Saturday, November 7, 2020

haiiii! saya kembali

Assalamualaikum

Hai korang...weh lama giler aku tak update kat blog ni.hahahaha konon dulu tiap kali travel nak share la kat sini apa-apa yang boleh share.tapi jadi malas nak mengarang ayat dan mengedit gambar.huhuhu maafkan daku guys.

Last aku update pasal trip gi krabi which is 2017 aritu.walhal lepas dari tu ada beberapa tempat dah yang aku travel.lepas krabi tu aku ada gi Ho Chi Minh, Bandung, Umrah, Korea, Acheh dan Turki. fuhh kalau nak update entry tu aku rasa makan tahun gak disebabkan kemalasan yang berganda ni 😌 nanti next kalau aku rajin aku update ok. gambar sekeping tiap kali travel ada aku letak kat sidebar kanan blog ni.scroll tau.hehehe

Dalam tempoh 3 tahun ni dari 2017 tu banyak dah perkara terjadi. jatuh bangun turun naik macam2 kisah ada. Allah je yang tahu perit jerih, manis suka sepanjang tempoh tu. buat masa sekarang dah tentu lah pasal covid19 kan. satu dunia terkesan dengan pandemik ni.

Sebenarnya sebelum kita PKP satu malaysia bulan mac aritu, aku baru je balik dari Bandung Indonesia. tak silap aku lepas seminggu lebih kitaorang balik Malaysia terus umum PKP tu. masa kat Jakarta dan Bandung aku tengok tak ramai lagi yang alert pasal covid19 tu. buktinya tak ramai pun dari diaorang yang nak pakai mask. Masa tu amik flight yang landed kat Jakarta. lepas tu kitaorang naik van sewa menuju ke Bandung. aku gi dalam 6 orang termasuk aku. elok je kitaorang check in bilik di Bandung, terus tertengok berita di TV kata flight cancel dari KL ke Bandung. masa tu kitaorang nasib baik sebab turun Jakarta. Masa tu gak kecoh kat facebook bagitau rakyat Malaysia yang kat Bandung kena daftar dengan kedutaan secara online. Kelam kabut masa tu kitaorang daftar.yelah risau kalau apa-apa jadi.dah la dekat negara orang. Siap berita pasal mask yang tak cukup piawaian dan gudang yang simpan stok mask diserbu.

Sebelum gi Indonesia tu memang kitaorang 50-50 gak samaada nak teruskan trip atau tak.tapi at last kitaorang decide untuk teruskan je sambil menjaga diri sebaik mungkin. Mask muka tu jangan cakap la.masa tu plak stok mask surgical tu memang dah takde stok dah,bawak mana ada je.

Untuk menambah stok mask kitaorang so kami minta supir kami yang juga kawan kami disana iaitu wahyu untuk bawak kami beli mask di farmasi. masa gi tu farmasi tu limitkan pembelian mask sebab diaorang pun tak banyak stok. tapi bak kata wahyu harga mask masa kami beli tu mahal. selalunya dengan harga tu boleh dapat sekotak mask.tapi masa tu just dapat 5 keping je.Takpe lah janji kami ada stok mask.

Semasa di sana kami sentiasa pakai mask. Walau rakyat sana majoriti tak pakai pun mask tapi kami just ambil langkah pencegahan dengan terus pakai mask. Kecuali masa dalam van. wahyu sendiri pun bila kami belikan mask untuk dia boleh dia jawab "takpe wahyu tak pakai mask". bila kami jalan-jalan pun ramai pandang pelik sebab kami pakai mask.huhuhu tak pe la janji kami jaga diri.

Masa dekat airport nak balik pun walau tak selesa nak tak nak terpaksa pakai mask jugak. Masa tu memang dah kecoh dah pasal covid19. sampai je KLIA takde saringan sangat pun lagi. Cuma masa nak keluar dari imigresen tu hanya boleh melalui kaunter je. Mesin tu ditutup.

Selesai je keluar dan ambik luggage terus cari tiket bas. Sebab nak gerak balik Perak pulak. Aku tinggal kereta kat rumah along. Masa tu plak along ada anak kecik. So sampai je Amanjaya terus ambik grab and gi rumah along. Along terus suruh gi mandi huhuhu 

Lepas siap semua tu terus keluar gi balik Amanjaya sebab nak ambik kemal bawak gi sarapan. Dari KLIA dia naik bas sama aku. Pastu ambik pulak bas ke Alor Star. Tiket nya masa tu dalam 9 pagi. So aku pun ambik dia dulu bawak gi sarapan. Lepas anto dia ke Amanjaya semula aku pun terus shoot balik Seri Iskandar. Boleh tahan gelong mata masa drive tu hahahaa

Eh terpanjang pulak entry aku. Walhal tadi konon nak say hai je sebab lama tak update.huhuhu takpe lah sekali sekala ye dak. So korang2 semua mohon stay safe tau. Jaga diri masing2, patuh pada SOP dan aku doakan kita semua bebas dari covid19 serta dilindungi Allah selalu. Buat para frontliners moga Allah kurniakan seluruh kekuatan, kesabaran, ketabahan, kecemerlangan dan segala kebaikan buat kalian. Moga Allah jaga kalian dalam rahmatNya serta diberikan pahala berganda atas segala pertolongan yang kalian berikan. Moga Allah angkat wabak pandemik covid19 ni dari muka bumi dan sembuhkan sesiapa sahaja yang terjangkit dengan virus ini.

Sementara tunggu check imigresen di airport Jakarta

Tunggu wahyu sampai ambik kitaorang untuk gerak ke Bandung


sebelum check in.masa ni baru je kenal kak wan ngan najwa





p/s : #Stay Safe #KitaJagaKita #PatuhSOP #SayangiRakyat

Friday, December 8, 2017

trip to krabi part 4 (1/10/2017)

Assalamualaikum

hurmm tak de la rajin sangat nak menaip sebenarnya tapi macam serba salah pulak bila tak settlekan entry krabi ni.tinggal satu part je lagi pun nak kena siapkan.so lepas dah berjimba2 di hari kedua dan malam nya kita berehat maka kita sambung pulak aktiviti di hari ketiga.

hari ketiga tu awal2 pagi lagi kami dah bersiap kemas2 untuk check out.sebab kami akan teruskan perjalanan ke elephant track then ke black crab kot yang ada monumen ketam tu pastu terus ke hatyai.so pagi2 sambil2 menunggu ahli jemaah yang lain siap maka kami pun berselfie la kejap dekat tepi kolam hotel kami tu.

kami sarapan kat kedai ni
aku order nasi komok dengan ayam goreng dan teh o = 90 baht
member order pulut dengan ayam dan nasi lemak
selesai sarapan pagi kami teruskan perjalanan ke elephant trekking.iaitu tempat untuk kita rasai pengalaman naik gajah.memang sesuai sangat la dengan ashu.kalo nak naik kuda macam tak sesuai dengan saiz aku so kita naik gajah.baru lah sesuai amat kan.tak jauh pun tempat gajah tu.lebih kurang 15 minit je dari tempat sarapan tu.still area krabi kalau tak silap aku.

sampai kat tempat gajah tu terus kami gi tanya berapa harga untuk naik gajah tu.boleh tahan gak la sebenarnya harga nak naik gajah tu.500 baht tu untuk dalam 20 minit gitu je la.tapi disebabkan dalam jadual kami memang dah ditulis 500 baht so tak de la terasa sangat.tapi antara kami 9 orang tu cuma 4 orang je yang naik gajah.yang lain2 just tunggu je dekat ruang menunggu.oh ye kat sini ada wifi.hahaha

aku, kema, ain dan fahriz je yang naik gajah
ain dan fahriz
aku dan kema
lalu kawasan kampung.macam style kawasan orang asli la kalo kat malaysia.budak yang bawak gajah aku naik ni dok kat situ la
ni masa di tingkat atas kawasan tu untuk naik ke atas gajah
all of us
tq en MZ amikkan gambor ni.cun dari gambo yg photographer situ amik.huhu
lebihan pisang yang ada kami bagi la pada gajah tu makan
settle dekat area elephant trekking ni kami pun teruskan perjalanan ke black crab.yang ada replika ketam hitam tu.dari krabi nak sampai ke sana jauh gak.aku rasa dalam setengah jam ada kot.sempat la aku tido seround sementara nak sampai ke tempat tu.dah la gi waktu panas terik.tapi yang bestnya tengah panas ni gambar memang cun.sebab lighting lebih.hahaha

group photo kononnya.ni la kami semua ahli jemaah trip ni
melompat aje kejenya
kemal belanja aiskrim kelapa - 20 baht
sebenarnya memula en MZ just tanya je berapa harga satu cup tu.tapi org jual tu pandai.terus dia masukkan dalam cup aiskrim ni.maka en MZ terpaksa la beli.tp at last kemal belanja semua.tq kemal
kerana makan itu membahagiakan
lepas dari tempat ketam ni maka perjalanan kami hampir tamat dah.kami teruskan perjalanan ke hatyai pulak untuk ke floating market.perjalanan memang jauh.aku rasa aku tido sampai 3 round tapi tak sampai gak lagi.
nampak tak kepochi nya si kemal.hahhaa nasib aku dah terjaga masa ni.dia dok depan so dia tak leh tido.dia sembang2 ngan pakcik tu
kami sampai ke floating market lebih kurang pukul 3 lebih kalo tak salah aku.masa tu memang dah ramai dah kat situ.rupanya pakcik tu dah bagitau pukul 5 kena ada kat situ balik.tapi kami sorang pun tak dengar pakcik tu cakap.so memasing relax2 kat situ.macam2 makanan kami try sebab bagi aku harga makanan kat situ semua nya murah2.berbanding dengan krabi kat floating market tu lagi berbaloi untuk shopping makanan.

so sampai2 je si kemal terus teman kema tukar duit ringgit ke baht.en MZ dan kamal pulak terus menuju ke toilet.aku dan lain2 pulak terus gi bergambar.
ni kawasan atas floating market.macam bazar la.yang sampan2 tu dekat area sungai
antara yang menjual di floating market
antara yang aku beli.serius semua sedap2.nasi goreng tu sedap sangat.plus dia balut sudu gitu.kreatif!banyak sebenarnya kitaorang beli tapi gambor tak jumpa plak -_-"
sushi = 5 baht
nasi goreng = 40 baht
sotong grill = 70 baht
air = 30 baht
tapi paling lama kami habiskan masa kat sini sebab tunggu kuih loyang.kuih loyang nya cantik dan rangup.rasa pun sedap.5 kuntum bunga kuih loyang tu harga nya 20 baht.betul2 lepas kami order dekat 20 paket terus penuh orang datang.tunggu dia masak tu kejap je tapi sebab nak tunggu sejuk baru dia packing tu yang lama.last2 kami ke van balik dekat pukul 7 petang.pakcik tu dah keras tunggu kitaorang.van2 lain semua dah cabut balik sempadan dah.
aku dah sampai berlunjur kaki sementara tunggu siap kuih loyang tu
dalam pada dah lambat tu pun kami sempat jugak pusing2 area bazar tu.hahha masing2 nak menghabiskan duit baht yang ada.yelah kalo bawak balik pun nak buat ape pun.sebab kalo tukar dari baht kepada ringgit jumlah nya kurang gak.so better la habiskan.tapi kemal ajar kalo nak simpan pun boleh.nanti next year trip kami ke indonesia boleh la convert kan baht tu ke rupiah.betul gak kan?
menunggu ahli jemaah yang lain
syukur sangat dapat driver macam pakcik ni.serius tersangat la baik.
bila dah settle semua ada kami pun say sorry kat pakcik sebab kami lambat.yela kawan2 pakcik tu berapa kali call dia tanya dia ada kat mana.pasal kawan2 dia semua dah otw balik rumah sendiri.tapi pakcik tu masih lagi otw nak hantar kami balik sempadan.pakcik tu siap cakap  "takpe last day.no problem".bagusnya pakcik ni.masa on the way dari krabi ke hatyai pakcik ni siap belikan kami air oren sorang satu masa berhenti isi minya.salute to pakcik ni,and highly recommended.
biskut tu sedap.and air oren tu pun sedap.sempat lagi usha ikan2 kat situ masa gi toilet.kemain lapor ikan2 tu bagi biskut pun abis ditelan nya
kami sampai ke sempadan lebih kurang 9.20 malam macam tu la.imigresen pulak tutup pukul 10 malam.ha apa lagi memasing berkejar la bayar parking pe suma sebab nak lepaskan imigresen tu.kalo idak tak pasal je kena dok dalam tu.owh ye sampai sempadan thailand macam biasa la kena gi cop keluar lepas tu baru kami gerak ke kawasan parking.
last group photo untuk trip krabi ni
so parking kami kena lebih kurang RM30+ tak silap.yang buat giler nya kami semua masing2 tak de duit pecah.semua ada RM50 sekeping.ha kau berkejar cari duit pecah.sebab nak kejar kan keluar dari imigresen malaysia tu la.last2 settle parking terus keluar ke imigresen pastu kena kasi lepas pulak untuk pemeriksaan barang2.kiranya dari parking tu ada 3 tempat kena berhenti untuk check.kami punya packing barang banyak pasal kuih loyang tu la.tapi sekali je kena tahan sebab tak sempat sorok bungkusan tu.

lepas settle semua sekatan2 tu kami tunggu en MZ kat tepi jalan sebab ada barang dia yang tertinggal kat kemal.masa tu en MZ parking kat luar kawasan imigresen.settle semua tu salam2 then aku, kema and kemal satu kereta terus gerak ke kuala perlis untuk jumpa my twin iaitu fasha kat sana.
makan2 sambil jumpa fasha.masa ni dah pukul 12 lebih dah.
selesai makan pe semua maka masing2 gerak balik.fasha balik ke arau.kami pulak gerak balik untuk hantar kemal kat kuala kedah.tapi yang seram nya kami sesat.selalu kema memang expert jalan sana tapi masa tu kema ngantuk sangat so aku ngan kemal suruh kema tido.and kemal yang drive.aku dok kat sebelah.memula aku ngan kemal nampak signboard kata KL last2 ntah macam mana dah sampai ke kampus cawangan UUM sintok nun.so kami uturn balik and masa tu kema tido lagi.ntah macam mana masa drive tu ada ular dok melintang atas jalan.memang tak boleh nak elak sebab kami laju dan ular tu duduk tengah2 di antara dua lane tu.

lepas dari tu kema terjaga dan kami macam loss.bukak waze tapi waze bawak masuk kampung apa ntah.serius masa tu memang sunyi giler.kereta tak de orang lalu lalang tak de.aku dah rasa lain macam dah.last2 kami slow2 uturn semula dan ikut jalan lain.tapi serius lepak terlanggar ular tu macam lost masing2.besar weh ular tu.

at last lepas hantar kemal kami pun teruskan perjalanan ke perak.masa dari rumah kemal tu kema dah jaga and kami dok bersembang pasal epul.sampai area penang kema sambung tido sebab aku dah cakap aku drive sampai ke gunung semanggol.tapi masa drive tu tuhan je la yang tahu.berapa kali aku terpejam masa drive.ngantuk giler masa tu weh.last2 berapa kali aku stop tapi kema tak jaga jugak.sampai je gunung semanggol kami gi mandi pe suma and kema sambung drive.elok dia drive aku tak sedar apa dah.tapi aku perasan yang kema drive pun dah gelong2 dah.huhuhu masing2 ngantuk.alhamdulillah pukul 7 pagi sampai rumah aku and kema sampai rumah lebih kurang pukul 8.lepas tu aku tido sampai ke petang.hahhaa kengkonon jetlag =p

anggaran lebih kurang untuk hari ketiga di thailand
ni just info tambahan je la ye :

  • kebanyakkan orang awam kat sana tak pandai speaking english tapi ada yang boleh berbahasa melayu terutama kat floating market.so bila dah tak pandai speaking tu memang peluang untuk korang mintak diskaun adalah sangat tipis.tapi area tempat shopping tu boleh je dapat kurang lagi.
  • dekat area krabi tu banyak je tempat makanan halal dan kebanyakkan pekerja kedai tu boleh berbahasa melayu.
  • kebanyakkan kedai2 makan dekat situ ada wifi free.kadang kedai makan yang macam gerai kecik tu pun ada je wifi.
  • bila ada jual apa2 yang kata halal make sure korang check jugak.sebab ada sesetengah mindset diaorang sebut halal tu sebab takde cik bab1 je.sedangkan kedai dia serve arak menggunakan alatan yang sama untuk hidang pada orang Islam.
  • masa snorkeling atau island hopping tak perlu bawak baju untuk tukar sebab bila balik ke hotel diaorang akan bawak korang naik lori atau pickup.tapi ni untuk yang under pakej je la.kalo pergi persendirian tu ikut suka la.
  • untuk pakej mengurut kebanyakkan nya ambil masa sejam.ada tu setengah jam pun dia cas mahal.so pandai2 cari.dekat area aonang walking street tu bersepah ada pakej urut.
  • last boleh keluar dari sempadan malaysia 10 malam.so make sure keluar sebelum waktu tu.
  • bawak pen siap2 untuk isi white card.
  • simcard sana ada yang khas untuk internet sahaja.pastu boleh beli satu simcard boleh tathering dengan sorang lagi (member aku try share 3 orang boleh je).tapi ada gak satu simcard tapi boleh hotspot and share 5 orang.choose wisely.
  • waktu sana sejam awal dari malaysia
  • kedai makan area krabi memang sediakan ulam-ulaman dan air kosong.
  • kalau gi snorkeling under pakej korang akan dapat mineral water masa atas bot.ada some pakej yang sediakan lunch dan buah-buahan.
so rasanya tu je yang boleh aku share.kalau ada yang lain aku update balik la.oklah aku sebenarnya nak ke pangkor arini.hahaha jalan saje kan.nanti aku update entry ke vietnam pulak.bubye guys,happy holiday

p/s : sorry kalau ada tersalah info

Friday, November 17, 2017

trip to krabi part 3 (30/9/2017)


Assalamualaikum

PERHATIAN : entry ni penuh dengan gambar

kemalasan nak update blog ni kemain berganda-ganda lagi weh.so kita sambung lagi entry ke krabi kita.orait second day kat sana kita mulakan pagi kita dengan bersiap-siap untuk island hopping.bila dah semalam penat meronda plus penat duduk saje dalam van maka malam memang lena la tido.pagi esoknya masing2 malas nak bangun tapi bangun juga la kan.tak kan nak mentido je, baik tak payah holiday gitu.
kami stay kat sini
menunggu pasangan suami isteri yang tak turun lagi.pakcik driver tu ada je nyelit dalam gambo.hehehe
lepas dah cukup ahli jemaah pakcik driver tu bawak kami pergi sarapan dulu.gila kau tak makan pagi dulu sebab nanti tengahari baru makan pulak.tapi ada la bekal keropok ngan gula2 sikit kami bawak gi ke laut.so pakcik tu bawak gi makan kat gerai tepi jalan je tapi sedap la menu dia.sampai je kedai tu aku tengok van2 lain yang sama agensi ngan kami gi ni pun ada kat sana.
ada menu nasi kerabu,nasi lemak,roti2 dan macam2 lagi
ulam-ulaman dan air masak sentiasa ada di meja2 di krabi ni
aku makan nasi lemak dengan ayam masak serai + teh o.total harga 80baht
owner kedai ni baik sangat.dia memang layan customer dia baik2 je.memang service dia 5 bintang la.siap bergambo lagi dengan kami lepas settle makan.so lepas semua dah siap bayar kebetulak nampak motor apa ntah kat tepi kedai tu.tak silap pakcik tu kata nama motor tu sholey.eh taktau eja camne.terus kami nyanyi lagu soley2 yang usop wilcha selalu nyanyi tu.
ni lah motor tu.sholey kot,ejaan tak tau la
perut dah kenyang.moh la teruskan perjalanan untuk aktiviti island hopping
tak jauh pun dari tempat sarapan tu untuk ke tempat island hopping.adala dalam 10 minit gitu je aku rasa.tengok2 dah sampai dah.kat situ kami kena kumpul ramai2 termasuk la orang2 lain.so masa tu memang agak ramai la.aku rasa dalam 100 orang ada kot.kat situ kena isi nama dalam satu borang tu then kena tunggu lagi sampai orang lain datang.means bagi cukup la berapa agensi yang dah aturkan tu.
baru sampai kat tempat menunggu untuk naik bot
isi nama dulu takut2 apa hal nanti senang.yang baju biru tu tour guide untuk island hopping ni
pakcik ni memang sempoi.dia layan kan aje.hahaha
all of us
lepas settle isi nama, orang pun dah cukup maka bergerak la kami pergi ke bot.kat bot ni dia bahagikan la siap2 berapa ramai setiap bot tu.ada satu bot tu 28 orang sekali naik.kami semua awal2 tak nak naik bot tu.sebab less is better.kalau ramai2 ni kang jadi tak seronok.kalau satu geng tu ok la.so kami tunggu bot lain.bot yang kami naik tu dalam 16 orang je kalo tak silap.and alhamdulillah kami dapat orang yang sama agensi ngan kami.oh lagi satu diaorang bahagikan bot ni ikut negara gak.sebab aku dengar dia cakap group malaysia naik bot sini.
gerak gi kat bot
again.9 of us
menunggu giliran nak naik bot
keje nak melompat je budak ni
one of the boat
pakcik sempoi
so lepas dah naik bot maka bermula la island hopping kami semua.tapi sorry lah aku memang tak tahu nama pulau2 yang kami lalu tu.sebab tour guide tu dok kat bot lain yang ada 28 orang tu.pastu plak orang yang bawak bot kami tu memang tak tahu speaking.lain yang ditanya lain yang dia jawab.macam ayam ngan itik.itulah kelemahan kat krabi ni.tak ramai local dia yang boleh speaking.aku share gambar je lah ye
naik je bot terus berselfie
tak tahu aku nama pulau2 ni.tp salah satu tu poda island
dah sampai tempat untuk snorkeling.sebelum turun kita selfie dulu
ni lah bot yang ada 28 orang tu.tour guide dok kat bot tu
air laut sini memang super jernih.nampak jelas ikan berenang-renang kat situ
jernih kan air nya
all of us
snorkeling plus lunch kat pulau ni
naik je bot dapat buah-buahan.ada tembikai dan nenas.manis giler buah dia
boleh panjat batu2 ni kat pulau ni.harga kalo tak silap 1000 baht
yang dalam bulatan tu tour guide.dia ada bagitau nama pulau ni tapi aku lupa
sempat buat cover album.hahahaha
dekat sini ada chalet tapi harga cekik la.toilet pun ada tapi nak masuk tu tak silap kena 10 baht
married couple
ok ni pulau last kami pergi.so lepas tu terus balik ke darat semula
oh lupa.ni pic waktu lunch
lecturer kami.en MZ
geng lelaki
jom balik darat
sampai je darat kami tak balik ke hotel naik van.tapi naik lori.ye naik lori ramai2 dengan orang lain sekali.van2 kami dah balik dulu ke hotel.hahaha tapi okla sebab kami pun dengan baju basah kan.memang kalo island hopping ni tak payah susah2 bawak baju nak tukar.balik je pakai baju basah2 tu.so berhimpit-himpit la dok dalam lori tu balik ke hotel.

tapi aktiviti kami memang tak habis kat situ je.balik hotel kami sambung berendam dalam kolam pulak.almaklumlah hotel kami ada kolam maka gunakanlah kemudahan yang ada.kebetulan kemal memang bawak megi cup so apa lagi.masing2 amik megi cup and sambil mandi kolam sambil makan megi.perghh nikmat weh.masa dekat kolam ni gak la kami plan untuk dinner malam tu.sebab sebelum tu kami just bayar sendiri2 je untuk makan.tp sebab nak rapatkan silaturrahim maka kami decide collect sorang 500baht untuk dinner kami malam tu.so total ada 4500baht
waktu mandi kolam ni boleh pulak kema terlajak sampai keluar kolam.mengekek kami gelak.
selesai mandi manda bagai, bergelak ketawa semua maka kami pun masuk bilik and rehat sementara tunggu waktu nak gi dinner.waktu ke krabi ni aku memang tak tengok langsung jadual yang agen bagi even aku ketua.hahaha semua dok tanya pakcik driver je nak keluar pukul berapa, nak pergi mana, nak makan pukul berapa.aku memang tak bukak langsung jadual tu.so lepas rehat2 kami pun bersiap untuk keluar.

kami dah request siap2 kat pakcik tu untuk bawak kami ke kedai makan yang sedap dan harga berbaloi.maksudnya tak mahal sangat la.then pakcik tu bawak gi satu kedai ni dekat dengan sungai.masuk kawasan kampung sikit la.kedai nampak agak mewah so kat situ kami dah risau dah memula.takut tak cukup duit yang kami collect tu.dok tempat orang kan kena la pandai bajet.bab dinner malam tu kema dan kemal yang handle.
bahagian depan restoran
ruantalay restaurant.sangat recommend.masakan sedap sangat dah banyak
ni menu kami malam tu
lecturer aku cakap aku sabotaj dia pasal gambar dia kabur.hahaha

sebenarnya menu dinner kami ni ikut set.dalam set tu harga 2500baht tapi ada ikan resepi thailand seekor, tomyam ayam,ayam masak gajus,telur dadar,sayur campur,kerabu mangga dan ayam masak apa ntah.so untuk adil kami tambah kan ikan lagi seekor dan juga ketam cili tak silap serta air buah.akak tu tak bagitau berapa baht kena tambah untuk lauk tambahan tu.so kami pu just order dan minta dia buat 2 hidangan sebab kami ada 9 orang.

lauk2 dia serius sedap.tambah2 ikan dia tu.aku tak tahu la nama resepi tu tapi memang sedap sangat.kuah ikan tu perghh layan giler.tomyam pun pekat,pedas,masam semua cukup.boleh kata lauk2 dia semua sedap sebab tu aku recommend kedai ni.yang paling mengejutkan total harga tu.aku tak berapa ingat sangat tapi kalo tak salah total harga tu dalam 2800baht je tak silap.maknanya tambahan lauk ikan yang gedabak tu,ketam cili dan air buah cuma tambah 300 baht je.kalo kira duit malaysia dalam RM30++ je.si kema dan kemal ni sampai suruh orang tu kira lagi sekali betul ke tak harga tu.kalo kira2 gak ikan tu dia cuma charge dalam RM5 je seekor.logik ke idak???hahha tapi mungkin rezeki kami gak.

aku cakap kat kema dan kemal sebab diaorang yang incharge dinner malam tu.kita tak de salah pape pun.kita bukan lari bila dia sebut harga tu.sebab memang kema dan kemal dah suruh orang tu kira lagi sekali dan memang harga tu dia bagi.so walau rasa harga tu terlajak murah dan tak logik tapi kami dah minta diaorang kira semula.so kami anggap tu rezeki.baki duit tu kami decide untuk beli sorang satu saguhati yang sama dan juga buat beli kudap-kudap untuk balik esok.

settle bab dinner.balik tu pakcik bawak kami singgah di aonang lagi.hari kedua la aku ngan kema pergi mengurut kat kedai yang kami semalam.kali ni kami bawak married couple tu dan kami ambik pakej sejam.tapi orang yang urut aku hari ni tak sesedap yang semalam.yang semalam tu memang perfect la.sampai kema kata agaknya yang urut aku tu bapok.hahhaha
sempat tapau pancake dan nasi goreng sebelum balik ke hotel
fuhhh habis akhirnya entry aku ni.nanti bila-bila aku sambung part last trip ke krabi ni ye.nak update ni pun kemain bercinta tunggu mood rajin datang.almaklumlah aku ni memang pemalas.overall aku suka view masa island hopping.and aku dah secara tak langsung dilantik menjadi photographer sepanjang trip ni pasal aku je yang rajin dok pegang fon dan snap gambar.

p/s : sorry spam entry ni dengan gambar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...