assalamualaikum
kurang beberapa jam je lagi kita akan masuk ke tarikh 12 Rabiul awal 1434. tarikh yang bermakna buat umat Islam kerana pada 12 rabiul awal lah lahirnya kekasih kesayangan umat islam ini. Duhai Nabi Muhammad SAW terima kasih kerana menjadi pemimpin yang hebat buat umatmu.
jom kita selawat beramai2 sempena kelahiran baginda yang kita hormati.semoga selawat yang kita lakukan ini akan memberikan hikmah dan kebahagiaan buat kita semua.
duhai kekasih Allah terima kasih kerana selalu memikirkan keadaan umatmu, terima kasih kerana sentiasa mengingatkan kami, terima kasih kerana membantu kami untuk terus berada di jalan yang benar, terima kasih kerana membantu kami, terima kasih kerana sentiasa risaukan kami dan banyak lagi. terima kasih Rasul Allah, terima kasih duhai al-amin, terima kasih insan contoh dan terima kasih kekasih Allah.xterkira ucapan terima kasih kami berbanding dengan pengorbanan yang Engkau lakukan dan kasih sayang yang Engkau berikan kepada kami umatmu.
Allah tetapkan iman kami, jadikan kami insan yang sentiasa berpegang pada ajaran Mu dan umat yang sentiasa melakukan sesuatu mengikut hadis dan sunnah mu.amin
Wednesday, January 23, 2013
Monday, January 7, 2013
kaku, kelu, kagum mendengar hujah Dr Zakir Naik
assalamualaikum
dalam kemalasan nak menaip tapi aku gagahkan juga untuk menaip.rasa macam nak sharing and bagi sedikit ulasan *erk sikit ke?*
ok lah.dalam bulan 8 or 9 tahun lepas aku mula kenal dengan insan bernama Dr Zakir Naik.kenal bermaksud aku pernah dengar nama nya dan tahu siapa dia.bukan maksudnya dia pun kenal aku.siapalah daku.huhuhu tapi disebab kan aku ni xberapa nak faham english so jarang la aku dengar ceramah beliau.
tapi aku ada jugak baca petikan dari ceramah2 dia.aku ni jenis lebih faham english yang ditulis berbanding english yang diaorang dok speaking.sebabnya bila speaking tu kadang2 laju sangat and aku xdapat nak tangkap.tapi bila dalam bentuk penulisan aku boleh je faham.
so baru kejap tadi aku tengok video yang dr zakir huraikan bagi soalan seorang anak muda beragama kristian yang bertanyakan "bagaimanakah keyakinan islam yang ia tidak ditipu oleh syaitan atau dajal bahawa Jesus telah disalib bagi dosa mereka". boleh cekidaut kat SINI.
masa mula2 tengok tu aku macam xberapa faham.rupanya aku terlompat tengok part 2 terus.patut la xfaham kan.so bila aku dah tengok part 1-3 aku rasa macam wow!.sorang2 aku dok tepuk tangan dengar hujah beliau.kagum sangat aku ngan dia.dia boleh sebut semua verse dalam bible, quran dan segala buku2 agama kristian tu dengar lancar dan yakin.masa tengok dia bercakap pasal verse tu aku dah terjegil biji mata dah.xpercaya aku dia boleh cakap spontan semuanya.tapi akhirnya percaya dia memang manusia yang ada ingatan luar biasa.
dan aku rasa dah ramai saudara2 baru islam kita yang memeluk agama Islam selepas mendengar hujah beliau.bukan nak kata mereka masuk Islam disebabkan dr zakir.dah tentu hati mereka terbuka disebabkan Allah memberikan hidayah.tapi Dr Zakir adalah pencetusnya.agak2 kalo saudara2 baru tu xberdebat dengan dr zakir dia nak ke masuk islam kan.besar pahala Dr Zakir ketika menyampaikan dakwahnya dan memberikan keyakinan kepada kita semua memang ALLAH adalah Tuhan yang satu.
selain tu aku bersyukur sebab aku dilahirkan dengan agama islam.walau ada yang mempersoalan sama ada kita ini islam atas nama atau islam sebenar-benarnya.xkisah lah.janji kita tau apa maksud islam yang sebenar dan kita buat segala suruhan Nya.
bila aku tengok komen2 untuk video dr zakir tu ramai jugak sahabat yang beragama lain mempertikai kan nya.ada pula memperlekehkan agama islam dan mengagungkan agama mereka.Allahu Akhbar.sukar untuk memberikan mereka kefahaman mengenai Islam.tapi jika kita turut berbalah itu pasti akan merumitkan lagi.makanya bersabar lah.
aku teringat mengenai hebahan kiamat pada bulan 12 yang lepas.ada yang sanggup membunuh diri, lari ke kota yang jauh dan menyorok ke tempat yang terpencil sebab nak lari dari mati disebabkan kiamat.sedih dan sejujurnya masa tu aku rasa diaorang tu bodoh sangat.maaf....tapi itu pendapat aku.rasa2 korang kalo kita ni bukan berpegang pada Islam, Al-Quran, sunnah dah hadis adakah kita juga turut serta seperti mereka.di malaysia mungkin x.tapi di luar malaysia mungkin ya.syukur sebab Islam adalah agamaku, ALLAH adalah Tuhanku dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.
tahniah dan terima kasih kepada youtube channel sunnahrasul sebab sediakan subtitle melayu.semoga Allah mengurniakan pahala yang besar buat kamu semua.semoga kita diberikan kekuatan, kesabaran dan ketetapan iman yang kuat.insyaAllah amin ^_^
*untuk yang belum kenal Dr Zakir dan nak tengok seorang saudara kita memeluk islam boleh baca dekat SINI
PERHATIAN : entry ni panjang =)

Thursday, December 27, 2012
kesedaran
assalamualaikum
tadi tertengok video ni dekat heliza helmi punya page fb.masa siaran langsung ni aku tgk sekejap2 je.so xdpt la tgk bahagian ni.so marilah di share kan ke blog ni supaya ramai2 leh tengok kan.video ni dah buat air mata aku mengalir di pagi hari.oh mai sedihnya....
cekidaut.pause muzik background blog aku dlu ye

Wednesday, December 19, 2012
selingan mencari keinsafan bahagian 1 tq ^_^
Thursday, December 13, 2012
erk!nak bagi tajuk pe ek?
assalamualaikum
pagi tadi aku dah kasi settle segala keje aku. kecuali yang bahagian filing.ehehehe sebab aku memang malas sangat2 nak buat filing.al kisah...esok sampai isnin aku akan bercuti dari kerja.sebabnya petang esok aku akan gerak ke kangar perlis.
member masa ip dan mpob dah nak kawen so saje2 la pergi nak meriahkan suasana kan.tapi yang sedihnya sebab aku pergi dari perak ni sorang2 je.macam xcaye pun ada.nak kata xpernah gerak sorang2 untuk perjalanan jauh ni pun xjugak.sebab masa study dulu aku sorang2 gak balik dari johor.eh tapi bukan sorang2 naik kete tau, naik bas je.hehe
sambil2 gi wedding member boleh la gak jalan2 perlis kan walaupun belum gaji.kalo ikutkan tengah sengkek gak nih.tapi syukur sebab duit keuntungan dari jual vco tu ada lagi.so xde la masalah sangat pun.just aku harap perjalanan nanti selamat dan tenang je.kalo xsilap aritu aku tengok banyak gak persinggahan bas ni.
so just doakan aku selamat pergi dan balik ye =)

Monday, December 3, 2012
siapakah 'adam' ku ^_^
assalamualaikum
xpasti apa benda yang aku nak sharing hari ni.cuma ikut gerak hati dan gerak jari je.kalo melalaut harap dimaafkan =p
sejak akhir2 ni alhamdulillah DIA beri aku sedikit hidayah mungkin.agaknya siapa yang gerakkan hati aku untuk top up ilmu pasal agama kalau bukan DIA.kannn.....walau belum sempurna tapi mungkin akan dicuba sehingga tetap di hati untuk melakukan nya sesempurna mungkin *off topic*
baru2 ni aku pergi majlis tunang kawan aku.apa yang aku tengok ramai sahabat2 aku dah melangkah setapak lagi ke hadapan.ada yang dah bersatu sebagai suami isteri dan ada yang telah menjadi tunangan.tipu kalau aku kata aku xde keinginan macam diaorang.
masa dari zaman sekolah sampai dah kerja, memang bohong kalau aku xpernah rasa nak jadi macam diaorang.merasa macam mana ada nya couple, macam mana rasanya keluar jalan2, shopping dan makan2 dengan couple.pernah menangis aku memikirkan nya.tapi itu dulu ^___________^
sekarang aku belajar untuk menerima hanya yang ingin menjadikan aku yang halal *cliche kan ayat* tapi nak buat macam mana.itulah hakikatnya.setelah aku tahu yang couple sebelum bernikah itu haram.aku pernah terfikir macam mana nak kenal kalo xcouple. tapi maha kuasa Allah, dia tunjukkan pada aku kebenaran untuk bahagia selepas nikah tu.
terbaca di blog dan di facebook mengenai kisah2 percintaan selepas nikah.seronok tengok mereka bahagia.bukan bahagia yang dibuat-buat tapi realiti.jadi apa mungkin aku nak nafikan lagi percintaan selepas nikah itu tidak menjamin bahagia.
KKS kata doa selalu supaya ditemukan jodoh yang baik. dan itulah yang aku lakukan sekarang. aku doa supaya aku ditemukan dengan 'adam' yang dapat bimbing aku lebih dekat dengan NYA. aku xminta yang terlalu soleh dan alim kerana aku juga bukan solehah.tapi aku pinta supaya aku dijodohkan dengan orang yang dapat membawa aku lebih dekat dengan Allah kerana aku insan lemah yang perlukan bimbingan. aku juga pohon jika memang tertulis aku tidak berpasangan di dunia ini, supaya Allah ajarkan aku redha.sesungguhnya DIA yang maha mengetahui.
lately aku suka tulis status jiwa-jiwa dekat twitter sebabnya xramai kawan2 yang kenal aku di twitter tu.aku bebas nak luahkan ape saje.selain dari retweet la kan.hihi.xtau la...bila umur dah cecah 22 ni naluri untuk berpasangan tu terlalu kuat.apatah lagi bila tengok kawan2 tu ada yang dah jadi parents dh pun.membuak2 okeh
kata KKS lagi, aku bertuah sebab aku xpernah melepaskan cinta aku pada sesiapa.kalau cinta yang tepuk sebelah tangan yang mana cinta bukan sepenuh hati tu x dikira la kan.kiranya suami aku nanti akan dapat cinta pertama dari aku dan insyaAllah yang terakhir.sebab kata KKS :
"lepas kecewa kerana cinta dia terfikir.dia nak serahkan cinta pertamanya kepada sang suami.tapi apakan daya cinta pertama nya telah diberi kepada orang lain yang xberhak"
alhamdulillah!sebenarnya dah lama KKS bagitau aku pasal benda ni.aku sendiri xpasti dia ingat atau x.tapi sedikit sebanyak aku ambil kata2 dia tu untuk kekuatan aku.benar!aku bertuah kerana aku masih ada cinta pertama tu.cinta yang xpernah dilepaskan untuk sesiapa cuma untuk Allah swt.
alamak terlebih jiwang la pulak entry nih.haha kan dah kata mesti aku melalut punya.sakan!!xpe lah aku harapkan kita semua mencari cinta yang halal yang membawa kepada bahagia kita.sandarkan hanya pada ALLAH dan bukan pada manusia.yes! saya sedang belajar untuk lebih dekat dengan Pencipta ku.
Ya Allah yang maha pengasih dan penyayang.hanya kepadaMu aku memohon.jauhkan kami dari mendekati yang haram dan jauhkan kami dari sentiasa melakukan perkara yang tidak baik.
Ya Allah jika ditakdirkan aku bertemu jodoh (suami) di dunia ini, jadikanlah suami aku itu seorang insan yang dekat denganMu. seorang suami yang akan membimbing zaujahnya lebih dekat kepadaMu dan seorang suami yang berhasrat untuk sentiasa kekal bersama hingga ke syurga.
aku juga mohon Ya Allah, kurniakan aku seorang suami yang akan menegur aku ketika aku silap, yang akan menasihati aku ketika aku leka, yang akan menjadi sahabat ku ketika aku memerlukan dan yang akan menjadi imam untuk solat ku dan anak2 ku.insyaAllah amin.
Wednesday, November 21, 2012
#prayforgaza - hulurkan lah apa saja bantuan
assalamualaikum
sekarang ni keadaan di palestin@gaza semakin teruk.xtertahan rasa hati ni bila tengok video dan gambar2 di sana.Allahurabbi pedih rasa ulu hati.air mata bukan lagi menitis tapi menderu turun macam air hujan yang lebat.
bagi aku israel@yahudi laknatullah ni, diaorang memang xde perasaan belas kasihan langsung.buat lah macam mana pun.kita boikot produk diaorang, menggodam lama web diaorang atau apa2 sahaja dengan harapan mereka akan berhenti dari menyerang.tapi semuanya belum menampakkan hasil.
di fb banyak yang menyampaikan berita2 terkini mengenai keadaan di Gaza.sebak sangat.bila tengok anak2 kecil yang menjadi mangsa.dari apa yang aku baca, hampir 90% mangsa keganasan itu adalah kanak-kanak.Ya Allah apa salah mereka.sampainya hati tentera2 yahudi itu menyerang mereka.
kata mereka kanak2 itu adalah terrorist.sumpah yahudi lankatullah memang bodoh dan pengecut.diaorang serang kanak2 supaya hati para ibu dan ayah ni akan lemah bila lihat keadaan begitu.tapi aku yakin semangat ibu dan ayah anak2 ini semakin membara untuk berjuang apabila mereka lihat keadaan anak mereka tu.
kawan2 sesungguhnya selain mereka memperjuangkan agama Islam, mereka juga mempertahankan nama Allah dan Rasul kita.selain tu mereka juga mempertahankan Masjid Al-Aqsa.Masjid yang banyak keberkatan nya.
tegar kah kita melihat mereka mempertahankan semua itu sendirian sedangkan kita juga hidup atas agama yang sama dan patuh pada Allah yang satu.betapa mereka sebenarnya memerlukan kita.jika xmampu untuk berjuang bersama mereka sekalipun apalah salahnya untuk kita berdoa untuk keselamatan dan kemenangan buat mereka.mereka adalah SAUDARA kita.
oleh itu aku mohon supaya kita semua tolong doakan keselamatan dan perlindungan buat mereka.doa kan juga supaya mereka diberikan kekuatan serta ketabahan dan diberikan syahid oleh Allah.doakan apa sahaja yang mampu membantu mereka.hanya itu yang mampu kita lakukan dari jauh.semoga doa kita buat saudara2 kita di sana dimakbulkan Allah swt. #prayfor gaza
untuk perkembangan terbaru di palestin mohon buka di link:-
aman palestin
aqsa syarif
sani araby al kahery (wakil MAPIM yang berikan keadaan sebenar di Gaza.ada juga video keadaan di sana)
buat masa ni itu je link yang aku pasti untuk hulurkan bantuan.mungkin ada saluran lain untuk dihulurkan.mohon maklumkan pada aku.boleh diupdate nanti.

untuk membantu menghulurkan sumbangan bolehlah melalui :-
![]() |
| saudara sani araby & MAPIM |
![]() |
| Aqsa Syarif |
![]() |
| Aman Palestin |
Ya Allah Yang Maha Berkuasa di alam ini, bantulah saudara2 ku di sana.berikanlah mereka kekuatan, ketabahan serta keimanan yang kuat untuk mempertahan kan agama dan negara mereka Ya Allah. lindungi lah mereka dari kekejaman yahudi laknatullah.berikanlah mereka kesempatan untuk mempertahankan masjid Al- Aqsa MU.lindungilah anak2 kecil di sana.sesungguhnya mereka tidak mengerti apa yang telah terjadi.berikanlah mereka kemenangan Ya ALLAH.sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui akan kesengsaraan mereka.dan hanya Engkau lah yang mendengar keluh kesah mereka.bantu lah mereka Ya Rahman.AMIN Ya Rabbal Alamin.
Subscribe to:
Posts (Atom)