Thursday, January 26, 2012

kalau dahi xmencecah sejadah

assalamualaikum

bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
dengan kain kafan yang serba putih!
pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
walaupun orang yang hadir itu merintih...

selepas itu kamu akan diletak di atas lantai...
lalu dilaksanakanlah solat jenazah
dengan empat kalo takbir dan satu salam
beserta fatihah, selawat dan doa...
sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah

tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus...
segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud...
dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian...
justeru ku menyeru sekalian muslimin dan muslimat....
usunglah dirimu ke tikar solat...
sebelum kamu diusung ke liang lahad...
menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

iringlah dirimu ke masjid...
sebelum kamu diiringi ke pusara!
tangisilah dosa-dosamu di dunia
kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa' !

sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan...
dengan panggilan ' Izrail yang menakutkan!
berimanlah kamu sebelum kamu ditalqinkan!
kerana ianya berguna untuk yang tinggal...
bukan yang pergi!

beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

ingatlah di mana saja kamu berada..
kamu tetap memijak bumi Allah!
dan dibumbungi dengan langit Allah!
serta menikmati rezeki Allah!
justeru bila Dia menyeru...
sambutlah seruan Nya sebelum Dia...
memanggilmu buat yang terakhir kalinya!
ingatlah kamu dahulu hanya...
setitis air mani yang hina!

lalu menjadi segumpal darah
lalu menjadi seketul daging
lalu daging itu membaluti tulang
lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti...

ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu...
yang kalau jauh ke tanah, ayam tak patuk itik tak sudu...
tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu...
yang lebih agung dari malaikat!

lahirmu bukan untuk dunia...
tapi gunakanlah ia untuk melayar bahtera akhirat!

sambutlah seruan 'Hayya ' alas Solaah'
dengan penuh rela dan bersedia!
sambutlah seruan ' Hayya 'alas Falaah'
jalan kemenangan dunia dan akhirat

ingatlah yang kekal ialah amal...
menjadi bekal sepanjang jalan!
menjadi teman di perjalanan....
guna kembali ke pangkuan Allah!

pada hari itu tiada berguna...
harta,takhta dan putera/puteri...
suami/isteri, kad kredit dan kereta...
kondominium dan saham niaga...
kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

aku xtau la apa nak panggil yang kat atas ni.cerpen,sajak,puisi or cerita.tapi yang pasti setiap rangkap ayat tu ada maksud dan pengajaran tersendiri.dalam keadaan akhir zaman ni macam-macam boleh jadi kan.so sama-sama la kita amik pengajaran dan ikhtibar.

aku dapat info tu dari page facebook Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.banyak gak kata-kata yang boleh kita jadikan panduan kat page tu.so sila-sila lah jenguk ye.


p/s : doa-doakan la aku ni pun dapat berubah dan sentiasa ingat padaNya.amin

2 comments:

Amy Syahirah said...

pernah dengar puisi ni banyak kali dekat ikim fm . ayat die memang terbaik kan . insaf :'(

maisarah sarah said...

ada ek.hehe.slalu dgr kat ikim tu semua nya menginsafkan sbb muzik latar dan juga ayat2 dia.huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...