Tuesday, May 7, 2013

life seketika :)

assalamualaikum

last update aku 16 april 2013.xde la lama sangat aku biar blog ni bersawang kan?hehe minggu lepas aku cuti panjang dari hari rabu sampai ahad aku dok kat kampung membesarkan badan yang sedia besar ni.ramai yang perli kata aku ni pergi berkempen.hoii xde maknanya.xminat aku nak kempen2 ni.

saje nak share pengalaman first time mengundi ni.kalau ikutkan aku malas nak pergi mengundi sebenarnya.tapi bila tengok orang lain punyala excited maka aku pun fikir2 kan la semula.so aku decide untuk join mengundi sebabnya ni first time aku nak mengundi.nak jugak cari pengalaman.at least bila orang bercerita tu bolehla aku paham kan.xde la terawang-awang je.

so tempat aku mengundi hari tu dekat sangat.kalo jalan kaki pun xsampai 10 minit agaknya.dalam kampung aku jugak tapi kat sekolah agama.masa aku pergi tu memang lengang je.aku sampai kat saluran 3 tu pun ada la dalam 2 orang je yang menunggu.saluran 3 ni untuk orang2 yang umur 21-35 kot.sebab situ memang semua muda2.

aku ni excited la konon2 nak tengok orang beratur ramai2 kan.sekalinya hampeh je.xde orang pun.ke sebab aku gi lambat?eh tapi mana de lambat.pukul 12.30 tengahari aku gi.hehehehe balik je rumah terus cuci dakwat konon nya kekal tu.cewah memula memang xmau hilang tapi abang ipar aku dok kata gi cuci ngan sabun basuh pinggan.walaweh hilang oii.hahaha suka aku.sebabnya aku rimas tengok jari aku kena calit gitu.

malam nya dok tunggu keputusan lambat gile.sampai ayah aku pn dah xboleh tahan.dia gi tido dlu.bayangkan la pukul 2.30 pagi aku tido tapi keputusan pun banyak xrasmi lagi masa tu.aiyaiyai sabo je la.aku ni dok tunggu kawasan ofis aku jaga untuk bantuan sawit ni.sebab nya ada salah satu borang kena ambil sokongan adun/parlimen.sebab tu kena tau.

lagi satu dok tunggu dengan harapan adala cuti umum.sadisnya xde la plak pak najib umumkan.makanya pagi isnin tu dengan longlai bangun pagi siap2 nak balik seri iskandar untuk kerja.sampai ofis 8.30 pagi tapi xde sorang pun budak ofis aku datang.hahaha sengal je.

petang ni pulak aku gerak balik tapah balik sebab esok pagi aku kena gerak ke felda residence trolak untuk kursus jati diri.wahhh excited nak berenang nih.tapi xleh suka sangat sebab badan aku selalu gatal2 lepas mandi kat sungai klah tu.apasal ek?pasal klorin banyak ke

ok la aku nak settle kan kejap  keje aku ni.lepas tu nak chow sin chi balik.tapi ujan la plak.xpe redah saja.hehehe

p/s : budak baru ada masuk kat opis aku weh :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...