assalamualaikum
korang rajin x kena tarik ngan orang-orang yang menjual macam-macan produk masa jalan-jalan kat mall???korang yang jenis xtermakan pujukan ni mesti la buat xtau kan.aku pun macam korang.tapi kadang2 aku termakan dengan ayat "meh la kak.sign je dapat hadiah beg free.xde ape pun".hahaha lebih kurang gitu la.
untuk pengetahun korang aku memang suka mengumpul beg2 free.tapi beg free yang ada lambang la.so aku bajet ada la logo ke pe kat beg tu.rupanya nan hado.tapi masa tu aku just isi je la nama pe suma kat resit dia tu.tengah isi2 tu dia bagitau pasal barang2 dia jual pe suma.pastu bagi aku voucher RM50.so aku amik je la kan.isi kan nama pe suma and bukak kupon tu.
tengok2 dalam tu aku dapat free 2 benda iaitu vacuum ngan dapur elektrik.total harga dua benda tu lebih kurang dalam RM6K++ so dia kata aku blh amik hadiah tu terus bawak balik.tapi mesti la kena order barang diaorang kan.tapi barang2 letrik diaorang ni semuanya harga dalam RM3K keatas.aku masa tu iman tengah xkuat kan.so terpedaya la dengan janji manis diaorangt tu.yang akak tu plak buat2 terkejut bila tengok aku dapat dua hadiah free sekali.sebab katanya selalu satu je.dia pun heran katanya.last2 dia call bos dia and dapat tau itu promosi sempena ramadhan.
hah lagi la gelap mata aku kan.sebab dapat free dua barang yang total dalam 6k.sape nak bagi kan.pastu aku tanya detail bagai aku dah macam xcaye dah.tapi teruskan jugak.kalo ikutkan diaorang suruh amik barang yang harga 3k keatas tu gak.tapi pikir2 balik mahal sangat.last2 aku cakap "
saya kena survey dulu benda2 ni.sebab saya jenis nak beli mesti survey dulu". last2 dia macam xbagi gak.pastu dia kata "
xpela akak letak deposit RM50 then saya tulis kat sini barang apa akak nak.akak tengok pamplet ni yang harga 2k kebawah.saya bagi resit and tulis detail dalam tu.next time aku pikir dulu kalau nak bila2 masa je bagitau balik.xyah bagi keputusan sekarang".
so dia bukak la resit untuk aku and tulis detail kat situ.mula2 aku dah call along aku tanya pasal benda ni.along aku cakap jangan amik.tapi aku la degil nak gak amik.kan dah mendapat tu!so bila dah bukak resit semua, aku bayar deposit dan balik rumah.petang tu aku ada gak google pasal diaorang tapi xjumpa maklumat tu.oh ye sebelum tu masa aku ngan diaorang aku ada tanya pasal company profile diaorang.maksudnya macam nama company ke detail apa suma kan.dia kata xde.xlogik kan??
okeh sambung balik.sambil2 aku google tu aku ada gak tanya dua orang lagi member aku.jawapan diaorang memang xde pikir2 dah.terus je bagi jawapan dan tentu2 jawapan diaorang dua sama.padahal aku tanya sorang kat wassap sorang lagi kat chat fb.hehehe "
jangan ngengada nak amik.tipu je tu." hahaha tu la jawapan diaorang.
balik kampung jumaat tu pun aku ada tanya ngan alang aku.dia kata xyah caye la benda2gitu.tapi sebenarnya petang tu sebelum balik keje aku dah call balik minah tu minta cancel kan order aku.ayat dia macam bawah ni :
aku : hello boleh cakap dengan d****?
minah : ye saya.
aku : saya yang datang tengahari tadi.saya nak cancelkan la resit saya ni.
minah : eh kak kenapa nak cancel.sayang la kak banyak tu akak dapat.semua sekali dalam 6k kak.rugi la kalo akak tolak.lagipun benda tu sepanjang masa......(aku potong cakap dia sebab kredit aku oii)
aku : eh jap3 sekarang ni saya memang nak cancel kan order tu.so macam mana?
minah : ooo jadi akak nak cancel la ni ye.so akak nak datang sini ke amik duit ke macam mana?
aku : saya akan amik duit tu tapi bukan hari ni.isnin atau selasa saya datang.
minah : ooo boleh kak tapi bukan isnin ni la.isnin minggu depan (16/6/14)
aku : kenapa plak??
minah : sebab saya kena bank in dulu duit ni.kalau nak gak.akak datang hari rabu atau khamis.
aku : ok xpe kalau macam tu saya datang hari rabu atau khamis.
minah : ok kak.nanti akak datang akak call saya dulu.mana tau saya xde kat situ ke.
aku : ok pape nanti saya nak datang saya call or mesej.
so dijadikan citer rabu semalam (11/6/14) aku gi la dmall tu jumpa dia.masa aku gi tu dalam pukul 8.15pm. sebenarnya sebelum aku gi tu, aku try search lagi sekali pasal company diaorang.daripada nama company,no ssm syarikat,alamat dan email.semua tu ada dalam resit tu.aku try hantar email kat alamat email yang ada tu.nan hado...email aku xsampai.sebab aku dapat reply balik kan.so memang aku decide untuk terus terjah je la.aku xcall pun minah tu.sebab aku dapat rasa kalau aku call mesti dia cakap dia xde.so terjah je la kan.tempat awam pun.apa ada hal.
so masa aku masuk je pintu tu aku dah ternampak minah tu.actually aku xingat pun muka dia camne so bajet aku just nak gi terjah je.sekali bila nampak dia dah gelabah2 keluar tu automatik aku terus cam muka dia.aku pun xtau la memang dia nak keluar or dia cuba larikan diri dari aku.sampai je aku kat dia aku just tunjuk resit je.terus dia datang and selongkar beg dia tu.aku xsebut pape pun pasal aku.just tunjuk resit je.tu pun resit tu aku xbukak pn.sebab aku dah lipat2 kan masuk dalam purse.
masa tu aku dah pelik sikit la.elok pulak dia cam aku kan sedangkan hari2 dia jumpa macam2 orang dekat dmall tu.xpe lah...bila dia tengah cari2 duit tu dia cakap kat aku "kenapala akak nak refund balik duit akak.rugi je kalau refund".masa tu aku diam je sebab aku malas nak gaduh.tapi aku tanya satu soalan kat diaorang.aku tunjuk resit tu and aku cakap "ni nama company ke ape?".then dia jawab "aah kak nama company.tapi ni company kat kl kak.nape akak ingat bukan nama company ke?". aku jawab saje tanya then aku diam.sebab aku malas nak gaduh.
padahal sebelum tu jenuh aku cari maklumat pasal konon nya company diaorang tu.email pun xlepas pastu website pembekal pun xvalid.macam mana aku nak percaya?nasib kau lah dapat customer yang cerewet macam aku ni.janji aku xtertipu sampai beribu-ribu.
lepastu bila aku dah bla ada sorang mamat ni dok mengata aku.diaorang berdua masa tu.pekerja yang tolong promosi tu gak la.nak ngata aku xagak2.aku xbla jauh lagi pun ko dah nak ngata aku pehal.ingat aku pekak ke?tapi yang heran nya minah tu elok plak dok kat situ.xde plak dia gi mana2.masa aku baru sampai tu kemain tergesa-gesa lagi dia nak bla.
tapi satu je la yang aku silap.sebab aku xbagitau dia yang aku xnak ada apa2 kaitan ngan diaorang.yelah kan aku dah bagi alamat kat diaorang ngan ic aku.nanti diaorang salah guna lak.tapi aku ada rekod sikit2 apa yang aku bualkan dengan dia tu.
walau apa pun, xkisah la diaorang betul penipu or bukan sekalipun aku nasihatkan korang hati-hati la.jangan mudah termakan pujukan dan pujuk rayu mereka ni.tambah kalau diaorang offer benda best2 kan.hehehe so itu je lah aku nak share.jauhkan diri anda dari ditipu.huhuhu
|
salam nisfu syaaban malam ni.hehe |
p/s : kalau sukar nak buat keputusan, tanya pendapat orang yang boleh kita percaya