Tuesday, October 31, 2017

trip to krabi part 2 (29/09/2017)

Assalamualaikum

so kita sambung entry trip ke krabi aritu ye.lepas dah sampai ke bukit kayu hitam pagi tu kami terus masuk melalui imigresen dan parking kereta dekat the zone.oh sebelum tu aku inform lagi sekali aku ambik pakej ke krabi ni melalui company ayden averroes yang diwakili oleh agen kak maliza tak silap nama dia.dengan harga RM349/pax dari bukit kayu hitam.pakej tu selama 3 hari 2 malam.dekat facebook tu bersepah pakej dari company diaorang ni sebab agen lain2.

so sehari sebelum kami diarahkan untuk tunggu di parking D the zone.untuk yang tak tahu the zone ni adalah mall yang terletak diantara malaysia dan thailand.parking tu kat belakang the zone tu je.korang jangan tersilap masuk plak.sebab dekat situ ada parking untuk bermalam dan parking harian.so jangan salah masuk pintu ye.

kami pun menunggu la kat situ sebab kalo ikut jadual ada 2 van yang pergi sekali kami ni.alhamdulillah disebabkan kami ada 9 orang so kami diletakkan dalam satu van tanpa bercampur dengan orang lain.maka kami pun buat van tu macam kami punya.hahaha agak lama gak menunggu dekat the zone tu sebab kami sampai awal dan kami kena tunggu geng2 lain yang lagi 6 orang tu.kebetulan ada satu lagi van dari company yang sama tapi trip diaorang dari BKH - krabi - phuket.

tak berapa lama lepas tu 3 orang ahli lagi sampai.so just tunggu lecturer kami yang dua orang tu je lagi untuk sampai.so sementara tunggu ahli cukup kami pun contact one of friends yang keje dekat MAQIS bukit kayu hitam tu.last jumpa masa member kawen beberapa tahun lepas.dulu teringin gak nak keje maqis tapi sedar diri tak kan lepas ujian fizikal.hahhaah aku gemok oiii
kami berenam.tunggu lecturer sampai
jumpa dayah kejap :)
lepas dah cukup ahli jemaah seramai 9 orang so kami pun start gerak masuk ke thailand.sebelum masuk tu macam biasa la kena la isi white card dan cop passport dulu.agak panjang gak la beratur masa tu sampai ke belakang bangunan kami beratur sebab ramai sangat.masa isi white card tu agak blur gak sebenarnya.aku pun terlupa nak ambik gambar white card tu macam mana.tapi dalam tu korang kena isi nama, tempat nak gi,tempat korang stay,keje ape dan ada sikit lagi kena isi tapi aku tak ingat plak. make sure korang tau nama hotel/chalet korang plus no flat van korang naik.masa dekat imigresen tu dia tanya salah sorang ahli kami ni stay kat mana.alhamdulillah sebelum gerak semalam nya aku dah tanya akak maliza tu kami stay hotel mana.no flat van memang masing2 tak ingat.yelah kau baru gerak naik van masuk tak sampai 5 minit dah kena turun sebab nak cop pasport.tak ingat langsung nak tanya no flat van tu.tapi sebenarnya bergantung pada imigresen tu je.kalo dapat yang ok maka mudah la.masa turn aku imigresen tu ok je.bukak pasport dan cop je takde tanya pape pun.dari 9 orang tu hanya 2 orang je yang takde kena soal.lain semua kena soal stay mana la,naik ape la.dah la imigresen nya tak senyum langsung.huhuhu
beratur menunggu cop imigresen sambil mengisi whitecard
settle dapat cop tu terus kami gi kat van.sebelum naik van pakcik tu dah tunjuk mana nak beli simcard thailand.simcard tu plak memang ada yang khas untuk internet sahaja.member aku beli simcard yang boleh share 2 orang dengan harga 150baht.eh tapi sebenarnya boleh je guna lebih dari 2 orang sebab member aku try hotspot seramai 3 orang elok je boleh.lagi satu ada simcard yang boleh share seramai 5 orang tapi tak sure berapa harga nya sebab lecturer aku pun tak jadi beli.aku tak beli pun simcard sebab aku just add on roaming RM10 menggunakan telco DIGI.so nanti pandai2 korang pilih mana yang berbaloi.aku guna roaming RM10 from digi dengan internet sebanyak 2GB beserta 60 minit call.

settle bab simcard kami mula gerak ke krabi.tapi kami tak sarapan lagi sebenarnya.jam lebih kurang pukul 9.45 pagi waktu malaysia dah masa tu.maka masing2 merengek kat pakcik van kata lapar.oh waktu thailand lambat sejam dari malaysia.means kalau di malaysia pukul 1 petang di thailand baru 12 tengahari.ok done part waktu.kalau korang ambik pakej dari ayden averroes ni korang tak perlu risau nak makan kat mana.sebab driver ni akan bawak korang ke kedai makanan halal dan sedap.dari hari first sampai last day tak dengar langsung dari mulut kami kata makanan tak sedap.semua sedap!so jalan punya jalan pakcik driver tu stop kat kedai makan di hatyai.kat sana kami dengan 2 buah van lagi stop makan tengahari sebelum teruskan perjalanan.
lunch
ni lunch yang aku ambik plus teh o ais.total 100baht
settle makan kami teruskan perjalanan.giler jauh weh nak sampai ke hatyai.aku dan kengkawan dah 5 kali tido bangun - tido bangun tapi still tak sampai lagi.hahaha nasib van selesa kalo tak kematu la.pakcik tu plak masa tu memang drive je.kalo sembang pun ngan si kemal pasal kemal dok sebelah dia and si kemal kecek kelate.pakcik tu asal narathiwat so pandai cakap kelate.elok terjaga kami masing2 nak ke toilet.aku tak sure la sana memang takde RNR macam malaysia ke pe.so pakcik tu berhenti kat stesen minyak tapi stesen minyak tu memang besar giler.ada toilet,7eleven dan tempat duduk2.so kami stop ke toilet dan gerak semula.kalo kedua stop lagi untuk ke toilet dan pakcik tu isi minyak van.kami pulak ambik kesempatan gi masuk 7eleven nya untuk tengok apa yang patut.
besar kan stesen minyak dia.tak silap ni untuk NGV je
terselit pakcik tu disitu
7 eleven sana sama je macam kat malaysia,barang pun lebih kurang bezanya barang kat sana guna bahasa diaorang la
lepas dari tu kami terus gerak non stop ke hotel.memang bermula la aktiviti mentido kami sampai la ke krabi tu.adala dalam 4-5 jam gak nak sampai ke krabi tu.kami stay kat Phu Panwa Resort.hotel ni memang selesa sangat.kami sampai lebih kurang jam 4 petang waktu malaysia.kami dapat 3 bilik di tingkat atas dan 1 bilik di tingkat bawah.dapat yang bawah tu pun sebab kami ambik extra bed untuk 3 orang.tapi bilik memang selesa sangat dan best.cuma lantai toilet je terlalu licin and aku terjatuh masa malam pertama di sana.lepas tu terus aku letak selipar dalam toilet tu.nasib ada fipper.hahaha
bilik kami betul2 depan kolam yehaaa
masa check in ni macam biasa la korang kena isi nama and bagi diaorang fotostat passport salah seorang ahli untuk bilik tu.contoh setiap bilik 2 orang so kena la bagi passport salah sorang untuk diaorang copy dan simpan.

lepas dah bersihkan diri,solat and relax jap kami keluar semula jam 6 petang waktu thailand.kami gerak ke 7 heaven tapi kami tak turun pun.kat situ just untuk ambik gambar tapi sebab masa tu dah gelap sikit so kami malas nak turun plus kena bayar 100baht sorang kalo nak masuk.
sebelum naik van
all of us bersama pakcik ysop driver kami
lepas dari gi 7 heaven tu kami terus gerak di makan malam.dekat krabi jam 6.30 waktu thailand tu dah gelap dah.macam maghrib dah la.kat sana waktu solat pun cepat so jangan confuse tau.kalau tak tau tanya je ngan pakcik driver tu.so pakcik tu pun bawak kami dinner ke kedai halal.tapi masa ni blur and kami just makan biasa2 je.
dinner di sini
aku dinner teh o ais + nasi goreng daging.total RM 130baht.yup kedai ni mahal sikit la
lepas selesai dinner pakcik tu bawak kami beli tshirt dan cenderahati di satu kedai tu.takde la murah sangat tapi boleh la.lepas tu dia bawak jalan2 sekitar aonang dan juga tempat shopping.aku tak tahu la nama tempat tu.tapi kalo dibandingkan dengan malaysia ibarat macam kat pantai chenang la.sebijik pun macam pantai chenang.kat situ korang boleh jumpa berpuluh tempat massage dan kedai2 makan.tapi hati2 sebab kat situ kedai makan nya banyak yang hidang arak.ada pelayan tu dia panggil kami masuk duduk makan situ.katanya diaorang ada makanan halal.tapi selain tu diaorang juga hidangkan arak di kedai yang sama.so tak sure gelas diaorang tu suci or tak.better tak payah la.mcdonalds kat sana pun ada hidang daging babi,nasib la kawan aku si kema tu perasan benda tu.asalnya masuk sana nak beli bubur tapi bubur tak de jual.
kat sana diaorang mengagungkan pemimpin diaorang.so memang banyak gambar pemimpin diaorang sebagai papan tanda
aku tak shopping sangat sebab tak de ape pun nak dibeli.tapi kami pergi massage kat sana.rugi la kalau gi thailand tapi tak massage.kebanyakkan massage kat sana selama sejam tapi kami just nak 30 minit je sebab tak cukup masa.mula2 orang tu charge 30 minit tu dalam 150baht tapi kami minta diskaun.nasib la dia boleh speaking.harap maklum kat krabi tak ramai yang boleh berbahasa inggeris ye.so lepas kawtim2 kami berempat gi la kedai dia tu.orang tu ingatkan kami empat2 tu nak buat massage sebab tu dia bagi harga tu.alih2 pujuk memujuk maka kami pun semua sekali menguru.si kema urut kaki.aku,kemal dan pikah urut belakang.tapi serius sedap weh.aku yang badan besor ni pun elok je dia urut.terlipat2 aku dibuatnya.nama urutan tu thai massage.diaorang ada pakej aroma massage dan lain2.eh sebab sedap la maka esok harinya kami repeat lagi mengurut di kedai yang sama dan kami bawak geng lain.hahhaa
massage 30 minit 130baht
amoi yang jaga bahagian depan.ni semua muka happy lepas massage
balik dari aonang tu kami singgah kedai makan.sebab masing2 lapor balik.maklum la semua perut beruang kan.so pakcik tu bawak singgah satu kedai ni.aku tengok lecturer aku tapau pad thai so teringin la nak cuba kan.lecturer aku dinner tadi pun dia order pad thai.suka sungguh dia.tapi lepas try serius tak menyesal.sebab sangat2 pad thai dia.sampai esok nya pun kami repeat beli lagi.hahahah dasar perut beruang.
pad thai ni 70baht
lepas tu terus balik hotel semula dan rest.masa kami balik tu ternampak bebudak yang gi under company sama kami tapi diaorang tak keluar.just stay kat hotel je.diaorang ni gi under agen lain.hurmm tak syok weh sebab tak gi jalan memana pun diaorang,.maybe gak sebab diaorang bercampur kot satu van tu so tak ngam sangat la.
bajet untuk first day
so done for first day kat krabi.nanti aku sambung entry untuk hari kedua pulak ye.last entry nanti aku share apa2 tips yang penting ok.sebab harini tak sempat nak siapkan.malam ni aku dah kena gerak ke klia untuk naik flight ke vietnam esok pagi.matilanakkk nak update entry nanti.hahahaha so doakan perjalanan aku guys.and doakan aku terserempak ngan jodoh aku waktu musafir ni.huhuhu

p/s : doakan aku jumpa jodoh aku tau.amin ^_^

Monday, October 23, 2017

trip to krabi part 1 (28/09/2017)

Assalamualaikum

kat sini aku nak share la sikit pasal trip ke krabi aritu.tapi sorry tau sebab aku tak dapat collect info banyak sangat sebab terlalu happy dengan geng2 krabi ni.aku ngan kawan2 lain gi sana 3 hari 2 malam pada 29/9/2017 - 1/10/2017.

so kami ambik pakej by ayden averroes travel.sebenarnya kami ambil travel agent lain tapi agen tu nak cukup 10 orang satu van.so disebabkan kami tak cukup 10 orang masa tu maka kami terpaksa cari travel agen lain.so terjumpa la satu page kat fb ni nama pakej percutian termurah.rupanya agen ayden ni ada hampir 200+ orang kat malaysia ni.masa dah bayar deposit dan full payment tu memang risau gak kot agen ni menipu.tapi alhamdulillah semua berjalan lancar.

aku dan sorang lagi kawan gerak dari tapah jam 10.00 malam camtu la.stop kat simpang pulai hantar mak kema rumah kakak dia.then disebabkan kema seharian tak rehat sebab dia kena join hari penternak dan nelayan kat maeps siang tu maka terpaksa la aku drive.malam tu la buat pertama kali aku drive malam jauh2.dari simpang pulai ke bukit kayu hitam aku yang drive.oh yes aku sebenarnya ada masalah silau yang tinggi.so sape yang silau mesti faham kenapa aku jarang drive malam.

sampai rnr gurun lebih kurang 2 pagi.kitaorang rest kejap kat situ then siap2 mandi terus kat situ.sebenarnya total yang confirm pergi dalam trip kali ni ada 9 orang.aku ngan kema dari perak,kemal dari kuala kedah,pikah, ain dan fahriz dari gurun, en mz, en nan dan kamal dari penang.yang paling kelakar kami tak sangka yang kami akan gi holiday ngan ex lecturer kami.hahahah kelakar seram masa ni weh.

lebih kurang jam 3.45 pagi kami gerak ke kuala kedah ambik si kemal ni ha.sebab kami bajet satu kereta 3 orang.yelah masing2 naik kereta kecik kan.dalam 4.30 camtu sampai rumah kemal untuk pick up dia.jalan2 sat cari bank kat area kuala kedah tu.tapi almaklumlah pepagi buta mana ada bank yang aktif.last2 masa on the way tu nampak cimb bank kat changlun.so cuba nasib je la gi cucuk.nasib baik bukak.hahahaha kalo idak jenuh juga la.kami semua ni sebenarnya memasing tak pernah sampai ke imigresen bukit kayu hitam ni.so aku,kema and kemal ni terlebih risau kot sampai lambat ke ape ke.

jalan punya jalan rupanya dalam sejam je dari kuala kedah ke bukit kayu hitam tu.dalam 5.30 camtu dah sampai dekat pintu masuk imigresen bukit kayu hitam.disebabkan masing2 tak pernah sampai situ so macam orang lost la kejap.kami nampak bas dan van dok beratur tapi tak perasan yang kereta pun tengah beratur.gigih la tanya sorang akak ni.sekali akak tu kata saya pun first time sampai sini.ahahaha sengal je rasa masa tu.


so si kemal pun try tanya kat orang2 situ then diaorang bagitau boleh masuk situ jam 6 pagi.makanya menunggu la kami disitu.oh ye kat luar tu means sebelum lepas imigresen tu ada surau yang kecik tak kecik la.so boleh la untuk korang solat subuh sementara.toilet pun ada tapi aku bagitau sesiap la.toilet dia langsung tak terjaga.aku masuk je rasa macam weh apahal macam ni.serius ar??orang keluar masuk kot kat imigresen ni tak kan dia biar toilet camni.

yang kitaorang ni punya risau kot terlepas barisan maka tunggu la situ gak.mereput la kejap kan.padahal mata ligat usha mana nak cari surau.tanya abam polis tu dia kata kat dalam ada surau so lega la kejap.so lalu imigresen macam biasa la diaorang scan pasport korang tu and then lepas la.tak de ape pun.kami terus gerak ke parking yang diarahkan oleh travel agent kami.parking tu dekat area the zone.the zone ni macam mall la.so mall ni pepagi hari lagi dah bukak.tapi bahagian bawah je la yang ada jual coklat bagai.

kat area parking tu pun dah banyak driver2 van tanya korang nak gi mana.tapi sebab kami dah amik pakej so abaikan mereka secara baik.tapi kami tanya la surau kat mana.dia kata dalam the zone.bila sampai kat pintu masuk the zone tanya la plak kat pakcik guard tu.pastu pakcik guard kata surau situ untuk staf je.pakcik tu kesian gak kat kami.tapi dia kata "kalo pakcik bagi masuk pakcik yang kena marah.biasa la dik cina.depa tak bagi la masuk.padahal orang nak solat ja".so alih2 kami menapak la ke satu kawasan parking C tak silap.pastu menapak lagi naik tangga ada la jumpa pondok tulis surau.tapi memang daif giler la.tak terjaga langsung.tapi sebab masa tu dah pukul 7.10 pagi maka kami solat gak la kat situ.dah subuh gajah dah pun masa tu.padahal kalo awal2 kami solat kat surau sebelum imigresen tadi mesti dah settle.

lepas solat kami pun terus tunggu geng2 lain kat area parking D sebab van dan ahli-ahli lain tunggu kat situ.so yang tu aku sambung next entry ye.kira tu part kami nak masuk ke sempadan dah la =)

p/s : solat tu utamakan dulu dari benda lain ye

Wednesday, October 11, 2017

LAGU 17 - lepaskanmu kerana terpaksa (ukays)

Assalamualaikum

selalu dengar lagu ni kat radio sinar ngan thr gegar.sejak2 putus cinta ni lagu ni memang buat aku terasa betul.makan dalam la senang citer.macam kena je lirik lagu ni dengan kisah aku kan.haihh tak tahu la aku nak buat macam mana lagi supaya aku betul2 dapat lepaskan dan lupakan si dia tu.rabak rasa mental ngan hati bila terkenang pasal dia.kenangan tu kuat betul dalam ingatan aku ni T_T

cekidaut link ni.tapi please pause lagu blog ni dulu ye =)

Tak dapatku lupakan kenangan silam
Susah dan senang kita harungi berdua
Bersumpah setia hidup mati bersama
Sehingga ke penghujungnya

Tergamak engkau meninggalkan diriku
Di saat aku memerlukan kasih sayangmu
Kini aku sendiri meneruskan hidup ini
Bersama hati yang t’lah kau lukai

Menyesalnya aku menyintai dirimu
Kini ku sengsara akibat perbuatanmu itu
Kini kau bahgia hidup disampingnya
Mudahnya aku kau lupakan

Betapa sakitnya pedihnya
Kau kata kau cinta dia
Mengapa diriku akhirnya
Menjadi mangsa dalam percintaan, oh pilunya

Terpaksalah aku sendiri
Mengundurkan diri demi
Keluargamu mengharapkan agarku berlalu pergi
Untuk si dia pilihan hatimu...

Dengan rela kulafazkan
Selamat tinggal sayang
Ku doakan agar
Engkau bahagia

Menyesalnya aku menyintai dirimu
Kini ku sengsara akibat perbuatanmu itu
Kini kau bahgia hidup disampingnya
Mudahnya aku kau lupakan

Betapa sakitnya pedihnya
Kau kata kau cinta dia
Mengapa diriku akhirnya
Menjadi mangsa dalam percintaan, oh pilunya

Terpaksalah aku sendiri
Mengundurkan diri demi
Keluargamu mengharapkan agarku berlalu pergi
Untuk si dia pilihan hatimu..

Dengan rela kulafazkan
Selamat tinggal sayang
Ku doakan agar
Engkau bahagia

Dengan rela kulafazkan
Selamat tinggal sayang
Ku doakan agar
Engkau bahagia

Tuesday, October 10, 2017

hepi belated birthday to me =)

Assalamualaikum

lamanya tak update blog weh.sejak2 aku patah hati tu sampai la ni baru nak update.ahad lepas aku sambut besday yang ke 2* hahahah rahsia ar.yang pasti dah tua la usia aku sekarang.kalau tahun2 sebelum ni memang aku sentiasa tunggu tibanya hari besday aku.tapi sejak peristiwa tahun lepas aku tak tunggu dah besday aku.

tahun lepas masa hari jadi aku tu aku ada dengan ex aku.hurmm beriya la dia layankan aku masa hari besday tu tapi end up sekarang dah putus pun.totally putus.kalo ikutkan masa besday aku tahun lepas tu dia memang dah kantoi dah dia tu tunang orang.tapi aku yang bodoh still terima dia still sayang dia.tapi lepas peristiwa tu aku lost dah ngan dia.memang aku yang request itulah pertemuan terakhir kami sebab lepas dari tu aku cuba untuk lepaskan dia sepenuhnya.tapi siapa sangka dah setahun pun aku masih belum lepaskan dia.walhal dia dah bahagia dengan tunang dia tu T_T

aku kat sini masih sakit,nangis,jiwa kacau.hahaha bodoh kan aku.padahal dia dah tak kisah pun pasal aku.ramai yang pesan pada aku cukup-cukup lah tu nak sedih.sayang diri sendiri.tapi aku tak de jawapan untuk tu.maybe kalau korang berada pada situasi aku korang akan lebih faham.

cinta pertama!yup dia cinta pertama so macam mana aku nak lupa dengan mudah.aku ikhlas sayangkan dia,cintakan dia.aku buat yang terbaik untuk dia.aku cuba beri semampu aku untuk dia.bila dia mengeluh aku dengar,dia bosan aku teman,dia marah aku coolkan,dia penat aku layankan.tapi end up habis!hahaha jodoh aku bukan dengan dia.aku tau tu tapi untuk aku lepaskan dia sepenuhnya aku belum mampu.pedih rasa hati.bagai dicarik2.aku ajar diri aku sayang dia,cinta dia,terima kelemahan dia.tapi akhirnya aku merana.memang kami banyak berbeza dari banyak segi.memang bagai langit dengan bumi.dari segi kehidupan,pekerjaan,pendidikan,kewangan dan lain2 lagi.tapi aku ikhlas terima dia seadanya.akhirnya dia permainkan aku dan maki aku.hina betul aku kat mata dia.

bukan nak mengungkit tapi kadang aku harap yang dia sedar bahawa aku pernah wujud dalam hidup dia.hadir sebagai seorang kekasih yang berkorban untuk dia.seorang kekasih yang sentiasa support dia waktu dia susah,sakit,kecewa,gembira.tapi aku tahu dia tak pernah ingat semua tu.dipandangan dia sekarang aku tak ubah seperti sampah yang hanya layak dicampak.aku ni manusia hina yang pernah wujud antara dia dan tunang nya.sedangkan dia kenal aku dulu berbanding tunang dia.dia tunang waktu dia dah bercouple dengan aku.arghhh it's hurt.dan aku akan menangis dan terus menangis bila berbicara mengenai dia.sakit!!!hanya aku yang tahu apa yang aku rasa.dia tak kan pernah tahu dan faham.

sebab tu bermula dari tahun ni aku memang tak tunggu tibanya besday aku.sebab kenangan tu menyakitkan.sebab aku akan rindukan dia.aku akan ingat peristiwa tu,tak pernah aku memangis bila tiba hari jadi aku.tapi dua tahun ni aku menangis bila tibanya hari jadi aku.sedih....aku nak sangat diri aku yang dulu.diri aku waktu tak pernah jumpa dia.25 tahun aku jaga diri aku dari disakiti,aku bahagia dengan life aku yang dulu.yang tak kisah aku tak punya sesiapa.diri aku yang tak heran even aku tak de pakwe.

tapi dia datang ketuk pintu hati aku.berjanji bermacam2 dengan aku.walhal aku dah pesan "andai tak mampu jaga hati aku, jangan sentuh hati aku".tapi tak....dia janji macam2.dia yakinkan aku.waktu ayah aku meninggal dia kata dia tak kan pernah tinggalkan aku sedangkan masa tu dia dah tunang pun.hari dia tunang dia wasap kata nak datang jumpa mak raya cina,hari dia tunang dia kata dia rindu aku.hurmmm aku tak pernah lupa pun.masih kekal segar semua tu dalam minda aku.masih jelas segala kata dan perbuatan dia pada aku.

tipu kalau aku kata aku tak rindu.jujur aku sangat2 rindu dia.walau aku tau dia tak ingat aku.aku tau Allah dah simpan yang lebih baik untuk aku.tapi untuk aku melepaskan dia aku masih belum mampu.aku cuba bukan tak cuba.tapi impak kehadiran dia terlalu kuat untuk aku buang.

aku cuma harap korang doakan la aku terus kuat,moga Allah berikan aku yang lebih baik,yang ikhlas sayangkan aku,yang jujur cintakan aku kerana Allah,yang boleh bawa aku lebih dekat dengan Allah,yang boleh jadi mahram untuk teman kan aku ke mekah :)

harapnya akan ada someone yang mampu buatkan aku jadi gembira semula bila tibanya hari jadi aku di masa akan datang.doakan untuk aku ye.moga Allah berikan yang baik2 buat korang semua

tq along belanja celebrate birthday.love u
p/s : hepi besday untuk mak jugak 9/10/2017.sambut sekali mak sebab besday selang sehari je 

Tuesday, November 1, 2016

kenapa perlu permainkan perasaan orang lain??

assalamualaikum

aku pernah tanya soalan diatas dekat beetalk.antara jawapan yang aku dapat sebab dia pernah kena macam tu.so dia pilih untuk balas balik.ataupun sebab dia memang xde perasaan bersalah buat macam tu dekat orang lain.

aku serius xfaham kenapa perlu permainkan perasaan orang lain.kalo sayang cakap sayang kalo xcakap x.kenapa perlu nak sakitkan hati orang lain.tambah2 untuk pengalaman kali pertama macam aku.xde ke terfikir yang pengalaman menyakitkan ni buat seseorang tu akan bertindak bodoh.ambik tindakan yang merosakkan diri sendiri ke.ataupun buat sesuatu yang bodoh.

memang kalau diikutkan aku salah sebab lepas tahu ex aku tu dah bertunang tapi aku masih berkawan dengan dia.tapi dia pun sama2 salah.sebab dalam masa yang sama dia juga mencari aku.untuk dia mungkin itu perkara biasa sebab dengan umur dia tu dan pengalaman bercinta dia yang dah berkali-kali tu mungkin xsusah untuk dia buat semua tu.tapi bagi aku yang pertama kali ni benda-benda macam ni adalah dugaan paling kuat buat aku.korang boleh bayangkan tak saat hati tu tengah rapuh dia datang menyapa lagi.semestinya hati aku lagi goyah dan terima je sapaan dia tu.walau aku tau dia tunang orang.memang salah aku.orang akan cakap patutnya kaula yang kawal diri kau.dah tau tunang orang buat pe kawan lagi.buat pe cari masalah lagi.tapi kalaulah korang betul2 berada di situasi aku korang akan faham.

tapi kenapa perlu lagi memberi harapan dan janji kepada seseorang andai kau sengaja nak permainkan hati dia.aku jadi marah pada diri aku kerana izinkan diri aku dipermainkan oleh seorang manusia seperti diatas ni.sungguh aku tertanya-tanya kenapa wujudnya orang seperti itu.pedih tahu tak kena main macam tu.untuk orang yang pertama kali bercinta seperti aku sakitnya lebih lagi.sebab aku dah ajar diri untuk terima kau seadanya,sayang kau ikhlas dari hati dan terima baik buruk kau.tapi ini yang aku dapat.

sekarang kau xkan faham macam mana sakitnya aku rasa bila orang tuduh aku salah sedangkan kau juga salah.orang semua kata aku perampas sedangkan dalam masa yang sama kau mencari aku.dan kau sendiri menuduh aku macam2 semata-mata nak tutup yang diri kau juga salah.kau tuduh aku perangkap kau, simpan segala wasap, gambar, rekod call sebagai bukti untuk kenakan kau.tapi sebelum ni kau sendiri dengar dari mulut aku yang segala wasap,gambar dan rekod call aku simpan kerana itu kenangan aku dan kau.kerana kau cinta pertama aku dan kau lelaki yang pernah rapat dengan aku.aku akan padam bila aku betul2 lepaskan kau.tapi kau tuduh aku pergunakan benda2 tu untuk perangkap kau.pedih kau tau tak bila kau tuduh aku macam tu.

aku xpernah terfikir langsung nak perangkap kau.untuk kali ni aku bagi semua tu sebagai bukti yang kau juga salah.sebab aku terlalu kecewa dengan kau.dari kes pertama sampai kes kali ni kau langsung xnak salahkan diri kau.kau tuduh aku macam2 tapi aku tetap sabar.untuk kali ni aku membela diri aku sendiri.aku bersihkan nama aku sendiri sebab kau xpernah nak tolong bersihkan nama aku.tapi sebaliknya kau tuduh aku macam2.kecewa sangat aku rasa.seolah2 selama ni apa aku buat xde apa2 kesan pada kau.kau tuduh aku xikhlas buat apa2 untuk kau sedangkan aku xterfikir langsung semua tu.aku buat atau bagi pada kau sebab aku sayangkan kau sebab aku nak kau happy.tapi sebaliknya kau tuduh aku.pedih sangat aku rasakan kau tahu,

maaf buat masa ni aku belum mampu lupakan kau,kenangan bersama kau dan aku belum mampu maafkan kan.kalau kau sedar apa yang kau pernah buat pada aku sangat la pedih.lukanya bertambah dalam.moga satu hari hati aku akan terbuka untuk maafkan kau.maafkan aku kerana kali ni aku sangat2 sedih kan terluka dengan kau.walau sebelum ni kau pernah lukakan aku tapi kali ni luka tu lebih dalam.


Tuesday, July 5, 2016

syawal tanpamu ayah

Assalamualaikum

esok dah hari raya.sekejap je masa berlalu.syawal kali ni memang terasa lain sangat.sebab syawal kali ni aku akan beraya tanpa insan bergelar ayah di sisi.semestinya aku akan terasa dengan ketiadaan ayah.sebab sepanjang 25 tahun aku hidup setiap kali raya ayah ada bersama.disebabkan aku belum berkahwin jadi setiap kali raya pertama mesti bersama mak dan ayah.

so untuk kali ni tiada lagi insan bergelar ayah.sejak ayah xde memang banyak yang berubah.kalau sebelum ni setiap hujung minggu mesti aku balik kampung untuk berbuka.tapi kali ni xde dah.sebab mak pun duduk dengan alang kat KL.kalau aku balik kampung pun just ada angah dan apiq je.sayu gak la bila berbuka sorang2 plus sahur pun sorang2.kalau dulu setiap kali waktu sahur mesti ayah call untuk kejut aku bangun.kali ni tugas tu beralih ke mak plak.kalau rasa aku penat sangat aku pesan kat mak suruh kejutkan sahur.sebab aku ni jenis yang kena sahur.kalo x lapo kemain nanti.

tambahan pulak along dengan alang raya dekat rumah mentua kali ni.raya kedua nanti baru balik tapah semula.so raya pertama nanti hanya ada aku, angah, mak dan apiq je la.kalau ditanya apa persediaan raya aku.jawapannya takde ape.biasa2 je persediaan kali ni.beli baju, kuih raya, kerepek pastu ada la barang2 dapur sikit.rumah pun xsiap kemas lagi tu.mood raya xde.aku pun still keje lagi hari ni.

angah kata mak xnak masak rendang tahun ni.hurmm sedih plak aih.sebab rendang ayam ngan nasi putih panas la menu pagi raya aku tiap tahun.menu tu jugak la yang ayah makan tiap tahun tanpa miss.abis kalau mak xmasak rendang memang jadi sejarah la untuk kami.aku mana pandai masak rendang,dan kalau aku masak pun xkan sama macam mak masak.

selalu nya mood raya aku memang datang lambat.tapi kali ni aku rasa langsung xde,sebabnya tahun2 lepas at least 2 hari sebelum raya aku dah rasa mood raya tapi kali ni xde.aku rasa macam xnak raya pun ada.sampai aku terfikir kalau aku xbalik raya boleh tak.aku jadi sayu je bila fikir pasal raya.salah satu sebabnya bila ayah dah xde.tapi mungkin jugak sebab ramadan kali ni aku xsungguh2.terawih tahun ni sekali je aku buat.sebelum2 ni at least suku bulan aku pergi.tapi kali ni langsung xsungguh2 aku terawih.

hari tu aku cakap kat epul macam mana kalau aku xsempat raya ngan mak.terus kena sound ngan dia.hahhaha xde la aku cuma terfikir je.kalaula aku pun xsempat nak raya mesti mak lagi sedih kan.plan raya pertama angah ajak balik kampung bermin,tapi ntah la aku rasa macam nak dok rumah je.nak melingkor atas katil xpun layan tv,hahaha kompem mak bebel dari pagi sampai petang kalo aku bt gitu.

duit raya kali ni xbanyak.bajet berapa je aku buat.tukar duit pun tak.just tukar duit yang ada dalam simpanan ayah je.ayah jenis suka simpan duit2 baru so aku tukar ikut situ je la.lagi pun nanti kan nak ada duit baru lain.gabenor baru katakan.so sape datang rumah budak2 je dapat duit raya.yang kolej ke pe xde duit raya.hahaha kedekut kan.pembahagian duit raya untuk makcik2 pun xbanyak.so makcik pakcik sape cepat dia dapat :p

so xpe la.harapnya xde la hambar sangat raya tahun ni.biarla mood raya tu datang jugak walau pun sikit kan.dari xde semangat raya langsung.nanti mesti aku sedih dengar takbir raya.bagi aku setiap kali dengar takbir raya mesti rasa sebak.tanpa sebab pun sebenarnya.cuma bila dengar tu rasa macam nak nangis je.kawan2 semua mana yang dalam perjalanan tu hati2 la.ingat orang2 tersayang.bergembiralah bersama-sama keluarga sementara mereka masih ada.

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin
andai ada silapku mohon dimaafkan
aku juga manusia biasa yang selalu ada silapnya.

ayah, 
tenang la di sana ye.nanti adik ziarah ayah lagi.
adik sayang ayah.adik rindu ayah.adik minta maaf.
tahun ni adik xdapat nak salam dan cium ayah dah.
bukan hanya tahun ni tapi buat selamanya.
kenangan2 yang adik ada dengan ayah akan adik simpan.
doakan supaya memori adik dan ayah xkan hilang.

mak,
jangan sedih2 ye.adik ada ni ha.
adik tau dalam kuatnya mak masih ada sedih yang disorok.
adik tau adik bukan boleh diharap sangat macam along, angah ngan alang.
tapi adik akan usaha untuk sentiasa ada dengan mak.
walau adik xtunjuk apa yang adik rasa dan buat
adik nak mak tau adik sayang mak.
adik xpandai nak tunjuk sayang adik tapi adik akan cuba mak.
adik minta maaf mak.adik tau adik banyak buat salah.
semoga raya kita kali ni tidak terlalu sedih la ye mak ^_^

abang,
orang tau kadang2 orang selalu buat perangai.
bila tiba perangai emosi orang datang habis abang kena tempiasnya.
habis abang kena tuduh macam2.eh tapi kita jeles la.bukan saje2 buat :p
tapi abang tetap sabar layan kerenah orang.walau kadang cara abang sabar tu menyakitkan hati.
tapi orang tau abang buat macam tu sebab abang xnak naik suara dengan org.
sebab abang tau org akan nangis kalau abg naik suara.
terima kasih abang untuk kasih dan perhatian yang abang beri.
doakan jodoh kita kuat.doakan rezeki kita murah.doakan kita dipermudahkan untuk bersatu.
supaya orang xrasa keseorangan andai ada sesuatu berlaku.
orang minta maaf zahir batin dengan abang.
ada rezeki kita jumpa lagi ye

raya tahun lepas 2015
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA ^_^



Wednesday, May 18, 2016

selamat jalan duhai ayahanda T_T

Assalamualaikum

Lama dah aku xupdate blog ni.dah berhabuk agaknya kan.blogwalking pun dah lama xbuat.tapi harini aku nak up entry tapi pasal berita sedih la pulak.kebetulan time ni pun aku xde buat apa sangat.kerja-kerja aku pun mostly dah siap.

tarikh 2 Mei 2016 akan menjadi salah satu tarikh yang akan aku ingat sampai bila-bila.tarikh dimana aku telah kehilangan insan yang aku sayangi dan cintai.seorang insan yang bergelar AYAH. seorang insan yang tiada gantinya walau sejauh mana aku mencari. kalau diikutkan ayah ada macam-macam penyakit.kalau ditanya sakit dia tu doktor pun cakap complex sebab banyak sangat sakitnya.tapi akhir hayat dia doktor kata dia pergi disebabkan keadaan jantung yang lemah.

tarikh 17.04.2016 ayah kena admit di hospital bainun ipoh.sebelum tu ayah gi hospital tapah sebab dia xde selera makan.tapi bila ke hospital tapah doc kata maybe ada sangkut dengan buah pinggang. so dari situ doc nak transfer ayah ke hospital teluk intan.tapi along minta untuk hantar ke ipoh sebab nanti kat teluk intan xde sape nak tengokkan.kalau kat ipoh ada along boleh tengokkan.ayah pulak jenis kena berteman.masa dekat hospital xde banyak sangat procedure sebab mostly masalah ayah adalah banyak air dalam badan expecially area paru-paru.

mula-mula doc cakap nak tebuk dekat belakang ayah untuk keluarkan air tu.tapi xjadi sebab masa scan tu air dah kurang.then check balik ada lagi air tu.lepas tu macam2 la kena scan,ct scan, xray ape suma.tapi lastly doc besar kata ayah boleh transfer ke tapah sebab ayah just pakai oksigen je.cuma nanti ayah kena datang balik ke hospital ipoh untuk scan pada 9/5/2016. so pada 1/5/2016 ayah ditransfer ke hospital tapah.lewat sikit sebab xde ambulan boleh hantar.

sebelum tu hari sabtu malam aku punya turn jaga ayah.dari tapah aku bertolak then sampai hospital pukul 5.30petang macam tu. masa sampai tu ayah sorang je sebab mak gi solat.masa tu ayah dah mula batuk and muntah.apa dia makan dia akan muntah balik.kecuali buah yang masam2 sikit.masa batuk and muntah petang tu ok lagi.benda yang keluar cair je.tapi bila dah malam aku tengok muntah dia makin pekat.mula-mula aku ingat darah sebab warna merah.tapi akak aku kata bukan kot.mungkin air coklat yang dia minum sebelum tu.so xpe la.

tapi makin lama aku tengok makin pekat.sampai terkena selimut dia ngan baju dia pakai.nurse pun macam risau tengok ayah.nurse nak masukkan ubat muntah tapi ayah xde line/wayar untuk saluran darah dia tu.so nurse minta doc buatkan supaya boleh dia masukkan ubat.tapi sampai pukul 2 pagi xde pun doc buat.ayah kata doc pun xlarat nak cari urat dia sebab susah.tapi malam tu ayah xtahan dah last2 ayah minx buatkan jugak.lebih kurang 3.30 pagi gitu stafnurse tolong buatkan line tu.baru la dimasukkan ubat muntah.nampak la kurang sikit dia muntah,nurse kata "saya tengok pun lain macam.sebab nampak kat selimut pakcik macam darah". masa tu aku memang ngantuk sangat tapi gagahkan jugak la bangun lapkan mulut ayah.basuhkan cawan dia muntah tu.Allah siapa sangka rupanya itulah kali terakhir aku jaga ayah.

pas menjaga ayah.bertanbah-tambah tarikhnya
pagi ahad dalam pukul 9.30 pagi aku cabut balik sebab ngantuk sangat2.mak pun masa tu dah otw ke hospital.so mak ambil alih jaga ayah.tapi masa balik aku along and angah singgah kedai beli baju.masa tu la mak call kata ayah dah boleh transfer ke hospital tapah lebih kurang 12 tengahhari.tapi lepas ayah transfer tu aku xfollow pun.aku balik tido dulu sebab nanti aku pun nak kena drive ke tapah.so mak sorang je la ikut naik ambulan and kat tapah alang tunggu.petang tu dah ok sikit aku pun bertolak balik.

aku sampai tapah lebih kurang 6.40petang.masa sampai ada pak sedara aku kat situ tengah lawat ayah,mak balik mandi and solat masa tu.so aku pun tanya la ayah nak buah ke or pape.aku kupaskan ayah buah dan sapukan minyak kat ayah.sebak aku kalau teringat balik.ayah suka pakai minyak mestika tu katanya sedap bau minyak tu.so sementara kupas buah tu mak sampai.masa tu dah pukul 7 petang.waktu melawat dah habis.so malam tu mak yang tunggu ayah.mak kata pukul 2 pagi ayah nak makan buah then pukul 5 pagi dia nak minum. malam sebelum tu along, angah, alang semua memang dah ada kat tapah.cuma alang je kat tapah road rumah mentua dia sebab dia nak balik kl dah hari isnin 25/5/16 tu.

so tengahari 2/5/16 tu along sekeluarga gi tengok ayah.ammar pun along bawak tengok ayah.along ajak aku tapi aku xgi.sebab aku pikir kang malam maybe aku kena jaga ayah.so tengahari tu aku tido.tau2 je mak kejut suruh gi hospital sebab ayah xsedar.pergi pun naik motor je sebab jalan jem.sampai je hospital masa tu pukul 2.20 petang.masa tu doc and nurse dah dok tekan2 ayah sebab nak bagi bernafas semula.masuk tiup bagai tapi tetap xsedar.akhirnya 2.45petang doc kata ayah dah xde.tapi sebelum tu nurse dah bagitau ayah dah xde.cuma nurse suruh tunggu official dari doc.kata doc jantung ayah lemah sangat sebab tu mungkin xdapat selamatkan ayah.

along kata masa tu dia xsampai 5 minit pun keluar dari hospital sebab ayah nak makan jambu batu.masa tu plak angah ngan apiq dah otw nak ke hospital.elok angah sampai ada mak mentua alang kat situ and masa tu doc pun dah mula tekan2 dada ayah. rupanya masa ayah xsedar tu along dah mesej aku suruh datang tapi sebab handphone aku cas and aku tido so aku xsedar mesej tu. terkilan gak la sebab aku xsempat tengok ayah masa dia sedar.along kata sebelum tu ayah ok je cuma badan panas.masa along datang tu pun elok je ayah makan buah ngan ammar.macam xsangka langsung itula kali terakhir kami semua tengok ayah.rupanya mak pernah cerita kat alang yang dari cara ayah malam masa mak jaga tu sama macam cara arwah tok aku meninggal dulu.sebab tu mak xnangis sangat.sebab dia dari awal dah bersedia.

urusan jenazah pun mudah.dari wad bawak ke bilik mayat.masa kat bilik mayat ramai kawan-kawan ayah datang.adik beradik ayah pun ada yang dah sampai.tapi xsemua dapat tengok sebab nak kebumi cepat.masa tu hari hujan sebenanrnya tapi rezeki ayah kat tempat perkuburan tu xhujan cuma dah mendung.jenazah ayah langsung xbawak balik rumah.dari bilik mayat selesai dimandikan terus ke surau hospital tapah.masa mandikan pun rezeki ayah jugak sebab ustaz tu dia tunggu jenazah lain sebenarnya.tapi jenazah tu xsampai lagi so dia mandikan ayah dulu.lagipun ustaz tu kawan ayah.ustaz tu la yang jadi penolong nikah alang dulu.

dah selesai solat jenazah aku sampai sebab aku balik rumah jap amik kereta.jalan pulak jem masa tu so lambat sikit la aku sampai.masa sampai aku masuk dalam then xlama lepas tu pakcik aku suruh cium ayah.aku masa tu memang xnangis pun.rasa sebak tu ada cuma rasa nak nangis tu xsampai lagi.cuma nangis sikit-sikit je la.sampai sekarang aku xde nak nangis sangat.lepas dah tutup jenazah semua terus bawak ke kubur.elok aku sampai kubur masa tu jenazah ayah dah masuk dalam liang lahad dah pun.xsempat aku nak tengok.sebab diaorang kejar kan takut hari hujan.

kat kubur tu memang tikar xde, air nak jirus kubur pun xde.nyaris ada tikar kecik untuk ustaz duduk baca talkin.memang xteringat langsung nak bawak semua tu sebab jenazah xbawak balik rumah.last2 angah contact kawan dia minx bawakkan sejag air untuk jirus kubur.sebak sangat rasanya bila nampak sedara-mara, kawan-kawan ayah sama-sama kambus liang lahad.kawan ayah pun ramai yang datang kat kubur masa tu. dah selesai semua rasa sebak nak tinggalkan kubur.bila gi kat kereta ada sedara-mara perempuan kat situ.masing2 cakap kenapa xbagitau ayah masuk wad sebelum tu.sedangkan bukan niat kami tapi kadang2 ayah yang minta jangan dibagitau.lagipun ayah selalu sangat masuk wad so kami semua ingat sakit biasa je.

sayu tengok wajah mak.masa ni ahri keesokan nya
ramai kawan-kawan ayah dan sedara mara kata xsangka ayah dah xde.sebab lepas dia keluar wad tahun lepas memang dia nampak sihat.siap boleh bawak kereta dan motor lagi.so ramai xsangka ayah dah xde.malam tu buat kenduri tahlil.kami buat 3 hari berturut.alhamdulillah ramai orang masjid datang dan hari last tu paling sebak.ada sorang kawan ayah tu dia xberapa boleh nak bersila.so akak aku suruh dia dok kat sofa.pastu pakcik tu kata dia xnak sebab dia terbayang ayah aku dok kat situ.kalo nak dikata rindu tu memang la rindu.walau pun aku jarang bercerita dengan ayah tapi aku sebenarnya manja ngan ayah.masa darjah 3 dulu aku dok rumah makcik aku.tiap2 malam nangis sampai muntah sebab rindu ayah.sampai ayah kena datang amik aku kat rumah makcik.

sepupu-sepupu pun ada yang kata rindu.sebab ayah jenis yang suka mengusik pastu dia jenis suka melayan sikit.masing2 sepupu kata xde lagi dah lawak bersahaja dari ayah.masa raya nanti mesti dah lain.sebab dia yang suka menyakat.kalau sepupu2 pun rindu apatah lagi kami sekeluarga. opah su datang rumah kelmarin pun cakap "terbayang-bayang aku dia duduk di sini".masa tu opah su datang dapur.

so sekarang pun mak ikut duduk ngan alang kat kl.kalo kat tapah nanti dia sorang-sorang.kesian gak lagipun mak dalam eddah. tapi aku plak yang sedih sebab bila balik tapah aku balik dekat rumah kosong.xde sape pun kat rumah.cuma angah je ada kat rumah sebelah.barang-barang ayah pun xkemas lagi.bukak je satu beg tu penuh ubat ayah.sebab ubat tu doc bagi untuk guna sampai bulan ogos.bukak peti ais nampak jarum untuk ayah cucuk insulin.baju2 ayah yang tergantung dan jugak barang2 dia.Allah je tau rasa rindu tu.kadang aku terlupa yang ayah dah xde.semalam aku mimpi ayah.mimpi yang seronok bagi aku sebab dalam mimpi tu epul jumpa ayah buat pertama kalinya.dan itulah pertama kalinya aku mimpi ayah lepas ayah meninggal.bila sedar dari mimpi aku terus masuk toilet nak mandi.then masa mandi baru aku teringat yang ayah dah xde.Allah rindunya kat ayah dan mak.dulu tiap2 minggu boleh jumpa ayah ngan mak bila aku balik kampung.tapi kali ni dua2 aku xdapat jumpa.ayah memang aku xdapat jumpa sampai bila2.mak pulak sebab dekat kl.mungkin sebulan sekali baru balik.

suku dari ubat-ubat ayah.ada banyak lagi yang tinggal.
xpelah ayah bukan milik aku.aku redha Allah dah ambil ayah semula.aku cuma boleh doakan kesejahteraan ayah di alam sana.mungkin raya kali ni akan berlainan.baru ingat nak ambik gambar family yang baru sebab anak ngan suami alang xpernah masuk gambar lagi.tapi nak buat macam mana takdir Allah kita xboleh nak tolak.semoga kami semua diberi kekuatan dan ketabahan.

AYAH
adik rindu ayah.adik rindu sangat
kalau along and alang rindu ayah dia ada suami untuk dipinjam bahunya.
kalau angah rindu ayah dia ada apiq untuk diluahkan perasaan.
kalau mak rindu ayah dia ada anak2 untuk diminta kasih.
tapi adik xde sape-sape.cuma kawan2 yang setia bersama.
xpela ayah.adik terima semuanya.ayah milik Allah bukan milik adik.
cuma izinkan adik andai rindu bertamu dihati izinkan air mata ini mengalir untuk mengurangkan rasa rindu ini padamu ayah.
adik doakan agar Allah jaga ayah.
moga Allah lapangkan kubur ayah.
moga diterangkan kubur ayah,
moga dijauhkan dari seksa kubur dan binatang berbisa.
moga suratul yassin dan fatihah kami dapat meringankan kesakitan ayah.
dan semoga perjalanan ayah dipermudahkan di alam sana.
Ya Allah tolong jagakan ayah ku di sana.amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...