Showing posts with label maulud Nabi. Show all posts
Showing posts with label maulud Nabi. Show all posts

Sunday, February 5, 2012

maulidur rasul #3

assalamualaikum

hari ni merupakan hari kelahiran Nabi kesayangan kita Nabi Muhammad SAW.so jom kita banyak-banyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.semoga dengan selawat kita ini dapat menjadikan Rasul kita ini tenang.yelah kan pastinya Baginda kecewa dengan sikap manusia zaman sekarang yang tidak lagi mementingkan syariat2 islam tu.

ini cuma sebagai peringatan buat diri aku dan kawan-kawan.aku ni pun banyak juga dosa dalam senyap.so semoga di hari kelahiran Baginda ni dapatlah Baginda merasa bahagia.


kat google ada serba sedikit maklumat mengenai Nabi Muhammad SAW.so kalo nak tau search je la.sekarang kan maklumat di hujung jari je.

apa-apa pun jom kita dengarkan selawat ke atas Nabi dekat youtube.tapi jangan lupa pause dulu muzik backgroud blog aku ni ye.





p/s : so jom berselawat ^_^

Thursday, February 2, 2012

maulidur rasul #2

assalamualaikum

selalu aku jumpa kumpulan nasyid or penyanyi lelaki yang banyak menyanyikan lagu-lagu berunsur ketuhanan.bukan nak kata penyanyi perempuan xde.cuma aku je yang jarang jumpa.jangan salah faham ye kawan-kawan.

so tadi secara xsengaja aku terjumpa video selawat siti nurhaliza dan rakan-rakan.ramai yang tahu siti nurhaliza selalu jugak nyanyikan lagu-lagu berunsur ketuhanan.macam yang akan berlangsung nanti.siti akan join venture dengan kumpulan rabbani untuk majlis maulidur rasul.tapi aku dah lupa la detail majlis tu.maaf!!

so jom kita dengarkan sama-sama.kalo ikut sama berselawat lagi baik (jangan lupa pause dulu lagu background blog aku di bahagian bawah ye). cekidaut!!!



p/s : semarakkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW.bukan pada maulud Nabi sahaja tapi sentiasa.

Wednesday, February 1, 2012

maulidur rasul #1

assalamualaikum

sempena semakin dekat hari kelahiran Nabi kesayangan kita Nabi Muhammad SAW, aku nak post entry yang ada kaitan dengan Rasulullah. so first entry adalah pasal lagu yang aku suka dengar mengenai Rasulullah.

first lagu puji-pujian terhadap Nabi kesayangan kita yang aku suka adalah Dia Kekasih Allah. aku paling suka part yang ada lirik ' selagi kuupaya kuturuti ajarannya.....'

so lets cekidaut!! (opss!!jangan lupa pause dulu lagu background blog aku di bahagian bawah blog ni)



p/s : jom banyak kan selawat ke atas Nabi kita kawan-kawan ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...