Assalamualaikum
Hai korang...weh lama giler aku tak update kat blog ni.hahahaha konon dulu tiap kali travel nak share la kat sini apa-apa yang boleh share.tapi jadi malas nak mengarang ayat dan mengedit gambar.huhuhu maafkan daku guys.
Last aku update pasal trip gi krabi which is 2017 aritu.walhal lepas dari tu ada beberapa tempat dah yang aku travel.lepas krabi tu aku ada gi Ho Chi Minh, Bandung, Umrah, Korea, Acheh dan Turki. fuhh kalau nak update entry tu aku rasa makan tahun gak disebabkan kemalasan yang berganda ni 😌 nanti next kalau aku rajin aku update ok. gambar sekeping tiap kali travel ada aku letak kat sidebar kanan blog ni.scroll tau.hehehe
Dalam tempoh 3 tahun ni dari 2017 tu banyak dah perkara terjadi. jatuh bangun turun naik macam2 kisah ada. Allah je yang tahu perit jerih, manis suka sepanjang tempoh tu. buat masa sekarang dah tentu lah pasal covid19 kan. satu dunia terkesan dengan pandemik ni.
Sebenarnya sebelum kita PKP satu malaysia bulan mac aritu, aku baru je balik dari Bandung Indonesia. tak silap aku lepas seminggu lebih kitaorang balik Malaysia terus umum PKP tu. masa kat Jakarta dan Bandung aku tengok tak ramai lagi yang alert pasal covid19 tu. buktinya tak ramai pun dari diaorang yang nak pakai mask. Masa tu amik flight yang landed kat Jakarta. lepas tu kitaorang naik van sewa menuju ke Bandung. aku gi dalam 6 orang termasuk aku. elok je kitaorang check in bilik di Bandung, terus tertengok berita di TV kata flight cancel dari KL ke Bandung. masa tu kitaorang nasib baik sebab turun Jakarta. Masa tu gak kecoh kat facebook bagitau rakyat Malaysia yang kat Bandung kena daftar dengan kedutaan secara online. Kelam kabut masa tu kitaorang daftar.yelah risau kalau apa-apa jadi.dah la dekat negara orang. Siap berita pasal mask yang tak cukup piawaian dan gudang yang simpan stok mask diserbu.
Sebelum gi Indonesia tu memang kitaorang 50-50 gak samaada nak teruskan trip atau tak.tapi at last kitaorang decide untuk teruskan je sambil menjaga diri sebaik mungkin. Mask muka tu jangan cakap la.masa tu plak stok mask surgical tu memang dah takde stok dah,bawak mana ada je.
Untuk menambah stok mask kitaorang so kami minta supir kami yang juga kawan kami disana iaitu wahyu untuk bawak kami beli mask di farmasi. masa gi tu farmasi tu limitkan pembelian mask sebab diaorang pun tak banyak stok. tapi bak kata wahyu harga mask masa kami beli tu mahal. selalunya dengan harga tu boleh dapat sekotak mask.tapi masa tu just dapat 5 keping je.Takpe lah janji kami ada stok mask.
Semasa di sana kami sentiasa pakai mask. Walau rakyat sana majoriti tak pakai pun mask tapi kami just ambil langkah pencegahan dengan terus pakai mask. Kecuali masa dalam van. wahyu sendiri pun bila kami belikan mask untuk dia boleh dia jawab "takpe wahyu tak pakai mask". bila kami jalan-jalan pun ramai pandang pelik sebab kami pakai mask.huhuhu tak pe la janji kami jaga diri.
Masa dekat airport nak balik pun walau tak selesa nak tak nak terpaksa pakai mask jugak. Masa tu memang dah kecoh dah pasal covid19. sampai je KLIA takde saringan sangat pun lagi. Cuma masa nak keluar dari imigresen tu hanya boleh melalui kaunter je. Mesin tu ditutup.
Selesai je keluar dan ambik luggage terus cari tiket bas. Sebab nak gerak balik Perak pulak. Aku tinggal kereta kat rumah along. Masa tu plak along ada anak kecik. So sampai je Amanjaya terus ambik grab and gi rumah along. Along terus suruh gi mandi huhuhu
Lepas siap semua tu terus keluar gi balik Amanjaya sebab nak ambik kemal bawak gi sarapan. Dari KLIA dia naik bas sama aku. Pastu ambik pulak bas ke Alor Star. Tiket nya masa tu dalam 9 pagi. So aku pun ambik dia dulu bawak gi sarapan. Lepas anto dia ke Amanjaya semula aku pun terus shoot balik Seri Iskandar. Boleh tahan gelong mata masa drive tu hahahaa
Eh terpanjang pulak entry aku. Walhal tadi konon nak say hai je sebab lama tak update.huhuhu takpe lah sekali sekala ye dak. So korang2 semua mohon stay safe tau. Jaga diri masing2, patuh pada SOP dan aku doakan kita semua bebas dari covid19 serta dilindungi Allah selalu. Buat para frontliners moga Allah kurniakan seluruh kekuatan, kesabaran, ketabahan, kecemerlangan dan segala kebaikan buat kalian. Moga Allah jaga kalian dalam rahmatNya serta diberikan pahala berganda atas segala pertolongan yang kalian berikan. Moga Allah angkat wabak pandemik covid19 ni dari muka bumi dan sembuhkan sesiapa sahaja yang terjangkit dengan virus ini.
Sementara tunggu check imigresen di airport Jakarta |
Tunggu wahyu sampai ambik kitaorang untuk gerak ke Bandung |
sebelum check in.masa ni baru je kenal kak wan ngan najwa |
p/s : #Stay Safe #KitaJagaKita #PatuhSOP #SayangiRakyat