.nak puasa dia puasa kalo xnak tinggal.macam mana tu.dia kata nak berubah siap beli tafsir Quran kononnya nak membaca kisah2 dalam tu.tapi nampaknya tafsir tu hanya menjadi hiasan semata2.diletakkan di sofa tanpa ada rasa bersalah.sedangkan itu adalah TAFSIR AL QURAN.

lepas dari kejadian ditegur oleh mak jembalang tu, aku memang xde gna langsung barang2 umah tu.life aku macam dalam bilik je.balik keje masuk bilik, cukup time mandi, solat then terperap dalam bilik smpai esok pagi.that's my life now sampai la aku dapat cari umah lain nanti.

and latest sekali semalam.aku saje balik keje lambat.ingatkan selamat la.elok je aku nak kunci grill aku tengok family jembalang tu datang.aku malas nak amik tau aku terus kunci pintu.lantak la aku bukan kenal diaorg pun.agpun diaorang pandai je masuk umah.even jembalang tu xde elok je family dia ada kunci.dan sebelum tu masa aku masuk je umah aku pelik.sebabnya umah dalam keadaan kemas sangat.xde sepah2 macam selalu.agaknya dia dengar je mak dia nak datang terus dia kemas umah.xde pun kotak rokok,lighter or cawan bersepah-sepah.

memang talam 14 ratus muka dah tu.masa tu jugak aku tekad kalo aku ditegur atas benda yang bukan aku buat aku pasti akan membidasnya.aku xsuka bergaduh tapi bila keadaan memaksa itu yang jadi.disebabkan nak elak dari bergaduh la aku juz duduk dalam bilik je.aku malas nak bertembung muka ngan diaorang tu.terus sakit kepala aku sampaikan aku rasa macam nak demam dah.walaupun jembalang2 tu  kuar lepas tu sampai la ke malam.aku still malas nak ambik tau.aku jaga je dr tido bersiap2 suma then dok dalam bilik dalam keadaan gelap.dah macam orang buta aku rasa masa tu.

semoga aku diberi kekuatan untuk menghadapi semua ni.at least diberi kesabaran sehingga minggu depan.sebab INSYAALLAH minggu depan aku akan pindah.no more excuse.akan kuar juga dari rumah tu walau apa terjadi.semoga xde apa2 halangan dan semuanya berjalan lancar.amin =p


p/s : doakan yang terbaik dan semoga aku diberikan kesabaran serta kekuatan ^_^

Wednesday, June 1, 2011

apiq masuk wad...

as salam semua...aku rasa masuk kali ni dah kali ketiga apiq masuk wad.first sebab kena cirit birit dan juga kurang air dalam badan, second sebab demam dan kali ketiga ni pun sebab demam.ohohoi....anak sedara aku ni memang selalu sakit..selain demam,batuk dan juga cirit birit, dia pn penah kena penyakit kuku dan mulut xsilap aku.
masa kena sakit kuku dan mulut
masa first time dia masuk hospital xnak cakap lak kan..aku pun xmerasa dok hospital mahal mcm apiq.hehehe...sebabnya masa nak anta ayah gi haji taun lepas, apiq memang dah lembik dah.dengan muntah nya cirit nya pehtu muka sembab.memang xmacam apiq yang bese la.selalu dia lincah je.sampai ke kl apiq dok longlai je.

ayah aku yang riso tgk cucu kesayangan dia tu pn suh la bawak gi klinik.agpn dia risau yela dia nak gi haji tgk2 cucu dah macam tu.giler xrisau.so maghrib tu pn akak aku bawak la apiq gi spital.pehtu akak aku kena marah ngan doc sebab lambat bawak apiq gi spital.kata doc badan apiq kurang air.xpasal2 je kena marah.hahaha
masa dekat subang jaya medical centre
so dijadikan story malam tu dr kul 11 lbh apiq dimasukkan ke hospital subang jaya medical centre(sjmc).terpaksa la kan.sebab dah memang nampak teruk.yang aku kata hospital org kaya sebab dr kul 11 malam sampai kul 11.50 pg esoknya tu...bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM795...ko bayangkan...xsampai sehari ag tu.waduh2...nasib la fulus memang ada masa tu.kalo xkena jadi cleaner la kat sjmc tu.
tgn kena bungkus sebab xnak tempat cucuk tu tercabut masa otw balik tapah
esoknya baru la apiq ok skit leh gelak2, main2 dan ceria skit.kalo xtu aku yang tengok pn takut.memanng sembab dan lembik sangat.sebenarnya masa tu doc xbg apiq kuar ag sebab bdn dia xcukup air ag.tapi mengenangkan dok jauh akak aku minx transfer masuk hospital tapah je.so bawak balik tapah je la.sampai je tapah terus anta gi spital.
teror xapiq pegang botol sebelah jari je.hahaha
tgk tu abis digigitnya
tu semua pic masa kat spital tapah...masa dia msk hospital penang aku xde pic.yang dia masuk semalam pun xde pic ag,hehehe.pape pun semoga shafiq cepat sembuh.nanti leh balik tapah mandi kolam v(^_^)


p/s : sesungguhnya kesakitan itu merupakan penghapusan dosa2 kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...