Monday, March 24, 2014

dugaan yang tidak pernah dipinta

assalamualaikum

hari jumaat lepas bersamaan 21/03/2014, pagi-pagi lagi aku dapat berita yang sedih lagi mengejutkan. kawan sekelas waktu sekolah teknik dulu disahkan menghidap kanser payudara tahap ke 4.masa dapat tau tu dalam hati aku kata 'ko biar betul ni.xkan la dah stage 4.dah teruk dah tu.xkan sampai macam tu sekali.' bagi aku kalau aku dapat berita dia kena breast cancer tu ok lagi tapi bila dapat tau dah stage 4 aku rasa macam berita tu xbetul.

so aku contact sorang lagi member untuk tanyakan pada tuan badan sendiri betul ke x berita ni.sebenarnya dah hampir 2 tahun lebih kalau xsalah aku xjumpa kawan aku yang kena kanser ni.last jumpa waktu kawen budak dorm aku dulu.lepastu langsung xde contact.so aku jadi segan la pulak nak contact dia tanyakan khabar.plus aku xtau nak cakap ape ngan dia nanti.aku bukan jenis yang pandai nak berbicara.

orang kata tepon je la.bukan apa pun sekadar bertanya khabar dan tunjukkan yang sebenarnya kita concern pasal dia.tapi aku xleh sebab aku risau aku yang nangis nanti.baca status kawan2 pasal dia pun aku dah leleh air mata.apatah lagi dengar suara dia nanti.ramai gak kawan2 sekelas aku dah call dia.diaorang cakap suara dia tenang je and suara dia menunjukkan dia tabah.

Allah sungguh dia kuat.ramai kawan2 yang dengar cerita pasal dia dok menangis tapi dia tetap tersenyum dan dia pulak yang memberi nasihat kepada kami.tapi cuba korang bayangkan sendiri, di usia 24 tahun, masih bujang lagi dan bekerja sebagai nurse tapi tiba2 disahkan menghidap kanser payudara tahap 4.lagi buat aku rasa nak nangis bila dia dapat tau dia ada kanser tu dalam 6 hari yang lepas.sungguh berat dugaan Allah buat dia.

tapi memang aku yakin dia seorang yang kuat.sebab masa sekolah dulu dia pernah kena macam2 cacian tapi dia masih kuat.dan aku yakin dia juga pandai menyembunyikan kedukaan dia.kerana itulah personaliti dia.seorang yang pandai berahsia dan tetap tersenyum walau dia sedang berduka.seorang yang berperwatakan ceria,cantik, manis dan kreatif tiba-tiba diduga dengan ujian seberat ini.kenapa aku kata berat kerana semua tahu bahawa payudara merupakan aset wanita.dan dia terpaksa hadap dengan kehilangan sebelah dari payudara dia.ya Tuhan sungguh Kau sayangkan dia.

sue, sungguh aku tau kau kuat.
aku tau kau tabah.
aku tau kau boleh tempuh semua ni.
aku harap dengan sokongan dari kami kawan-kawan kau ni dapat memberikan kau semangat baru yang boleh memberikan kau keyakinan dan kekuatan.
walau kami xpergi menziarah, 
walau kami xpernah hubungi, 
walau kami xbertemu kamu, 
tapi ketahuilah bahawa kami tetap mengambil berat akan kamu.
bahawa kami akan sentiasa memberikan sokongan terhadap kau walau apa saja yang berlaku.kuatlah sue untuk menempuh segala dugaan dan rawatan yang perlu kau jalani jika itu yang boleh menyembuhkan sakit mu itu.ketahuilah bahawa kau adalah insan bertuah yang dipilih Allah untuk disampaikan rasa sayangnya kepadamu.sungguh ujian ini untuk menguji rasa kasih dan cinta serta keimanan kamu terhadap Nya.berbanggalah sue kerana walau sakit itu tidak kita sukai tapi itu jugalah tanda sayang Allah terhadap kita.ingat sue kami semua sayangkan kamu dan kami sentiasa mahukan yang terbaik buat kamu.
we love you sue ^_^

InsyaAllah kalau xde apa-apa halangan sabtu ni aku dan 4 orang lagi kawan akan gerak ke Institut Kanser Negara untuk melawat sue.cuma sekarang aku tengah mencari waktu untuk melawat kat situ.maybe hari rabu atau khamis nanti aku akan call tempat tu tanya waktu melawat.harapnya kitaorang xsesat la sepanjang nak ke sana tu.tau2 je la jalan kat area KL ngan Putrajaya tu.sebulan lebih xmasuk pun dah berubah.

so kawan-kawan tolong doakan kesihatan kawan aku tu ye.doakan dia kuat, sabar, tabah dan tenang menempuh dugaan yang xdisangka ini.

p/s : semoga Allah permudahkan urusan kamu Sue

10 comments:

Nanie Dean said...

Semoga kawan sarah cepat sembuh dan tabah... amin

maisarah sarah said...

insyaAllah sis nanie.amin

Anonymous said...

Mcm kisah kawan akak suasti yahya..

Anonymous said...

Kena cancer stage 4,akak pggil dia sue jgak,seorng y periang

maisarah sarah said...

Orang yang sama la tu kak.siti suasti yahya.sekarang dekat ikn kan?

maisarah sarah said...

Orang yang sama la tu kak.siti suasti yahya.sekarang dekat ikn kan?

maisarah sarah said...

Orang yang sama la tu kak.siti suasti yahya.sekarang dekat ikn kan?

AAR said...

Maaf klu menganggu. Saya sebenarnye tgh surf cari waktu melawat IKN. Terjumpa blog u dan terpanggil utk share tentang Kakak saya yg menghidap cancer payudara. Kakak saya baru admitted ke IKN. Dia dah jalani pembedahan kanser payudara dlm 2th lepas. Skg seems that kuman cancer dah merebak ke bhg lain tubuh nye. Kaki lemah dan badan sakit2. Admitted today for further observation. Doakan lah utk Sue, Kakak Nora dan semua pesakit2 cancer di dunia ini, termasuk juga salah seorang dari abg ipar saya yg cancer dah merebak ke hampir seluruh anggota tubuh. Saya menitiskan air mata sambil menukilkan msg ni kerana merasakan betapa berat nye dugaan yg mereka hadapi. Seperti kata pepatah "Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul".

AAR said...

Waktu melawat: Mon - Fri: 2:30pm, 4:30pm - 7:00pm. Sat & Sun: 1230pm - 7:00pm.

maisarah sarah said...

hi AAR.tq komen.semoga akak awak segera sembuh.juga kepada semua pesakit2 kanser yang lain,moga diberi kesembuhan dan kekuatan.tapi kawan saya suasti dah meninggal tahun lepas.bulan ogos dia tinggalkan kami semua.Alfatihah buat arwah.moga kakak awak kuat semangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...